Monday, October 24, 2011

Islam dan Kekafiran ...

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yag lalu kita telah lihat 10 perkara atau iktikad atau perbuatan atau perlakuan atau kepercayaan yg menjerumuskan umat Islam yg mengerjakan segala amalan dan ibadah yg ditetapkan oleh Islam dan syariatnya, terjerumus terkeluar dari Islam atau menjadi kafir atau murtad, tanpa disedari. Adabnayk perkara atau kepercayaan atau perkataan yg menjadikan seseorang Islam itu keluar dari Islam, namun yg 10 itu yg lazim dalam masyarakat Melayu, dulu dan sekarang. Jika tidak bertaubat, dan meninggalkannya, maka kekallah dia terkeluar dari Islam,walaupun secara lahiriah kelihatan Islam!
Saudara, ketetapan itu adalah ketetapan berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kita rengkaskan spt berikut:
1. Syirik terhadap Allah (a.w) - meyakini dan mengakui atau berpandangan bahawa ada kuasa ketuhanan pada pihak lain - manusia ataupun benda-benda yg hidup atau yg sudah mati;
2. Menjadikan seseorang yg sudah mati atau masih hidup atau sesuatu benda sebagai perantaraan antara kita dan Allah (a.w) dalam beramal atau beribadah (spt ketika berdoa atau meminta sesuatu pada Allah (a.w));
3.  Tidak mengakui atau meyakini bahawa orang yg bukan Islam itu adalah kafir dan kita meragui kekafiran mereka terhadap Allah (a.w) (kerana silap tafsir kononnya 'Tiada paksaaan dalam beragama' atau 'agama itu sama aje, tak kira brand apa');
4. Menyangka atau mengakui atau berpandangan bahawa panduan agama dari orang lain itu lebih baik dari panduan Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah (contohnya, orang Islam yg membaca kitab-kitab karangan manusia, tetapi takpun ingin belajar al-Quran dan as-Sunnah atau al-Hadith);
5. Membenci atau tidak menyukai sesuatu ketetapan yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) atau yg terdapat dalam ketetapan as-Sunnah (ie. mempersoalkan keketapan al-Hadith dgn berbagai dalih);
6. Memperolok-olokkan atau memperlekehkan atau memperkecil-kecilkan sesuatu ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (spt apabila disoal oleh orang bukan Islam sesuatu mengenai Islam memperlekehkannya seolah-olah tidak yakin dgn ketetapan Islam atau apakala diberitahu ketetapan as-Sunnah, berdalih dan berhujjah kerana tak mau terima atau sangsi);
7. Mengamalkan amalan kedukunan atau kepawangan atau ilmu sihir (termasuklah berjumpa dgn mereka dan menyakini atau mempercayai kata-kata atau perbuatan mereka) (spt mempercayai bahawa manusia sendiri mempunyai kebolehan berkomunikasi dan tentang pertolongan dari sesuatu makhluk yg ghaib);
8. Membantu atau menyokong tindak tanduk orang kafir terhadap orang Islam (spt apabila tidak menghalang usaha orang kafir melalui apa carapun untuk melemahkan agama Islam dan umat Islam);
9. Mempercayai atau meyakini bahawa sesetengah manusia tidak diwajibkan menganuti Islam dan mengikuti syariat agama Islam (spt menyakini bahawa manusia itu berhak memilih agama apa yg dia nak anuti, dan agama Islam itu tidak wajhib atas manusia atau kononnya Islam itu satu drp agama manusia, semuanya untuk kebaikan.); dan
10. 'Meninggalkan Islam' dgn cara tidak mengilmukan diri mereka tentang Islam dan syariatnya, i.e, tidak mahu belajar syariat agama Islam dan setelah tahu tidak pula mengamalkannya atau melaksanakan tuntutannya (i.e. Islam hanya pada nama dan kulit atau penampilan saja, walhal takpun mengerjakan solat, berpuasa atau mampu tapi tak mahu menunaikan haji atau bersedekah atau mengainfaqkan harta).
Perlakuan yg menjadikan seseorang Islam itu kafir atau murtad atau terkeluar dari Islam itu adalah dalam tiga bentuk iaitu pertama, keyakinan dalam hati atau kalbu; kedua,  melalui kata-kata atau ucapan yg keluar dari mulut seseorang; dan ketiga, melalui perlakuan atau perbuatan yg dilakukan oleh seseorang itu - sengaja atau tidak sengaja atau secara lawakan (jest) atau secara serius.
Saudara, kalau kita teliti masyarakat Islam arus perdana, yg kita adalah pengikutnya, dan ajaran-ajaran agama yg disampaikan oleh para ulama' dan ilmuwan Islam arus perdana, adakah kita diberitahu sedemikian dan menasihatkan kita supaya jangan lakukan atau berwaspada atau tinggalkan kata-kata dan amalan atau perbuatan sedemikian? Setahu penulis, jarang sekali kita diceramahkan oleh mereka mengenai perkara-perkara ini. Maka kita yg jahil tentang Islam dan tuntutannya, kekal jahil tidak dibimbing oleh mereka, walhal mereka sewajarnya tahu dan faham. Yg sering dibentak atas otak dan fikiran kita dalam ceramah adalah memfitnah golongan-golongan tertentu spt mereka yg dikatakan pengikut 'Islam liberal' atau 'aliran mazhab selain as-Syafie' atau pengikut 'fahaman Wahabbi' ... seolah-oleh mereka itu sesat dan bukan Islam. Walhal, kerana melakukan salah satu yg 10 itu menjadikan kita kafir tanpa kita sedari!
Kalau kita lihat pula apakah pendirian pengikut Wahabbi atau apakah ajaran orang yg kononnya dikatakan pengasas fahaman Wahabbi, apakah mereka melakukan salah satu daripada yg 10 itu? Kalau kita teliti ajaran Wahabbi, sebagai contoh, mereka serigkali menasihatkan 'pengikut mereka' supaya jauhi atau janganlah berbuat sedemikian. Nampaknya, fahaman Wahabbi itu lebih hampir kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam konteks aqidah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment