Assalamualaikum,
Saudara kita telahpun teliti dalam post sebelum ini peradaban ketika berada di 'tanah haram' di Mekah dan di Madinah. Dan, kita juga telah maklum ada 15 pantang larang ketika berikhram dan ketika mengerjakan haji. Sekiranya kita melanggar salah satunya, kita dikenakan dam menyembelih atau membayar harga seekor kambing, kecuali kalau melakukan persetubuhan ketika masih berikhram atau sebelum selesai haji, dikenakan kifarah yg berat, termasuklah dam seekor unta.
Saudara, ibadah haji itu hanya untuk beberapa hari sahaja iaitu mulai 8 Zulhijjah hinggalah selesainya 13 Zulhijjah - 6 hari saja. Lazimnya kita berada di Saudi Arabia - di Madinah 8 atau 9 hari dan di Mekah selebihnya dalam tempoh berada di Arab Saudi 42 atau 45 hari itu. Justeru itu lama masanya kita menunggu 8 Zulhijjah untuk ke Arafah dan selepas 13 Zulhijjah sebelum kembali ke tanah air balik. Kerana itu, wajiblah kita memanfaatkan masa ketika menunggu atau selepas mengerjakan haji di Mekah dan Madinah, bukan setakat mengerjakan umrah berkali-kali, kerana umrah yg kita kerjakan dalam 'Bulan Haji' - mulai 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah - melibatkan pembayaran dam bagi setiap umrah seekor kambing.
Apakah amalan atau ibadah yg sewajarkan kita kerjakan sebanyak dan sebaik mungkin ketika di Mekah? Kita sebutkan di bawah ini:
Amalan Yang Digalakkan Semasa Di Mekah
Sesiapa yang berkesempatan berada di Mekah untuk mengerjakan haji atau umrah hendaklah menghabiskan masa atau menumpukan sepenuh perhatiannya, masa dan tenaganya, untuk mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah yang sunat mahupun yang wajib. Antara yang utama diberi tumpuan adalah perlakuan berikut:
(1) Mengerjakan solat fardu berjemaah (jika boleh ketika bersolat, kelihatan Ka’bah di depan kita);
(2) Mengerjakan solat-solat sunat seperti Solat Duha (dua-dua rakaat satu salam, sekurang-kurangnya 8 rakaat dan maksimumnya 12 rakaat sehari), Solat Taubat, Solat Istiharah dan sebagainya pada siang hari dan Solat Tahajjud pada malam hari, Solat Tasbih,boleh malam atau siang Solat Istiharah, Solat Hajat pada bila-bila masa;
(3) Membaca al-Quran;
(4) Berzikir dan berwirid (jika boleh 1,000 kali sehari setiap satu);
(5) Beristighfar (seboleh-bolehnya sebanyak yang mungkin);
(6) Berdoa (untuk diri sendiri dan untuk orang lain);
(7) Mengerjakan Tawaf Sunat (tujuh keliling dan disudahi dengan solat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim);
(8) Menghabiskan masa di Masjidil Haram (tapi jangan tidur dalam masjid).
Ingatlah bahawa setiap amalan mendapat ganjaran pahala yang digandakan antara 10 hingga 700 gandaan pahala. Jika di lakukan di Masjid al-Haram digandakan pula 100,000 gandaan. Solat di Masjid Nabawi (i.e. Masjid Nabi)) dan membuat apa jua amalan di Masjid Nabawi dapat gandaan pahala 1,000 gandaan berbanding dengan amalan yang sama di masjid-masjid lain. Semasa di Masjid Nabawi jangan lupa menziarahi makam Rasulallah (s.a.w) dengan mengucapkan salam kepadanya dan berselawat padanya.
[Nota: Solat Duha itu sekurang-kurangnya empat rakaat satu salam dan dibuat dua-dua rakaat (yakni, 6 solat (i.e. 12 rakaat) maksimumnya. Pada setiap rakaat solat dibaca al-Fatihah dan satu surah. Ingat: semua solat sunat tidak ada Tahiyat Awal. Solat Istiharah adalah untuk mendapat petunjuk atau ilham dari Allah (a.w) sama ada sesuatu keinginan atau hasrat kita itu elok atau tidak bagi kita. Solat Tahajjud dibuat malam hari selepas tidur dan bangu dua dua rakaat satu salam. Setiap rakaat dibaca al-Fatihah dan surah.Solat Tasbih empat rakaat, walaupun minima dibuat sekali seumur hidup, ketika di Mekah eloklah buat setiap malam atau siang (sekali sehari sahaja). Mengerjakan Solat Hajat dan Solat Taubah sebanyak yang dikehendaki. Hendaklah berdoa untuk kebaikan dan bukan untuk bencana diri atau orang lain.Jika dapat disempurnakan Tawaf Sunat sebanyak 50 kali mendapat ganjaran pahala seumpama mengerjakan haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w). Disebutkan dalam al-Quran supaya orang Islam yang beriman itu hendaklah berselawat dan mengucapkan salam kepadanya. Dan setiap sekali berselawat pada Rasulallah (s.a.w), Allah (a.w) mengucapkan selawat dan salam kepada kita 10 kali. Sesiapa yang menziarahi makam Nabi (s.a.w), ketika di Madinah, seolah-olah menziarahinya ketika beliau hidup dan diakhirat kelak mendapat syafaat Nabi (s.a.w).]
Saudara, selain amalan dan ibadah sunat di atas itu, kita juga digalakkan mengerjakan ibadah-ibdah lain.
Allah (a.w) menurunkan kerahmatanNya kepada sesiapa yang sentiasa berada di dalam Masjidil Haram pada siang harinya dan pada malamnya. Sebanyak 60 rahmat kepada orang yang Tawaf, 40 kerahmatan kepada orang yang bersolat, dan 20 kerahmatan kepada orang yang melihat Ka’bah sambil berdoa (i.e. membaca doanya). Orang yang berkesempatan melakukan Tawaf, bersolat dan melihat Ka’bah siang dan malam mendapat 240 kerahmatan – 120 malam hari dan 120 siang hari.
Biasanya agensi yang membawa jema’ah haji atau umrah akan mengaturkan lawatan tempat-tempat bersejarah di Madinah. Antara tempat yang dilawat itu adalah Masjid Quba. Ketika berada di Masjid Quba, disunatkan bersolat sunat dua rakaat. Setiap solat sunat dalam Masjid Qubah beroleh ganjaran pahala seumpama mengerjakan satu umrah. Apabila selesai setiap Tawaf hendaklah solat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim dan bacalah doa yang pasti dikabulkan Allah (a.w), iaitu doa Nabi Adam (a.s) dan/Doa Nabi (Ibrahim (a.s) dan ditambah pula dengan lain-lain doa mengikut kehendak hati kita. Satu set Tawaf sempurna itu adalah mengelilingi Ka’bah 7 pusingan dan bersolat dunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim dan berdoa. [Nota: Masjid Quba adalah masjid yang pertama didirikan oleh Rasulallah (s.a.w) ketika berhijrah ke Madinah]

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment