Assalamualaikum,
Sauadara kita teruskan penelitian kita mengenai ibadah haji dan umrah dgn meneliti prosesnya dari awal hinggalah ke akhiranya, mula-mula secara rngkas, kemudian kita teliti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah mengenainya. Kita mulakan dgn niat atau lafaz niat.
Sauadara, bagi kita yg biasa mengikuti kursus haji yg dijalankan oleh phak Tabung Haji dan mereka yg diberikan permit untuk mengendalikannya, kita akan diberitahu bahawa lafaz niat haji itu adalah: 'Nawaitu hajjan/umratan wa-ikhramtu biha ... dan seterusnya. Cuba kita teliti ketetapan as-Sunnah. Apakah kalimah yg dibacakan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) ketika berniat (untuk haji dan umarh)?
Menceritakan hadith Qutaibah menceritakan kepadanya Humad bin Zaid hadith dari Humaidin hadith dari Anas (r.a) berkata: Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda (membaca): ‘Labaika bi’umrati wa-hajjatin.' [Maksud: ‘Aku datang kepadaMu Allah (a.w) dengan (yakni, kerana mengerjakan) Umrah dan Haji] [Hadith at-Termidzi, Bab Haji]
Kita teliti hadith di atas itu lafaz niat yg disebut oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu: 'Labaika biumrati wa-hajjan' (Yg bermaksud: Ya Allah (a.w), aku datang kpdMu untuk menunaikan umrah dan haji). [Nota: Harus diingati bahawa Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Haji Qiran, kerna beliau menunggangi unta sebagai hadiah atau damnya dan beliau Tawah dgn menaiki untanya. Orang yg ingin kerjakan Haji Qiran hendaklah menaiki unta, ketika Tawaf dan kemudian unta itu disembelih setelah selesai haji sebagai kurban damnya. maka dgn itu, kini tiada lagi kemungkinan mengerjakan Haji Qiran kerana dalam keadaan sekarang mustahil untuk menunggang unta untuk Tawaf.]
Saudara, yg utama kita lihat adalah kalimah niat tersebut. Mengambil hakikat lafaz tersebut, maka lafaz niat yg sebenarnya untuk haji dan umrah atau untuk haji dan umrah yg disekalikan adalah seperti berikut:
(1) Lafaz Niat Haji – ‘Labbaika Allahumma Hajjan’ (Ya Allah (a.w), aku datang kepadaMu, ya Allah ya Tuhanku, untuk mengerjakan ibadah haji).
(2) Lafaz Niat Umrah – ‘Labbaika Allahumma Umratan’ (Ya Allah (a.w), aku datang kepadaMu, ya Allah ya Tuhanku, untuk mengerjakan ibadah umrah).
(3) Lafaz niat Haji Ifrad – ‘Labbaika, Allahuma Hajjan wa-Umratan’ (Aku datang kepadaMu, ya Allah (a.w) ya Tuhanku, untuk mengerjakan ibadah haji bersekali dengan umrah).
(4) Lafaz Niat Haji/Umrah untuk sipulan – ‘Labbaika, Allahumma hajjan/umratan ‘an Sifolan’ (Ya Allah (a.w), aku datang kepadaMu, ya Allah (a.w) ya Tuhanku mengerjakan Haji/Umrah bagi pihak Sifolan).
Sila perhatikan bahawa lafaz niat yang diberikan oleh as-Sunnah ini berlainan dari lafaz niat yang diajarkan oleh tok-tok guru (termasuk Mutawif Tabung Haji). [Nota: Kita hanya dibolehkan mengerjakan haji bagi pihak seorang yg lain, apakala kita sendiri telah selesai menghajikan diri kita sendiri.]
Jelaslah, bahawa lafaz niat haji dan umrah yang diajarkan oleh ustaz-ustaz arus perdana itu tiada sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah. Kalimah niat yg sebetulnya adalah spt di atas itu.
Saudara, oleh kerana sahnya segala amalan dan ibadah adalah dgn niat yg betul bersandarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka untuk mempastikan amalan dan ibadah haji/umrah kita diterima, wajiblah kita ikuti contoh yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). [Nota: Segala amalan yg tidak didasari oleh contoh dan ketetapan as-Sunnah, semuanya batal dan batal.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment