Tuesday, October 18, 2011

Ibadah Kurban: Kefadhalan Kurban dalam Islam

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat dalam beberapa post sebelum ini tentang ibadah kurban dalam syariat Islam itu. Yg kita diberitahu bahawa ibadah kurban itu adalah wajib bagi umat Islam yg mampu, sebagaimana juga wajib bagi umat Islam mengerjakan ibadah haji. Yg membezakannya hanyalah kos mengerjakan kurban jauh lebih rendah berbanding kos mengerjakan ibadah haji. Namun, disebutkan bahawa sesiap yg mampu mengerjakan ibadah kurban - menyembelih atau berkongsi menyembelih haiwan kurban - unta, lembu atau kambing - tetapi tidak mengerjakannya adalah dianggap tidak dapat diakui Islam kerana itu tidak diberi kesempatan bersolat dalam 'masjid kami.' (i.e. masjid umat Islam atau Masjid Nabawi secara khusus).
Saudara, kita lihat betapa utamanya ibadah kurban itu dalam Islam drp beberapa hadith Rasulallah (s.a.w), khususnya hadith-hadith berikut. 
Sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah (r.ah), menyebutkan bahawa amalan yang paling disukai oleh Allah (a.w) adalah membuat Qurban, seperti hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.ah) (berkata dia): ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Tidak beramal anak Adam dari amalan pada hari menyembelih (yakni, hari raya Kurban) yang lebih menyenangkan (yakni, disukai oleh) Allah (a.w) daripada mengalirkan darah (yakni, mengerjakan Kurban). Sesungguhnya (sesiapa yang) berqurban nescaya pada hari Kiamat dimana tanduknya dan bulunya dan kukunya (ternakan qurban itu), dan sesungguhnya sebelum jatuh darahnya (ke bumi) nescaya daripada Allah (a.w) (mendapat ganjaran pahala), maka bersenanglah (yakni, bergembiralah) sekelian kamu dengan Kurban bagi dirinya.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Menyebut tentang Kurban itu, di zaman Nabi (s.a.w) ada para sahabat yang ragu-ragu atau kurang jelas mengenai amalan tersebut.  Mereka bertanya kepada Rasulallah (s.a.w) untuk mendapatkan penjelasan.  Misalnya seorang sahabat bernama Zaid bin Arqam telah meriwayatkan satu hadith tentang pertanyaan tersebut:
Diriwayatkan hadith daripada Zahid bin Arqam (r.a) berkata dia: ‘Berkata seorang sahabat Rasulallah (s.a.w) kepadanya (yakni, bertanya): ‘Ya, Rasulallah (s.a.w), apakah ini beberapa Kurban?’  Menjawab Rasulallah (s.a.w): ‘Telah disunatkan oleh bapa kamu sekelian, Nabi Ibrahim (a.s)’. Maka berkata sahabat lagi: ‘Maka apakah bagi kami (i.e. apakah pahalanya) dalam Kurban, ya Rasulallah (s.a.w)?’  Maka dijawab Rasulallah (s.a.w): ‘Dengan tiap-tiap sehelai rambut (yakni, bulu binatang Kurban itu) satu kebaikan (yakni, pahala dari Allah (a.w)’. Bertanya lagi sahabat tersebut: ‘Maka bagaimana pula dengan bulu-bulu halusnya, ya Rasulallah (s.a.w)?’  Dijawab oleh Rasulallah (s.a.w): ‘Tiap-tiap satu rambut dari bulu halusnya satu kebaikan.’  [Hadith sahih Ibnu Majjah] 
Hadith di atas menjelaskan sunnah qurban itu bermula dengan perlakuaan Nabi Ibrahim (a.s) ketika Allah (a.w) memerintahkan dia supaya menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail (a.s), yang ditemuinya hanya selepas berpisah dengannya lebh 20 tahun. Perintah tersebut diredhai oleh anaknya kerana mematuhi perintah Allah (a.w). Ketika hendak menyembelih Ismail, Allah (a.w) tukarkan dia dengan seekor kibas. Demikianlah bermulanya syariat qurban dalam Islam.
[Nota: Nabi Ibrahim (a.s) adalah orang pertama yang secara sendiri menyedari kewujudan Allah (a.w) dan disebutkan oleh Allah (a.w), khalillullah (keksaih Allah (a.w)) kerana keikhlasannya mengagungkan Allah (a.w). Dia mempunyai dua isteri. Dengan iteri yang tua dia mendapat anak Nabi Ishak (a.s) yang mendapat pula anak, Nabi Yaakub (a.s),  dan dengan isteri keduanya, Siti Sarah, dia mendapat seorang anak, Nabi Ismail (a.s). Orang-orang Yahudi adalah keturunan Yaakub (a.s) manakala orang Arab adalah keturunan Ismail (a.s).]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment