Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti dua drp 10 perkara yg penulis ingin bincangkan atau paparkan kpd saudara semua yg jika kita terlibat di dalamnya mengakibatkan kita terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau menjadi kafir. Dalam post ini kita lihat penyebab yg ketiganya: Tidak menghukumi kafir terhadap orang-orang yg musyrik (i.e. syirik = mendua atau menigakan Allah (a.w) atau meragukan kekufuran mereka itu atau membenarkan mazhab/agama mereka.
Saudara, dalam merungkaikan dimensi ini, kita lihat sahaja beberapa situasi atau fenomena amalan atau perbuatan dan kepercayaan di kalangan umat Islam. Mungkin lebih mudah melalui contoh, spt berikut:
(a) Meyakini bahawa orang yg sudah bersyahadah, kemudian mengerjakan sesuatu amalan syirik yg besar, kekal Islam, bukan orang kafir atau mushrik, spt orang-orang yg melakukan sesuatu ibadah atau mengamalkan meminta atau berdoa di kubur, menyembelih dan menghadiahkan haiwan/ternakan untuk jin atau hantu atau penunggu dan sebagainya;
(b) Orang yg berdakwah atau bercakap bahawa semua agama itu baik dan sama sahaja, asalkan berugama sama tarafnya. [Nota: Hari ini begitu ramai para ulama' Melayu yg, kerana pertimbangan keduniaan, sanggup berkata bahawa semua ugama itu baik dan sama saja. Maka mereka meletakkan Islam setaraf dgn lain-lain ugama ciptaan manusia. Mereka juga meletakkan Allah (a.w) sama taraf/kedudukan tuhan-tuhan yg disembah oleh orang bukan Islam!]
(c) Mencitai (mahabbah), taat (tawalla), mendukung (takbit), menolong (nusrah) pada orang kafir untuk melemahkan dan mengalahkan Islam dan kaum muslimin;
Saudara, kesemua contoh-contoh ini adalah bentuk-bentuk kekufuran yg nyata, mengikut firman Allah (a.w) berikut.
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu la tattakhuzu 'aduwi wa-'aduwakum aulia-a tulquna ilaihim bil-mawaddati wa-qad kafaru bima ja-akum minal-haqqi.' (Yg bermaksud: Wahai orang-orang yg beriman! Janganlah kamu sekelian mengambil musuhKu dan musuh kamu (i.e. orang iman) sekelian sebagai kekasih, kamu sekelian berikan kasih sayang kpd mereka, padahal mereka telah kufur terhadap kebenaran yg telah datang kpd kamu sekelian (i.e. Islam dan al-Quran)) [Ayat 1, Surah al-Mumtahannah]
Saudara, kita di Malaysia ini jelas kedudukannya. Ada orang Islam dan ada yg tidak Islam, i.e. orang kafir. Orang yg tidak terima Allah (a.w) sebagai tuhan mereka dan mereka menyembah selain Allah (a.w) dan berpandukan dalam mengabdikan diri mereka dgn kitab selain al-Quran dan panduan selain as-Sunnah, jelas kafir. There is no two things about it. Bak kata orang bijak pandai! Memang jelas.Tapi, ramai orang Islam tidak mahu sebut kalimah 'kafir' apabila merujuk kpd bangsa lain yg ugamanya bukan Islam! Mereka rujuk sebagai 'tak Islam' atau 'bukan Islam'! Takutkan tersinggung perasaan orang China dan India. Atau, takut kedudukan mereka di dunia tergugat apabila mereka merujuk kpd orang bukan Islam sebagai 'kafir'.
Hari ini apabila timbul permintaan pihak gereja supaya menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kpd tuhan mereka, ramai para ulama' dan umat Islam bersetuju megapa dihalang? Ada yg kata, apalah pada kalimah. Ada yg kata mungkin dgn itu orang kafir tertarik kpd Islam. Dan berbagai-bagai rasional lagi. Yg jelas majoriti ulama' dan ilmuwan Islam yg pandai berdebat tentang Wahabi, Mazhab dan sebagainya, takpun buka mulut. Senyap, tak bersuara .. Semua manusia yg yakinkan tuhan itu sebenarnya menyembah 'Allah', kata mereka. Tapi, tidak semudah rasional sedemikian. Mungkin saudara boleh tengok 'Keynote Address' Raja Dr Nazrin membentangkan kertas di Kongres Majlis Agama Islam seMalaysia baru-baru ini. Nampaknya, dia lebih faham.
Kita yg Islam faham bahawa kita sembah sebagai tuhan adalah tuhan yg satu yg Esa yg memanggil dirinya satu nama yg khusus 'Allah' atau terkadang merujuk kpd kalimah 'ar-Rahman' atau 'ar-Rahim' [Nota: Allah (a.w) itu memiliki 99 nama - Asma'ul husna.]. Namun, orang kafir tidak akui tuhan yg esa. Kerana itulah mereka dikategorikan sebagai musyrik - menduakan atau menigakan Allah (a.w) iaitu pendirian orang Kristian, contohnya.
Dalam meneliti 10 perkara yg menyebabkan jatuh murtad atau syirik atau kafir ini, kita merujuk kpd orang Islam - orang yg melafazkan dan berkeyakinan mutlak bahawa ada Allah (a.w) tuhan yg esa dan Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah hamba Allah dan Pesyuruh Allah (a.w) (i.e. Rasulallah). Orang yg tidak Islam tidak akui keesaan Allah dan tak menerima syairat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Kalau mereka akuipun mereka akui ada tuhan besar dan ada tuhan kecil. Atau, ada tuhan memiliki kusa tertentu dan ada yg lain memiliki kuasa tertentu pula. Mungkin mereka beranggapan tuhan mereka itu banyak kerana setiap seorang yg ada kuasa yg berlainan. Itu tak penting pada kita yg Islam. Yg penting adalah Allah (a.w) itu tuhan yg Easa dan dia memiliki segala kuasa maka dengan itu Allah (a.w) menyebutkan 'atas setiap sesuatu Dia berkuasa'. Maka dgn itu sesiapa yg membenarkan atau bersedia membenarkan kalimah 'Allah' dibenarkan digunakan oleh orang selain yg Islam sebagai nama tuhan mereka jelaslah terkeluar dari Islam, menjadi murtad. Waliyazubillahi min zalik.

Saudara, berwaspadalah. Maka dgn itulah dalam Islam kita wajib ilmukan diri kita dahulu sebelum melakukan segala sesuatu dan wajib kita sentiasa ilmukan diri kita sampai tiba ajal kita. Dgn ilmu kita tidak bercakap ikut sesukahati atau citarasa kita, tanpa melihat kpd kebenaran. Tanpa ilmu kita akan terpengaruh dan menerima rasionalisasi orang lain, kerana mereka pintar bercakap dan berhujjah. Oleh itu berwaspadalah. Tak guna banyak dan bersusash payah beramal, tapi tak diterima Allah (a.w) segala amalan, kerana kita menyekutukan Allah (a.w)...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment