Tuesday, October 11, 2011

Ibadah Haji - Prosesnya ikut Cara as-Sunnah

Assalamualaikum,
Saudara, mulai post ini kita ulangi semua cara atau proses pekerjaan haji itu mengikut apa yg diperjelaskan dalam as-Sunnah. Harus kita ingati bahawa segala amalan dan ibadah dalam Islam yg tidak menepati cara dan kaedah yg ditetapkan oleh Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan kaedah yg ditetapkan secara terperinci praktikalnya oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e. ketetan as-Sunnah) adalah terbatal dan batil. Oleh itu janganlah kita membazirkan wang dan tenaga kalau kita mengerjakan haji (atau umrah) secara ikut-ikutan atau dalam kejahilan tanpa terlebih dahulu memahamai peraturan atau kaedahnya berdasarkan as-Sunnah. Sila ambil ingatan kalimah 'berdasarkan as-Sunnah' bukan berdasarkan apa yg kita diajarkan oleh manusia ketika mengikut kursus haji selama 1 1/2 hingga 2 bulan itu. Ini penting.
Saudara, secara rengkasnya ibadah haji itu bermula melalui proses berikut: pertama, pada pagi 8 Zulhijjah kita hendaklah bersiap dgn mandi hadath besar (seumpama mandi junub); kedua, memakai ikhram dan pergi ke Miqat untuk bersolat Solat Sunat Ikhram dua rakaat dan kemudian melafazkan niat haji; ketiga, berangkat ke Mina; keempat, pada 9 Zulhijjah, berangkat ke Arafah untuk Wukuf. Mengerjakan Solat Zohor dan Solat 'Asar jama' takdim diqasarkan di Arafah. Waktu Wukuf adalah bermula apabila tergelincirnya matahari (i.e. masuk waktu Zohor) sehinggalah terbenam matahari (i.e. masuk waktu Maghrib). Semasa Wukuf itulah jema'ah haji hendaklah memperbanyakkan doa dan berzikir, bukan membaca al-Quran, kerana di Arafahlah mustajabnya doa. Kelima, apabila masuk waktu Maghrib keluar dari Arafah menuju ke Muzdalifah untuk Mabit (i.e. berhenti dan tidur sebentar di Muzdalifah), di sana kita mengerjakan solat jama' takhir qasar Solat Maghrib dan Solat Isya'. Di Muzdalifah kita menguitp batu-batu kecil untuk lontaran jamrah kelak. [Nota: Berapa banyak batu? Pada 10 Zulhijjah, melontar satu jamrah (i.e. Jamrah Aqabah) - 7 biji. Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah - melontar ketiga-tiga jamrah setiap hari = 3 hari x 3 jamrah x 7 biji batu setiap satu =  63 biji batu. Jadi dikutip 7 + 63 batu = 70 batu semuanya]. Keenam, di pagi hari 10 Zulhijjah, sebelum masuk waktu Subuh, hendaklah kita keluar dari Muzdalifah bertolak ke Mina, dan disanalah kita Solat Subuh. Kemudian ketika masuk waktu Duha, kita pergi ke Jamrah Aqabah untuk melontar jamrah dgn 7 kali lontaran di Jamarah Aqabah sahaja. Selesai melontar, selesai Tahlul Awal, boleh menanggalkan pakaian ikhram dan bercukup atau memotong rambut. Waktu melontar pada 10 Zulhijjah itu adalah masuk waktu Duha dan tamat waktunya apakala tergelincir matahari (i.e. masuk waktu Zohor). Ketujuh, kita seterusnya berada di Mina pada 11 dan 12 dan 13 Zulhijjah untuk melontar ketiga-tiga jamrah - Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah. Waktu melontar adalah setelah tergelincir matahari (i.e. masuk waktu Zohor) sampailah terbenam matahari (i.e. masuk waktu Maghrib). Bagi jema'ah haji yg ingin menyelesaikan ibadah hajinya awal supaya gugur pantang larang berat tiga yg terakhir, (spt bersetubuh) mereka boleh kembali ke Mekah pada 12 Zulhijjah selepas melontar ketiga-tiga jamrah, keluar ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji) dgn syarat mereka keluar dari Mina sebelum masuk waktu 'Asar. Ini disebut Nafar Awal. Jika tidak berkemungkinan keluar dari Mina sebelum masuk waktu 'Asar, yakni tak sempat, maka hendaklah terus berada di Mina sehari lagi, dan melontar ketiga-tiga jamrah pada 13 Zulhijjah (yakni, Nafar Thani), sebelum masuk waktu Maghrib. Kedelapan, kembali ke Mekah setelah Nafar Awal (i.e. pada 12 Zulhijjah) atau selepas Nafar Thani (i.e. pada 13 Zulhijjah) untuk Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji) dan Sa'ie Haji. Maka boleh Tahlul Akhir, gugur kesemua baki pantang larang haji. Maka selesailah ibadah haji berdasarkan kaedah dan cara yg ditetapkan oleh as-Sunnah. Haji sedemikian itu adalah sah dan menepati ketetapan as-Sunnah - syarat pertama untuk mendapatkan taraf haji mabrur.
Saudara, 
jika proses dan perlakuan haji saudara berlainan dari proses dan kaedah yg disebutkan di atas itu, maka haji saudara adalah batal, kerana tidak mengikut contoh Rasulallah (s.a.w) atau tidak menepati ketetapan as-Sunnah. [Nota: Yg tidak diwajibkan adalah berada di Mina pada 8 Zulhijjah itu sahaja. Kita boleh terus ke Arafah pada 9 Zulhijjah, sampai sebelum masuknya waktu Wukuf, i.e. masuk waktu Zohor.] Ingatlah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu 'anni manasikakum ...' (Yg bermasud: Ambillah (i.e. ikuti) cara aku (Nabi) mengerjakan peraturan haji ...' [Hadith].
Saudara, apakah kesalahan atau kesilapan yg sering dilakukan oleh jema'ah haji dalam ibadah haji? Kita rumuskan dgn berpandukan proses yg direngkaskan di atas itu:
(1)   Tidak mandi hadath besar/mandi junub ketika menyediakan diri untuk memakai ikhram sebelum pergi ke Miqat;
(2)   Tidak mandi junub cara yg betul, kerana mandi junub mengikut as-Sunnah itu mengandungi dua proses, iaitu berWudu' dan mandi;
(3)   Berwudu' tidak mengikuti as-Sunnah - iaitu hendaklah berniat dalam hati dan tidak melafazkan kalimah 'Bismillah' ketika menyampaikan air ke anggota wudu' pertama, iaitu muka; tidak menyapu seluruh bahagian kepala ketika menyampaikai air wudu' ke anggota wudu' ketiga, iaitu kepala; ketika membasuh kaki, tumit tak kena air.
(4)  Ketika di Miqat tidak menzahirkan lafaz niat yg betul, iaitu menyebut 'Labbaka, Allahumma  hajjan' (bukan: 'Nawaitul hajjan ...')
(5) Apabila sampai ke Mina pada 10 Zulhijjah, tidak solat tamam, i.e. sempurna.
(6)  Apabila sampai keArafah tidak mensolatkan Solat Zohor dan Solat 'Asar secara jama' qasar takdim - yakni, Zohor 2 rakaat dan 'Asar 2 rakaat digabungkan dan dibuat pada waktu Zohor, bukan dijama'kan secara tamam (i.e. sempurna - yakni empat empat rakaat!) 
(7) Ketika masuk waktu Maghrib ketika di Arafah tidak keluar dari Arafah,  mengerjakan solat jama' solat Maghrib dan Isya' pada waktu Maghrib secara tamam (sempurna rakaatnya) di Arafah, sepatutnya mensolatkan secara jama' qasar Maghrib dan Isya' takhir di Muzdalifah (bukan di Arafah).
(8)  Ketika berada di Muzdalifah tidak berusaha supaya tidur sebentar sekurang-kurangnya 10 minit sebaik-baiknya sampai tiba waktu hampir Subuh.
(9)   Tidak keluar ke Mina pada 10 Zulhijjah sebelum waktu Subuh.
(10)  Tidak melontar Jamrah Aqabah dalam waktu Duha sebaliknya melontar di waktu-waktu lain.
(11)   Tidak melontar cara yg betul iaitu menghadapi jamrah dgn mempastikan arah kanan adalah arah Mina dan arah kiri adalah arah Mekah.
(12)   Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah tidak melontar jamrah yg tiga pada waktu yg ditetapkan iaitu setelah tergelincir matahari sebelum masuk waktu Maghrib, tetapi melontar pada waktu-waktu lain.
(13)  Bagi jema'ah haji yg melakukan Nafar Awal - yakni kelur ke Mekah pada 12 Zulhijjah - untuk membuat Tawaf Ifazah (i.e. Tawaf Haji), mereka keluar selepas masuk waktu 'Asar. Terbatal Nafar Awalnya, wajib tinggal di Mina semalam/sehari lagi.
(14)  Tidak berwudu' ketika Tawaf.
(15)  Ketika Tawaf tidak membaca tasbih/doa yg ditetapkan dalam as-Sunnah sebaliknya membaca tasbih dan doa yg lain dan membaca dgn kuat dan tidak tawadu' ketika berjalan dan menyakitkan orang lain.
(16)  Selepas selesai Tawaf tidak bersolat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim.
(17)  Ketika mengerjakan Sa'ie tidak membaca tasbih-tsabih/doa yg ditetapkan oleh as-Sunnah, sebaliknya membaca tasbih/doa-doa lain, dgn suara yg nyaring dan tidak tawadu' dan sopan ketika berjalan.
saudara, demikianlah secara rengkas perlakuan praktikal ibadah haji itu. Insya Allah kita akan huraikan lebih lengkap dan terperinci apakah bacaan tasbih/doanya dari mula hingga tamat di lain post.

Jazakallahu khairah.


No comments:

Post a Comment