Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telahpun tahu ilmunya mengenai tiga ibadah dalam syariat Islam; iaitu: pertama, ibadah Puasa Sunat - Puasa Hari Arafah bagi orang yg tidak mengerjakan haji pada hari Arafah, 9 Zulhijjah; kedua, ibadah Solat Aidil Adha; dan ketiga, ibadah kurban yg dikerjakan pada 10 Zulhijjah (dan berakhir tempohnya pada 12 Zulhijjah ketika masuk waktu 'Asar). Dalam perkara ibadah haji kita telahpun sebutkan betapa kritikalnya kita mempastikan beberapa perkara; iaitu: pertama, hendaklah kita mandi seumpama mandi junub di pagi 9 Zulhijjah sebelum kita bertolak ke Miqat untuk Solat Sunat Ikhram, berikhram dan melafazkan niat haji dan hendaklah kita pastikan bahawa kita baca atau lafazkan niat yg betul (iaitu: 'Labbaika, Allahumma Hajjan'); kedua, cara dan kaedah mandi junub atau mandi wajib itu dan cara serta kaedah kita berwudu', kerana ibadah Tawaf Ifazah atau Tawaf Haji itu adalah satu rukun haji [Nota: Mandi jenabah itu menrangkumi dua proses, berwudu' dan mandi; ketiga, bagaimana mensolat-solat-solat fardu ketika di Arafah, di Muzdalifah dan di Mina; memahami rukun-rukun qalbi (niat), fe'li (perlakuan atau perbuatan) dan qauli (bacaan atau sebutan) ketika melakukan segala rukun haji; keempat, pantang larang ketika berikhram sebelum Tahlul Awal dan sesudahnya tetapi sebelum Tahlul Thani. Yg ini penting kerana, ada kes suami isteri yg melakukan begitu banyak kesilapan, tetapi mengharapkan Allah (a.w) kurniakan haji yg Mabrur. [Nota: Yg wajib diberi peringatan atau kita memperingatkan diri kita bahawa melanggar salah satu pantang larang haji atau pantang larang berikhram dikenakan dam seekor kambing. Jadi kalau kita langgar 10 pantang larang, kita kena dam sepuluh ekor kambing. Di Mekah lazimnya seekor kambing harganya R 350.00. Kalau selepas Tahlul Awal melakukan persetubuhan (antara suami dan isteri) maka kifarahnya berat, spt yg telahpun kita diberitahu ketetapan mengenainya, iaitu batal haji kedua-duanya, diwajibkan mengerjakan haji tahun depannya, apabila kembali ke Malaysia, suami isteri dipisahkan atau tidak oleh tinggal bersama dan tidak boleh melakukan hubungan suami isteri sehinggaah selesai haji gantiannya tahun depan, dan ketika mengerjakan haji tahun depan itu kedua-duanya diwajibkan menyembelih seekor unta seorang setelah selesai Tahlul Awal pada 10 Zulhijjah tahun tersebut.] Kelima, jemaah haji yg berada di Mekah awal, untuk mengerjakan Haji Tamattuk, iaitu mengerjakan umrah dahulu kemudian baru mengerjakan haji. Kerana majoriti umat Islam, termasuk bakal haji Melayu yg berusaha untuk mengerjakan sebanyak umrah yg mampu, tanpa menyedari atau tidak tahu atau tidak diberitahu bahawa mengerjakan umrah dalam bulan haji itu dikenakan 'dam' seekor kambing bagi setiap umrah yg dikerjakan! Bukan satu ekor kambing untuk semua umrah. [Nota: Bulan haji atau musim haji itu bermula ketika masuknya 1 Syawal dan berakhir pada 10 Zulhijjah. Sesiapa yg mengerjakan umrah dalam tempoh tersebut dikenakan dam seekor kambing bagi setiap umrah]. Demikianlah, beberapa perkara yg wajib jema'ah haji fahami mengenai ibadah haji dan umrah.
Saudara, kita juga telah maklum tentang syariat Islam mengenai ibadah kurban. Dan, kita diberitahu betapa besarnya pahala mengerjakan kurban itu di sisi Allah (a.w). Maka dgn itu Islam menggesa umatnya berusaha semampu mungkin untuk melibatkan diri dalam mengerjakan kurban dgn berkongsi sesama sendiri. Kita lihat satu hadith berikut yg menyebutkan betapa pentingnya ibadah kurban itu.
Hadith di atas menyebutkan begitu banyaknya pahala yang diberi ganjaran oleh Allah (a.w) kepada mereka yang mengerjakan Kurban itu. Pahala yang didapatinya adalah sebanyak bulu-bulu binatang Kurban itu – kesemua bulunya termasuk bulu-bulu yang halus – setiap satu mendapat atau memberikan pahala oleh Allah (a.w) kepada mereka yang berkurban!
Diriwayatkan hadith dari said b Khubairin hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada dari beberapa hari, yakni hari kesepuluh (bulan Zulhijjah) yang di dalamnya (ada amalan) yang lebih disukai Allah (a.w).’ Berkata mereka (para sahabat): Wahai Rasulallah (s.a.w)! Tidak berjihad fi sabilillah (i.e. membela ugama Allah (a.w))?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan tidak juga berjihad fi sabilillah.’ (Kemudian Rasulallah (s.a.w) menyambung sabdanya): ‘Kecuali seorang lelaki (yang berjihad itu) keluar dengan dirinya dan hartanya, maka tidak kembali dia dari demikian (jihad) dengan sesuatupun.’ (Yakni, lelaki yang berjihad dengan diri dan hartanya itu habis hartanya dan mati dia dalam jihad tersebut. Orang sedemikian itu mendapat pahala yang dapat mengatasi amalan (korban) pada 10 Zulhijjah itu.).’ [Hadith Abu Daud]
Apakah dia amalan yang begitu besar pahalanya sehinggakan mengatasi pahala orang yang berjihad fi sabilillah itu? Dan, hanya amalan orang yang berjihad fi sabilillah dengan harta dan tubuh badannya, kemudian dia mati dalam jihad tersebut, yg boleh menyamai pahalanya? Dijelaskan dalam syarah hadith ini amalan itu adalah amalan menyembelih kurban pada 10 Zulhijjah (dan sepanjang 11 dan 12 Zulhihhah). Demikianlah besarnya pahala orang yang menyembelih kurban pada 10 Zulhijjah itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment