Assalamualaikum,
Saudara bulan Zulkaidah ini kita akan lihat bermulanya penerbangan jema'ah haji ke Mekah untuk menunaikan dan menyempurnakan ibadah haji, Rukun Islam kelima. Dalam blog ini kita telahpun muatkan dgn panjang lebar keketapan as-Sunnah mengenai ibadah haji ini. Walaupun begitu, kita ulangi dalam beberapa post yg akan datang sempena musim haji tahun ini sebagai panduan kpd saudara dan rakan dan sahat handai dan saudara mara, supaya terpandu.
Saudara, di dalam Islam, walau apapun amalan dan ibadah, yg paling utama adalah kita kerjakan hanya dgn ilmu dan bukanlah secara ikut-ikutan sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra' -janganlah kamu kerjakan sesuatu amalan dan ibadah tanpa terlebih dahulu mengatahui ilmu mengenainya. Dan, apapun amalan dan ibadah hendaklah kita kerjakan menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah al-Isra' - kita kerjakan kerana menyelamatkan diri dari siksaan di neraka Allah (a.w) dan kerana mencari kerahmatan Allah (a.w). Selain itu ada beberapa perkara lain mengenai ibadah haji itu kita wajar tahu sebagai panduan kita, antaranya: pertama, ibadah haji itu adalah wajib untuk kali pertamanya saja, maka dgn itu hendaklah kita bersedia dgn secukup ilmu supaya tidaklah membazir segala usaha kita untuk menyempurnakan ibadah haji agar diakhirnya kita berjaya mendapat haji mabrur, kerana haji mabrur itu ganjaran tak lain adalah mendapat syurga. Kedua, asas pertama untuk menapatkan haji mabrur itu adalah kita menetapi atau mengerjakan haji menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w) - 'khuzu anni manasikakum' (Yg bermaksud: Kerjakanlah ibadah haji berpandukan peraturan aku (Nabi (s.a.w).' Kalau tidak menepati as-Sunnah maka sia-sialah ibadah haji kita. Taklah kita dapat haji mabrur itu. Ketiga, sesiapa yg berkemampuan mengadakan sumber kewangan untuk menunaikan haji, adalah wajib baginya tunaikan haji. Jika sudah mampu tetapi tidak mengerjakan haji maka jika ditakdirkan sampai ajalnya, maka dia mati sebagai seorang yg kafir, maka nerakalah tempat akhirnya. Seseorang itu dikira sudahpun mampu mengadakan sumber untuk haji, kalau dia mampu berbelanja melancung keluar negeri yg kos pelancungan itu menyamai atau melebihi kos mengerjakan haji. Keempat, ibadah haji itu wajib disegerakan setelah wujud kemampuan. Janganlah tunggi ketika tua, dikhuatiri tidak kuat bersesakan, maka mencari jalan pintas pula. Kelima, sesiapa yg mempunyai kekuatan jesmani i.e. fisikal, maka digalakkan dia mengerjakan Haji Masyian (i.e. berjalan kaki) dari permulaan upaca haji hinggalah selesai, maka dia mendapat pahala seumpama mengerjakan haji sebanyak 70 kali. Haji masyian itu adalah berjalan kaki, setelah berikhram dan berniat haji, dari Mekah ke Arafah (25 kM) pada 8 Zulhijjah untuk Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, kemudian berjalan kaki dari Arafah ke Muzdalifah (perjalanan 6 kM) untuk Mabit dan mengutip batu-batu kecil untuk lontaran jamrah 9 Zulhijjah malam, dan kemudian berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina (6 kM) untuk melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, waktu Duha, dan ketika di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah melontar ketiga-tiga jamrah, dan akhirnya berjalan kaki dari Mina ke Mekah (sejauh 12 kM) untuk mengerjakan Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji). Pada 12 Zulhijjah (Nafar Awal) atau 13 Zulhijjah (Nafar Thani). Keenam, sesiapa yg mengerjakan umrah dalam bulan haji (i.e. antara 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah) diwajibkan membayar dam seekor kambing bagi setiap umrah yg dikerjakan bukan seekor untuk kesemua umrah, suatu kesilapan asas syriat yg berleluasa di kalangan umat Islam sekarang ini. Sesiapa yg mengerjakan Haji Qiran dan Haji Tamattuk, iaitu mengerjakan umrah disamping atau sambil mengerjakan haji, dikenakan dam. Orang yg mengerjakan Haji Qiran diwajibkan membawa unta dgn menaiki unta ke Mekah, kemudian mengerjakan Tawaf mengelilingi Ka'abah menaiki unta dan unta itu dijadikan kurban untuk tujuan damnya selepas Tawaf Ifadah. Bagi Haji Ifrad iaitu kerjakan haji dahulu kemudian setelah selesai haji mengerjakan umrah tidak dikenakan dam, kerana umarah dibuat selepas tamat Bulan Haji'. Ketujuh, sebelum mengerjakan haji i.e. sebelum ke Arafah untuk Wukuf, semua yg berkesempatan sampai ke Mekah diwajibkan mengerjakan Tawaf Qudum (i.e. Tawaf Selamat Datang) sebagi menghormati Ka'abah - satu syariat haji. Dalam 7 pusingan Tawaf Qudum itu bagi 3 pusingan pertama hendaklah berlari-lari anak mengelilingi Ka'abah dari Sudut Hajar Aswad (permulaan Tawaf) hingga ke Sudut Yamani, dan tak perlu berlari anak antara Rukun Yamani ke Rukun Hajar Aswad. Bagi pusingan ke-4 hingga ke-7 tak berlari anak, hanya berjalan kaki. Kedelapan, setelah selesai haji dan urusan selainnya di Mekah, ketika hendak meninggalkan Mekah, ata pulang ke tanah air, diwajibkan mengerjakan Tawaf Wadak (Tawaf Selamat Tinggal) sebagai menghormati Ka'abah - juga satu syariat Islam.
Saudara, kelapan-lapan perkara ini adalah penting dijadikan panduan kita. Dalam post yg akan datang kita akan teliti pantang larang ketika berada di Mekah dan ketika sudah memakai Ikhram. Melanggar salah satu drp ketetapan ketika berikhram itu mewajibkan kita membayar dam dan mencacatkan ibadah haji kita, maka tak mungkin kita dapati taraf haji mabrur atau boleh membatalkan haji kita. Kalau pelanggaran itu besar spt mengadakan persetubuhan atau menjimak isteri ketika belum selesai mengerjakan haji maka kifarahnya berat iaitu batal haji kedua-duanya, kembali ke tanah air suami isteri tidak dibolehkan tinggal bersama, sebumbung sehinggalah selesai haji gantian pada tahun hadapannya, dikenakan dam seekor unta setiap seorang, menaiki untanya mengelilingi Ka'abah ketika Tawaf, dan mengulangi haji tahun depannya. Oleh itu berwaspadalah.
Saudara, proses dan peraturan lengkap ibadah haji itu akan kita teliti dalam post yg akan datang, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment