Thursday, October 13, 2011

Pakaian Lelaki Islam: Peringatan Semula

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita ulangi melihat isu pakaian lelaki Islam - satu peringatan berulang - kerana amat besar bahaya akhiratnya kita yg akui diri kita Islam, tidak endahkan ketetapan syariat Islam - yg termaktub dalam al-Quran dan yg termaktub dalam as-Sunnah atau al-Hadith. Saudara mungkin kita sebelum ini jahil mengenai ketetapan ini, kerana tak siapa bagi tahu atau kita takpun belajar al-Hadith. Kita pernah dengar orang cakap tentang pakaian lelaki Islam. Atau, kita sering lihat golongan tabliq, contohnya, memakai kain atau jubah atau seluar fesyen Indian Muslim mereka itu senteng. Mungkin kita diberitahu itu adalah adab dan kelaziman masyarakat Arab atau adab berpakaian di kalangan suku-sukubangsa tertentu spt orang India yg Islam atau orang Pakistan dan sebagainya.
Apakah kedudukan sebenarnya? Adakah pakaian sedemikian itu adalah ketentuan budaya dan bangsa? Adakah ketentuan tersebut suatu kelaziman di kalangan golongan tertentu? Atau, adakah itu fahaman Wahhabi? Itu bukan fahaman mazhab yg empat - Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali? Kalau saudara berpandangan sedemikian, makan saudara tersilap. Dalam Islam segala peradaban Islam ditentukan oleh ketetapan Allah (a.w) (i.e. sebagaimana ditetapkan dalam al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ketetapan as-Sunnah atau al-Hadith, berdasarkan wahyu Allah (a.w)), dan dalam segala apapun dalam Islam, Rasulallah (s.a.w) itu adalah model atau contoh ikutan terbaik. Tambahan pula Allah (a.w) telah memberi 'endorsement' bahawa sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w), dia (i.e. orang itu) sudah pasti diakui oleh Allah (a.w) sudah taatkan Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Dan, Allah (a.w) memerintahkan manusia (bukan setakat mereka yg Islam sahaja) bahawa apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) - segala sesuatu tentang agama, peraturan, bentuk-bentuk pengabdian, cara dan kaedah mengabdikan diri, dan cara melaksanakan ketetapan al-Quran, panduan hidup orang iman, hendaklah diambil pakai atau diterima dan jadikan panduan dan amalan, dan apa-apa yg ditegahnya atau dilarangnya, hendaklah ditinggalkan atau dijauhi (Ayat 7, Surah al-Haysr).
Saudara, dalam kontek inilah kita wajib teliti hadith-hadith mengenai pakaiaan lelaki Islam itu; iaitu: pertama, lelaki Islam tidak dibolehkan memakai emas dan sutera sebagai pakaian atau perhiasan tubuh badan:
Diriwayatkan hadith dari Abi Musa al-Asya’ari berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Hurrima libasul-hariri waz-zahabi ‘ala zukuri ummati wa-uhilla li-inathihim’ (Yg bermaksud: Diharamkan pakaian dari sutera dan emas atas orang-orang lelaki umatku dan dihalalkan bagi orang perempuan.’ ) [Hadith at-Termidzi, Kitab Pakaian]  
Kedua, pakaian dari sutera itu bukan setakat diharamkan terhadap lelaki Islam, tetapi jika diengkari, maka pasti masuk neraka. Inilah ketetapan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik apabila Syu’bah meminta pengesahan daripadanya, bahawa berkata dia: ‘Sungguh-sungguh (dia mendengar hadith) dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: ‘Man labisal-hariri fiddunya falan yalbasahu fil akhirati.’ (Yg bermaksud: Barangsiapa memakai pakaian sutera di dunia, maka tidak akan dipakaikan pakaian sutera padanya di akhirat.’) [Hadith Bukhari, Kitab Pakaian]. 
Ketiga, pakaian lelaki Islam itu yg dibolehkan panjangnya adalah spt yg ditetapkan oleh hadith berikut. Jika melebihi had yg ditetapkan itu, bererti lelaki tersebut telah melanggar ketetapan as-Sunnah, maka dia tergolong dari kalangan orang yg disebutkan sebagai penghuni neraka itu:
Diriwayatkan oleh imam Ahmad ibni Hanbal hadith dari seorang lelaki dari suku Bil-Hajim yg berkata: ‘Bertanya aku kpd Rasulallah (s.a.w): ‘Kepada siapakah engkau berseru (i.e. berdoa)?’ Rasulallah (s.a.w) bersabda (i.e. menjawab): ‘Ad’u ilallahi wahlahul-lazi in massaka durrun fa-da’autahu kasyafa ‘anka wal-lazi in dolalta biardin faqrin fada’autahu radda ‘alaika wal-lazi in asabaka satatun fa-da’autahu anbatalaka.’ (Yg bermaksud: Aku berseru kpd Allah yg maha esa, yg bila engkau ditimpa kesusahan atau kemudaratan lalu engkau berseru (i.e. berdoa) kpdNya ditolonglah engkau dan bila engkau tersesat di suatu padang pasir yg tandus engkau berdoa kpdNya ditunjukkannya jalan keluar bagimu olehNya dan apabila engkau ditimpa masa kemarau yg panjang ditumbuhkannya bagimu tanaman-tanaman.’) Kemudian berkatalah Bil-Hajim lebih lanjut kpd Rasulallah (s.a.w): ‘Berilah aku nasihat’, maka bersabdalah Rasulallah (s.a.w): ‘La tasubanna ahadan wa-la tazhadanna fil-makrufi wa-lau an talqa akhaka wa-anta munbasitun ilaihi wajhuka wa-lau an tufrigha ina-aka fi dalwil-mustaqi wattazir ila nisfis-saqi fa-in abaita fa-iklal-ka’baini wa-iyaka wa-isbalal-izari fainna isbalal-izari minl-makhilati wa-innallaha la yuhibbul-mahilata.’ (Yg bermaksud: Janganlah engkau mencerca seseorang dan janganlah engkau meremehkan sesuatu amal kebajikan walaupun hanya seperti memberi muka/manis (i.e. tersenyum) kpd kawan yg engkau temui, mengosongkan gayungmu untuk memenuhi bekas air orang yg meminta air, dan hendaklah engkau mengenakan sarung (seluar atau jubah atau kain yg dipakai) ke separuh betis dan kalau enggan, maka janganlah melebihi kedua mata kaki (i.e. buku lali). Kerana melabuhkan kain (i.e. seluar, jubah atau yg dipakai) di bawah mata kaki (i.e. buku lali) hingga menyapu lantai adalah tanda sombong (atau kesombongan) dan Allah (a.w) sekali-kali tidak menyukai sifat sombong.) [Hadith Imam Ahmad]. Keempat, dalam hadith berikut pula, kita diberitahu bahawa wudu' dan solat lelaki Islam yg melabuhkan pakaiannya melebihi had yg dibernakan, tidak diterima Allah (a.w):
Diriwayatkan hadith dari Abi Jaffar hadith dari ‘Atak b Yassar hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Pada suatu ketika seorang lelaki bersolat (dan dia memanjangkan atau melabuhkan) bahagian bawah pakaiannya. Maka bersabda kepadanya Rasulallah (s.a.w): ‘Pergilah engkau! Maka wudu’lah (i.e. wudu' semula).’ Maka pergi dia maka berwudu’ dia, kemudian datang dia (ke tempat dia bersolat tadi). Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Pergilah! Dan wudu’lah (i.e. wudu'lah semula).’ Maka berkata kpd Rasulallah (s.a.w) seorang lelaki (yg lain): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Mengapa engkau memerintahkan bahawa wudu’ dia (semula)?’ Kemudian terdiam sebentar (Rasulallah (s.a.w)). Bersabda (Rasulallah (s.a.w): ‘Innahu kana yusalli wahua musbilun izarahu, wa-innallaha ta’ala la yaqbalu solata rajulin musbilin.’ (Yg bermaksud: ‘Sesungguhnya dia (lelaki) ada dia bersolat dan dia memanjangkan (atau melabuhkan) bahagian bawah pakaiannya. Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak menerima solat seorang lelaki yg memanjangkan (atau melabuhkan) pakaiannya.) [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian]. 
Kelima, pakaian lelaki yg dibenarkan oleh syarak itu adalah idak dilabuhkan melebihi buku lali kaki. Jelaslah, ketetapan mengenai pakaian bawah lelaki itu tidak semata-mata ketika bersolat, malah sepanjang masa: 
Diriwayatkan hadith dari ‘Alak b Abdilrahman hadith dari bapanya berkata: ‘Aku bertanya kpd Abi Said al-Khudri dari urusan pakaian, maka berkata Abi Said memberitahu: 'Atas orang yg pandai telah jatuh engkau! (yakni,  maksudnya, 'Tepat pertanyaan engkau'). Telah bersabda Rasulallah (s.a.w) kpdnya: ‘Izaratul-muslimi ila nisfis-saqi wala haraja au la junaha fima bainahu wa-bainal ka’baini. Ma kana asfla minal-ka’baini fahua fin-nari. Man jarra izarahu bataran lam yanzurillahu ilahi.’ (Yg bermaksud: (Bahagian bawah) Pakaian orang Islam (lelaki) adalah setakat separuh betisnya dan tidak berdosa atau tidak mengapa di dalam apa-apa di antara betisnya dgn dua matakakinya (atau bukulainya). Apa-apa pakaiannya yg melebihi dari paras kedua matakaki (atau bukulalinya) maka dia di dalam neraka. Barangsiapa melondehkan (i.e. memanjangkan atau melabuhkan dgn sengaja) pakaiannya (melebihi dua matakaki atau buku lalinya) dia adalah menyombong (maka), tidak melihat Allah (a.w) kpdnya (di akhirat kelak)). Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian]
Keenam, lelaki yg melanggar ketetapan mengenai pakaiian itu pasti masuk neraka, walau apapun tahap amalan dan ibadahnya. [Nota: Dalam perkara ibadah yg utama dalam Islam, iaitu solat, tidak diterima Allah (a.w), maka pasti dalam Kitab Catatan Amalan orang yg melanggar ketetapan/peraturan pakaian ini kosong semata-mata.] Larangan ini tidaklah terhad ketika mengerjakan ibadah solat sahaja, tetapi pada setiap masa, dan pada setiap zaman lelaki Islam wajib berpakaian sedemikian. 
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: ‘Ma asfala minal ka’baini minal izari fafin-nari’ (Yg bermaksud: Apa-apa yg menutup mata kaki (atau buku lali) dari pakaian, maka dia di dalam neraka.) [Hadith Bukhari, Kitab Pakaian] 
Saudara, mudah-mudahan saudara faham apa yg ingin disampaikan dalam post ini. Mesejnya adalah: pertama, lelaki Islam tidak boleh pakai emas dan sutera dalam apa jua bentuk dan sifatnya - butang baju emas, jam emas, rantai emas, cincin emas dan sebagainya sutera halus atau sutera kasar atau sutera campuran atau sutera asli dicampur sutera buatan dan sebagainya. Kedua, lelaki Islam yg memakai sutera tidak akan masuk syurga, walaupun mungkin amalan dan ibadahnya amat top sekali! Ketiga, lelaki Islam tidak boleh memakai pakaian labuh ketika bersolat. Jika dilakukannya Wudu'nya tidak diakui Allah (a.w) dan solatnya tidak diterima Allah (a.w). By extension, maka segala ibadah yg melibatkan sahnya wudu' sama-sama terbatal menjadi tidak sah, spt Tawaf. Mandi junub. Dan banyak lagi. Keempat, lelaki Islam itu bukan sahaja diperintahkan supaya tidak melabuhkan pakaian bawahnya ketika beribadah atau bersolat, tetapi setiap masa dan waktu tak kira apapun keadaan atau situasinya. 
Bagaimanakah pakaian yg dikira 'labuh' atau melabuhkan pakaian itu? Pakaian bawah lelaki, maksudnya kain yg dipakai atau seluar yg dipakai atau jubah yg dipakai itu hendaklah, ketika berdiri dia, tidak melebihi para kedua buku lalinya (atau mata kakinya - istilah Indonesia). Sebaik-baiknya hendaklah panjangnya sampai separuyh bahagian betisnya sahaja.
Apakah akibat melanggar ketetapan berpakaian sedemikian itu? Ketetapann tersebut nanmpak enteng atau ringan atau ada orang kata kononnya bukan perkara 'aqidah' atau bukan ketetapan 'fundamental' dalam Islam, maka tidaklah sebagimana yg digambarkan oleh Rasulallah (s.a.w), kata mereka! Saudara, apakah aqidah sebenarnya? Aqidah adalah keyakinan yg mutlak bahawa Allah (a.w) itu tuhan mansuai yg esa dan Dia berkuasa atas segala sesuatu dan manusia itu diberi kesempatan hidup semata-mata untuk mengabdikan diri mereka kpdNya. Maknanya, sebagi hamba wajib akur perintah dan ketetapan Allah (a.w). Oleh kerana Allah (a.w) juga perintahkan supaya taat dan akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w), maka sebahagian yg fundamental dalam aqidah adalah mentaati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Mudah-mudahan saudara faham, insya Allah.
Oleh itu berwaspadalah. Hari ini eloklah saudara potonglah seluar dan jubah saudara supaya tidak melebihi para buku lali. Pakaiah kain pelikat saudara itu supaya di atas buku lali. Ingatlah syurga itu bukan mudah nak dapat. kalau kerana pekaian kita terlepas peluang ke syurga, alangkah ruginya kita. Dan, alangkah biodohnya kita kalau kerana nampak berbeza dgn orang memakai seliau dan jubah senteng, kita kurbankan syurga kita!! janganlah jadi bapa saudara Rasulallah (s.a.w) malu kpd masyarakat bobility Arab Quraisy, maka tak mau terima syriat Islam...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment