Saturday, October 29, 2011

Bagaimana Nak Selamat di Akhirat?? (Samb.)

Assalamualaikum, 
Saudara, kita telah mulakan meneliti 6 perkara yg kalau kita waspada dan jaga, maka selamatlah akhirat kita. Dan, kalau kita abaikan, maka bahayalah akhirat kita. Kita telah lihat yg pertama: kita mengikuti ajaran atau panduan agama Islam yg haq = benar dan, setelah menemui yg benar atau haq itu, kita beristiqamah menetapi atau menjalani kehidupan duniawi kita berpandukan kebenaran atau sumber dan cara dan kaedah yg benar tersebut. Yg kedua, kita telah lihat, adalah kemurniaan = keikhlasan = ketulusan mengerjakan amalan dan ibadah hanya kerana dan untuk Allah (a.w) dan kita tidak ucapkan atau lakukan atau percayakan adanya kuasa ketuhanan dalam benda dan haiwan yg hidup ataupun mati. Yakni jangan kita syirik.
Saudara, kita lihat pula perkara yg ketiga yag kalau kita awasi dan waspada dan jagai diri kita dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w), kita pasti selamat:


Berpegang Teguh kpd al-Quran dan as-Sunnah
(al-Iktisam bi-kitabi wa-sunnati)   
     Kita pasti selamat di akhirat jika kita pegang al-Quran dan as-Sunnah. dalam blog kita sering ulangi bahawa segala amalan dan ibadah kita dalam Islam hendaklah berdasarkan ilmu. Amalan dan ibadah yg tidak didasari dgn ilmu, batal atau batil atau tidak diterima Allah (a.w) - Ayat 36, Surah al-Israk dan hadith. Dan, kita wajib belajar ilmu tentang islam supaya kita terpandu dalam beramal dan beribadah dan terpandu melakukan segala sesuatu dalam dunia. Dan, ilmu atau panduan Islam serta p[anduan syariatnya yg haq adalah al-Quran dan as-Sunah.
Diriwayatkan hadith dari Jabir (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Al-Quranu syafi’un musyaffa’un, wa-mahilun musaddaqun, man ja’alahu amamahu qadahu ilal-jannati wa-man ja’alahu khalafa zohrihi saqahu ilan-nari.’ (Yg bermaksud: al-Quran itu penolong yg diterima pertolongannya dan (al-Quran itu) pelapor yg dibenarkan (oleh Allah (a.w)). barangsiapa menjadikannya di depannya menuntun (i.e. dipimpinnya) ke syurga, dan barangsiapa menjadikannya di belakang ponggongnya, menggiring (i.e. mengheret) dia ke neraka.’) [Hadith ibnu Hibban di dalam Kitab Sahihnya.]
[Nota-1: Hadith ini menyebutkan bahawa al-Quran itu memberi syafa’at (yakni, memberi pertolongan kpd kita di akhirat kelak di hadapan Allah (a.w)) dan syafaatnya diterima Allah (a.w); dan al-Quran itu juga menjadi saksi yg benar atau saksi yg dibenarkan atau diterima Allah (a.w) penyaksiannya di hadapan Allah (a.w) kelak. Justeru itu, sesiapa yg berpandu dgn al-Quran dalam hidupnya, dan mentaati ketetapannya sepanjang hidupnya, pastilah dia terjaga dalam agamanya, maka mendapat syurgalah dia di akhirat kelak. Jadi orang sedemikian adalah orang yg meletakkan al-Quran sentiasa di hadapannya, berpandu, merujuk kpdnya dan memahami ketetapannya dan mematuhinya. Mematuhi ketetapan as-Sunnah adalah termasuk dalam menetapi ketetapan al-Quran, kerana Allah (a.w) wajibkan kita yg Islam itu tetapi atau taatkan perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) atau berpandukan dgn as-Sunnah – Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa’, sebagai contoh, - maka telah mengtamakan al-Quran dalam hidupnya. Sebaliknya, sesiapa yg mengabaikan al-Quran – tidak mengikuti ketetapannya dan tidak membacanya dan tidak berpandukan kpdnya dalam segala sesuatu mengenai Islam dan syariatnya – maka pastilah dia tidak selamat dalam hidupnya, terutama tidak selamat dalam kehidupan di akahiratnya.
[Nota-2: Ayat 13, Surah an-Nisa’ menyebutkan bahawa kita pasti dapat syurga kalau kita taatkan Allah (a.w), yakni, ikuti al-Quran, dan kita taatkan Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti as-Sunnah atau al-Hadith. Kita pasti masuk neraka atau gagal mendapat syurga, walaupun kita akui diri kita Islam atau beriman, jika kita tergolong meeka yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa’, iaitu golongan yg tidak taatkan Allah (a.w), yakni, tidak akur dgn ketetapan al-Quran, dan kita tidak taatkan Rasulallah (s.a.w), yakni, kita tidak akur dgn ketetapan atau suruhan Rasulallah (s.a.w), dan kita tidak patuhi atau langgar ketetapan-ketetapan Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), dalam as-Sunnah atau al-Hadith. Kita pasti masuk neraka jika kita tidak akur dgn ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa’, iaitu kita akur dgn perintah ‘ulil amri’, kepimpinan jema’ah umat Islam. Kita juga pasti masuk neraka kalau kita tidak akur dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran kalau kita tidak Islam secara berjema’ah. Orang yg akur dgn ketetapan al-Quran itu akan dipimpin oleh al-Quran membawanya ke syurga. Orang yg tidak berpandukan al-Quran atau meremehkannya atau membiarkannya, yakni tidak ambil peduli al-Quran, maka al-Quran itu akan membawanya secara paksa (i.e. menggereng atau menarik mereka) ke dalam neraka. Demikianlah utamanya al-Quran dan as-Sunnah itu. Al-Quran dan as-Sunnah adalah penyelamat atau musuh ketat kita di akhirat kelak.]
Saudara, semua rumah orang Melayu ada al-Quran - malah ada yg lebih dari senaskhahj! Tapi, adakah dirujuk oleh mereka yg memilikinya? Adakah dibacanya setiap hari atau seminggu sekali atau tak pernah dibacanya? Adakah dia faham apakah mesej al-Quran? Adakah dia. setelah faham, menjadikan al-Quran anduan hidupnya? 
    Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) (berkata): ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) berkhutbah kpd manusia ketika Haji Wada’ dgn bersabda: ‘Ya aiyuhannasu inni qad taraktu fikum ma in ‘itasomtum bihi falan tadillu Abadan, kitabbalahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yg bermaksud: ‘Wahai manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh aku telah tinggalkan apa-apa (yg aku tinggalkan) sesungguhnya jika berpegang teguh kamu dgnnya (i.e. apa-apa yg ditinggalkan), maka tidak akan sesat kamu sekelian selama-lamanya, (iaitu) Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah nabiNya.) [Hadith al-Baihaqi di dalam Sunan Kibri]
Saudara, Allah (a.w) beri kita tahu, syairtan itu adalah musuh kita yg nyata. Kita tahu bahawa syaitanlah yg menyebabkan atau jadi penyebab Adam (a.s) dan Hawa (a.s), nenek moyang manusia dikeluarkan dari syurga. Kemudian - Ayat 27, Surah al-A'raf, Allah (a.w) peringatkan kita supaya janganlah sampai syaitan berjaya mempengaruhi kita supaya bersama-sama dgnnya dalam neraka. Dan, syairtan telah berikrar dan bersumpah bahawa dia akan menghampiri manusia dari setiap penjuru dan sudut untuk menjerumuskan kita ke dalam neraka - Ayat14 - 17, Surah al-A'raf dan pada Ayat 18, Surah al-A'raf Allah 9a.w) kata syaitan dan manusia yg ikuti syaitan semunya akan masuk neraka, wal iya zubillah. 
   Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) berkhutbah atas manusia di dalam haji wada’ dgn bersabda: ‘Innas-syaitana qad yaisa an(-ai) yu’bada bi-ardikum wa-lakin radhia an(-ai) yutiu’a fima siwa zalika mimma tuhaqiruna min ‘amalikum fahzaru inni qad taraktu fikum ma ini’tasamtum bihi falan tadillu Abadan kitabballahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya syaitan sungguh-sungguh putus aasa (mengharapkan) bahawa kamu sekelian menyembahnya di dalam (kehidupan) dunia kamu, akan tetapi ridha dia apabila dikuti dia di dalam apa-apa demikian (yg disembah oleh kamu) selain dia) dari apa-apa (yg disembah) apa-apa yg meremehkan kamu dari ‘amalan-‘amalan kamu; maka berhati-hatilah; sesungguhnya aku sungguh-sungguh telah tinggalkan dikalangan kamu apa-apa (yang aku tinggalkan) jika berpegang teguh kamu dgn apa-apa (yg aku tinggalkan) maka tidak akan sesat kamu selama-lamanya, (iaitu yg aku tinggalkan) kitab Allah (a.w) dan sunnah nabiNya.) [Hadith al-Hakim]
[Nota: Hadith ini menyebutkan sesiapa yg mengikuti ajakan syaitan, pastilah dia kecundang dalam Islam, tak dapat syurga. Syaitan itu telah berikrar menentang Allah (a.w) sehabis-habisan dgn memesongkan orang iman dari secara murni dan ikhlas mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dia tahu bahawa tidak mungkin dia boleh pengaruhi orang iman supaya bertuhankan dia atau menjadikan dia tuhan, namun dia rida the next best thing iaitu orang iman semnbah selainnya sebagai tuhan atau syirik terhadap Allah (a.w) – termasuklah syirik secara samar atau tersembunyi yg tak jelas – dgn keyakinan atau amalan atau kepercayaan yg kononnya ada sesuatu yg memiliki kuasa ketuhanan atau orang iman mengingkari sebahagian daripada ketetapan Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Mereka yg menidakkan atau meremehkan atau mempersoal ketetapan as-Sunnah sebnarnya telah termakan atau terikut ajakan atau pengaruh syaitan, maka rosaklah keimanan mereka dan gagallah mendapat syurga dan pastilah masuk neraka.]
Saudara, oleh itu wajiblah kita berwaspada taktik syaitan itu. Namun, terkadang kita tak sedar bahawa kita ditipu syaitan dalam halusnya ajakan syaitan itu.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment