Wednesday, October 5, 2011

Wahhabi: Sesatkah Mereka?

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah anjurkan kpd pembaca kalau nak tahu apa sebenarnya ajaran fahaman Wahhabi itu bolehlah tengok sebuah buku yg menceritakan tentang kehidupan dan perjuangan serta ajaran Muhammad ibn Abdul -Wahhab yg dikatakan penganjur atau pengasas fahaman Wahabi. Sebagaimana Imam asy-Syafie, Imam Ahmad ibni Hanbal, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, yg sebenarnya tidak mengasaskan fahaman kemazhaban yg dilekatkan pada nama-nama mereka, Imam Muhammad pun begitu juga. Namun, lambat laun atau akhirnya, masyarakat Islam dan bukan Islam melabelkan beliau menganjurkan satu fahaman yg berbeza dgn fahaman 4 imam yg dikatakan pengasas mazhab yg empat itu. Sebenarnya dalam zamannya kefahaman tentang Islam itu begitu bercelaru dan berkecamuk, sehinggakan banyak golongan penganut Islam yg telah jauh menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ketika beliau menilai semula aqidah dan amalan serta ibadah orang Islam zamannya, dia mendapati bahawa mereka mengamalkan banyak perkara yg jauh berbeza dgn Islam dan syariatnya, sebagaimana yg ditetapkan oleh Allah (a.w), i.e. al-Quran, dan sebagaimana yg dibawakan, dicontohkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), i.e. as-Sunnah [Nota: Amalan syirik, tahyul, kurafat dan taklid buta, bida'ah dll lagi].
Saudara, kalau sdr baca buku tersebut, bukan sahaja saudara dapat melihat kehidupan orang yg dikatakan mengasaskan fahaman Wahhabi, tetapi lebih utama saudara akan lebih faham bagaimanakah berbezanya juga aqidah, amalan dan ibadah umat Islam zaman ini, terutama di kalangan para ulama' dan ilmuwan arus perdana (i.e. umat Islam yg majoriti) hari ini, walaupun mereka beranggapan atau berkeyakinan bahawa mereka mengikuti fahaman atau syariat Islam yg benar atau haq. Apabila disemak dgn ketetapan al-Quran dan dalam as-Sunnah, jauh berbeza dan berlainan! Yg utama kita fahami adalah bukan label ajaran yg dipelopori oleh mana-mana ulama' atau ilmuwan, tetapi apakah isi atau kandungan ajaran yg mereka sampaikan? Ramai ulama atau ilmuwan yg pada kaca mata kita nampak alim dan berilmu, tetapi sebenarnya hanya penampilan dan kepetahan berhujjah semata-mata atau berlindung di belakang perisai ijazah 'sekular' spt Ph D dalam bidang-bidang keugamaan semata mata. Namun, mereka belum pasti sudah menamatkan pengajian al-Quran (membacanya dgn betul, memahami isi kandungan dan ajarannya dan mampu pula menghafal beberapa surah atau ayat yg memberi manfaat dan panduan pribadi dalam perkara aqidah, amalan dan ibadah dan panduan hidup mukmin yg ulong). Mereka juga belum tentu telah mengaji dan mendapat ilmu yg sempurna mengenai as-Sunnah, spt khattam Kuttubul Sittah. Tapi, mereka bercakap seolah-olah mereka itu begitu berilmu mengenai as-Sunnah dan Islam.
Saudara, orang yg boleh diakui berilmu itu adalah orang yg telahpun mengilmukan dirinya dgn kefahaman yg betul tentang al-Quran dan tentang ketetapan-ketetapan dan panduan utama as-Sunnah, dan sebaik-baiknya telah khattam dan faham Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dan lebih baik lagi kalau sudah khattam Kuttubul SittahKalau setakat memperolehi ijazah Ph D atau tamat menghabiskan kitab-kitab karangan manusia seumpama 'Ihya Ulumiddin' (Imam al-Ghazali) atau 'Bharul Mazi' (Karanagan ulama' tanah air 40 tahun lampau) atau apa saja kitab karangan manusia) dan kitab-kitab lain, belum boleh diakui faqih dan faham Islam dan syariatnya, kerana kemungkinan besar, ada banyak ketetapan Islam yg mereka belum tahu dan faham. Kerana kefahaman mengenai Islam dan syariatnya serta panduan hidup dunia dan akhirat yg haq atau benar serta sempurna itu hanyalah dua sumbernya, iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, apakah essence tunjang atau asas pertimbangan ajaran Muhammad ibn Abdul-Wahhab? Atau, fahaman Wahhabi itu? Kita tengok pangkal pokok ajaran tersebut, yg dirumuskan oleh pengarang buku 'The Life, Teachings and Influence of Muhammad ibn Abdul-Wahhab', Jamal Al-Din M. Zarabozo; iaitu: pertama, sumber dan asas kesemua kepercayaan dan keyakinan (i.e. aqidah) dalam beragama Islam itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran dan as-Sunnah adalah lebih dari mencukupi dalam memandu manusia dalam mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w). Malah, as-Sunnah adalah panduan yg haq dalam semua perkara pengabdian menyentuh bentuk-bentuk, kaedah dan cara dan bagaiman memandu kehidupan yg diridhai Allah (a.w) untuk berjaya di dunia dan, akhirnya, berjaya di akhirat; kedua, dalam perkara perincian aqidah dalam Islam sumber dan panduan yg sempurna adalah as-Sunnah; ketiga, pandangan dan pendirian sahabat (khususnya khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, dan mereka yg sezaman dengannya, termasuk tabi'in, dan tabi'ahum) adalah panduan sokongan dalam perkara syariat dan lain-lainnya; keempat, mengasaskan segala ketetapan atas sesuatu permasalahan dalam Islam kpd teks al-Quran dan al-Hadith, mencari penyelesaian dgn berpandukan kpdnya tanpa menidakkan atau meninggalkan atau mengketepikannya, kalaupun ada kontradiksi dalam ketetapannya; kelima, tidak wujud ketaatan total atau mengikut membabi buta terhadap mana-mana tokoh - ulama' atau ilmuwan - atau mana-mana individu (i.e. manusia), kerana ketaatan dan penghormatan yg tidak berbelah terhadap manusia hanyalah kpd Rasulallah (s.a.w), yg sempurna ilmu dan panduannya tentang Islam. Dialah 'uswatun hasanah'. Keenam, dalam aqidah, amalan, ibadah, muamalah dll lagi preskripsi Islam dan syariatnya, hendaklah menolak tanpa pengecualian kesemua yg bersifat atau bercorak 'pembaharuan dalam perkara agama' atau 'bid'ah', kerana kesemua bid'ah, tanpa pengecualian, adalah kesesatan dan menyesatkan yg akibat akhirnya terjerumuskan mereka yg mengamal, mengajar dan memperluaskannya ke dalam neraka secara pasti; ketujuh, jangan menjadikan bahan perbincangan, perdebatan atau pentafsiran berdasarkan unsur falsafah atau intelektualisma atau melalui penyelidikan atau pentafsiran menggunakan akal fikiran. Sesuatu perkara yg bersabit dgn aqidah Islam, memadai berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Tidak perlu membuat rasionalisasi berdasarkan pendapat, falsafah atau sains. Contoh: Babi itu diharamkan dimakan kerana itu dan ini atau begitu dan begini, dsbnya. Allah (a.w) itu mempunyai tangan, cukup tak perlu tahu bentuk tangan Allah (a.w), kerana tak mungkin seorang mansuia tahupun. Malah Rasulallah (s.a.w) yg mendapat wahyu dari Allah (a.w) dan bertemu dgn Jibril (a.s) kerap, dan Jibril (a,.) yg paling hampir kpd Allah (a.w) tak tahu! Adakah menambah kpd keimanan kita kalau kita tahu?
Saudara, pengarang buku tersebut merumuskan bahawa ajaran Imam Muhammad menjelaskan tentang konsep tauhid itu merangkumi tiga dimensi; iaitu; pertama, kepercayaan dan keyakinan mutlak bahawa Allah (a.w) sahajalah tuhan yg esa dan benar, tiada tuhan selainnya. Dialah Tuhan semesta alam dan Tuhan menjadikan segala sesuatu selainnya - tauhid ar-rubbubiyah; kedua, kepercayaan dan keyakinan mutlak tentang mutlaknya nama-nama Allah (a.w) dan sifat-sifat Allah (a.w), dan sifat-sifat tersebut tidak ada pada mana-mana makhluk yg diciptaNya - tauhid al-asma wal-sifat; dan ketiga, kepercayaan atau keyakinan yg mutlak di dalam segala perkara, terutama amalan dan ibadah serta segala perlakuan manusia yg beriman itu semata-mata dikerjakan kerana mengabdikan diri kpd Allah (a.w), supaya terselamat dari siksaan dalam neraka dan berjaya mendapat syurga Allah (a.w) di akhirat kelak - tauhid uluhiyah atau tauhid al-ibadah.
Saudara, soalnya, apakah fahaman atau ajaran yg bercirikan tujuh dimensi di atas dan konsep tauhid di atas itu menyimpang dari Islam dan syariatnya? Adakah golongan yg mengikuti ajaran ini - yg dilabelkan Wahhabi itu - sesat atau menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Atau, apakah mungkin mereka yg menolak ajaran sedemikian itu dan berpegang kpd fahaman kemazhaban lebih benar dan lebih tepat dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Kalau kita teliti kesemua fahaman dan ajaran sekarang di Malaysia kita akan dapati mereka yg kononnya melabelkan diri mereka sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' mengajarkan pengikutnya lebih menyimpang dari ajaran Wahhabi! Contohnya: Adakah mereka berjema'ah walhal as-Sunnah dan al-Quran mensyaratkan supaya umat Islam itu wajib berjema'ah - Ayat 103, Surah ali-Imran dan hadith (rujuk Sahih Bukhari dan Sahih Muslim). Kalau mereka berpandukan as-Sunnah dan mereka berjema'ah, maka barulah cocok dilabelkan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Apakah Wahhabi juga berjema'ah. Saudara boleh baca sendiri buku yg dirujuk itu dan buat ketetapan dan pentakrifan sendiri.
Semoga, saudara dapat melapangkan masa membaca buku yg dimaksudkan supaya tidak saudara terjerumus tergolong dikalangan orang Islam yg mengaku beriman, berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi mencemuh, mencaci, mencela dan memfitnah golongan orang yg kononnya 'sesat' atau 'menyimpang' walhal kita tak tahupun aqidah dan pegangan mereka, dan kita sendiri bercakap terikut-ikut, mengikut cakap-cakap orang menyebarkan fitnah. Berbohong dalam Islam menghapuskan keimanan dan dibenci Allah (a.w), menjadi calun munafiq dan calun neraka. Memfitnah dalam Islam menghapuskan kebaikan dan pahala dari kesemua amalan dan ibadah yg kita berpenat lelah kerjakan. Oleh itu berwaspadalah ...
Janganlah macam pengikut orang politik, kita ikut cakap sifolan-sifolan membuta tuli atau dalam kejahilan ... tanpa menyedari malaikat mencatitkan segala kata-kata kita dalam Kitab Catatan Amalan kita.

Jazakallahu khairah

1 comment: