Saturday, October 29, 2011

Bagaimana Nak Selamat di Akhirat?? (Samb.)

Assalamualaikum, 
Saudara, kita telah 3 drp 6 perkara yg kalau kita waspada dan jaga, maka selamatlah akhirat kita. Dan, kalau kita abaikan, maka bahayalah akhirat kita. Kita telah lihat yg pertama adalah kita ikuti ajaran yg benar dan kemudian ikutinya dgn istiqamah; yg kedua, kemurniaan = keikhlasan = ketulusan beramal  dan beribadah; yg ketiga adalah berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah semata-mata dalam kehidupan kita sebagai orang Islam. Dan, dalam post ini yg keempat, iaitu jauhi perkara-perkara syirik, bid'ah dan mengikuti kehendak hawa nafsu.


Menjauhi Syirik, Bid’ah dan Hawa Nafsu 
(al-Ijtinabus-syirki wal-bid’ati wal-hawa) 


Saudara, hadith berikut dgn jelas memberikan kita panduan yg mudah difahami, iaitu hendaklah jangan kita abaikan al-Quran dan as-Sunnah. Pasti kita selamat.
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ijtanibu sab’al-mubiqati.’ (Yg bermaksud: Jauhilah tijuh perkara.) Dikatakan (i.e. ditanyakan): ‘Dan apa dia (yg tujuh itu)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘As-syirki billahi was-sihru wal-qatlun-nafsil-lati harramallaa illa bil-haqqi wa-aklul mal-yatimi wa-aklur-riba wat-tawalli yaumaz-zahfi wa-qadfil-muhsonatil-ngafilatil-mukminati.’(Yg bermaksud: (iaitu) syirik dgn Allah (a.w), dan sihir, dan membunuh diri (i.e. seseorang) yg diharamkan oleh Allah (a.w) kecuali dgn hak, dan memakan harta anak yatim, dan memakan riba, dan berpaling di hari peperangan, dan menuduh zina perempuan iman yg terjaga (dan) lupa.) [Hadith Muslim]
[Nota-1: Hadith ini menyebutkan bahawa orang iman yg inginkan keselamatan dalam kehidupan akhirat mereka hendaklah berwaspada tujuh perkara yg sama sekali jangan dijadikan oleh mereka amalan mereka, iaitu: (a) jangan syirik terhadap Allah (a.w) dalam apa jua bentuk dan sifatnya kesyirikan itu; (b) jangan amalkan sihir atau sesuatu yg bercorak sihir atau amalan sihir atau menyakini ahli sihir; (c) jangan membunuh orang lain tanpa haq atau yg dibernarkan oleh syariat Islam. (Tiga golongan orang Islam yg boleh dibunuh dalam Islam tidak berdosa; iaitu: (i) orang Islam (lelaki/perempuan yg sudah berkahwin) yg berzina dgn dilontar dgn batu sampai mati; (ii) orang yg membunuh orang lain dgn sengaja, boleh diqisas, yakni dibunuh kerana jenayahnya; dan (iii) orang Islam yg murtad (atau meninggalkan jema’ah umat Islam). Dan golongan yg keempat, atau (d) jangan memakan harta anak yatim. Namun jika ditugaskan untuk menjaga anak yatim sebelum sampai umur baligh mereka – yg membolehkan mereka uruskan harta warisan mereka – maka dibolehkan mencampuri harta mereka dgn harta sendiri dalam pengurusan dan digunakan ala kadar atau secukupnya sahaja tanpa berlebihan, di bolehkan. Golongan kelima atau (e) memakan riba; golongan keenam atau  (f) orang Islam ketika berperang fi sabilillah, lari atau melarikan diri dari pasukan perangnya kerana takutkan terbunuh; dan akhirnya, (g) Orang yg menubuh seorang wanita beriman yg terjaga dirinya dari kemaksiatan dan tidak lupakan dirinya berzina.]
[Nota-2: Di dalam al-Hadith disebutkan hukuman berzina itu adalah ditanam separuh badan kedua-duanya kemudian direjam dgn batu sehingga mati dan kalau belum berkahwin kedua-duanya disebat 100 rotan. Di dalam al-Quran dan as-Sunnah bahawa hukuman menuduh seseorang itu berzina itu hanya sah dan boleh diterima jika disaksikan sendiri oleh 4 orang lelaki beriman yg boleh dipercayai penyaksian mereka. Jika menuduh secara fitnah tanpa bukti, maka mereka wajib dikenakan rotan sebanyak 80 sebatan.]
Saudara, dalam hadith berikut, Irban menyebutkan pesanan Rasulallah (s.a.w) ketika mengerjakan haji wada'nya. Malangnya, hari ini majoriti orang Islam yg akui diri mereka golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' yg sama sekali menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w) tentang bid'ah ini. Mereka, tanpa mereka sedari, terkeluar dari Islam, wal iya zubillah.
Maka berkata Irbad: ‘Bersolat bersama-sama kami Rasulallah (s.a.w) ... maka bersabda dia: ‘Usikum bi-taqwallahi was-sam’i wat-to’ati wa-in ‘abdan habasyiyan fainnahu man yaisy minkum ba’di fasayarah-iktilafa kathiran fa-‘alaikum bi-sunnati wa-sunnatil-khulafail-mahdiyinar-rasyidina tamassaku biha wa-‘addu ‘alaiha bin-nawajizi wa-iyakum wa-muhdathatil-umuri fainna muhdathatin bid’atun wa-kullu bid’atin dolalatun.’ (Yg bermaksud: Aku berwasiat kpd kamu sekelian dgn bertaqwa pada Allah (a.w) dan mendengar dan taat dan jikapun seorang hamba Habsyi (menjadi imam kamu), maka sesungguhnya barangsiapa yg hidup dari kalangan kamu sesudahku (i.e. sesudah wafat aku) maka akan melihat dia perselisihan yg banyak, maka  atas kamu (i.e. menetapilah) dgn sunnahku dan sunnah khalifah al-mahdiyin dan ar-rasyidin, berpeganglah kamu dgnnya (i.e. sunah-sunnah itu) dan gigitlah dgn gigi geraham kamu dan takutilah cerita (i.e. pembaharuan) dalam prkara (agama), maka sesungguhnya setiap pembaharuan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan.) [Hadith Abu Daud]
[Nota: Rasulallah (s.a.w) memberitahu kalaulah umat Islam zamannya (atau kitapun) ditakdirkan panjang umur, akan bertemu dgn zaman bilamana begitu banyak sekali perselisihan di kalangan umat Islam dalam perkara agamanya (yakni, dalam perkara amalan dan ibadah dan ketetapan atau syariat Islam atau hukum hakam Islam). maka dalam situasi sedemikian itu untuk selamat dalam kehidupan dunia dan lebih-lebih lagi untuk pasti berjaya dan selamat di akhirat hendaklah ikuti as-Sunnah (i.e. sunnah Nabi dan sunah khalifah yg empat itu. Hendaklah dipegang atau dikuti sunnah tersebut tanpa lekang yakni takda diadunkan dgn ketetapan-ketetapan lain dari kalangan manusia. Selainnya pasti gagal di akhirat.]
Saudara, dalam hadith berikut kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) 3 perkara yg amat penting dewasa ini; iaitu pertama, orang alim atau ilmuwan yg tergelincir. Kenapa? Dia tak rujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah, tapi rujuk kpd kitab dan buku karangan mansuia yg jahil tentang al-Quran dan as-Sunnah atau tau sikit al-Quran dan as-Sunnah, kemudian karang buku untuk keuntungan di dunia. Orang 'alim atau ilmuwan sedemikian ini menyesatkan diri nya dan menyesatkan pula orang lain. banyak dalam masyarakat Melayu sekarang, akui faham Islam dan syariatnya sepenuhnya, tetapi sebenarnya jahil! Kedua, manusia mengikuti hawa nafsunya dalam segala sesuatu (bukan setakat seks), spt taksub bertaklid, sombong tak mau dengar nasihat, jahil tapi tak mengaku, tak cukup ilmu berlagak pandai dan faqih, dan buat sesuatu amalan itu dgn nitadan motid keduniaan. Ketiga, hukum-hukum Islam yg menyimpang atau tidak ada landasan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau hukum-hakam yg bertentangan dgn ketetapan Islam spt ketetapan JAIS tidak membenarkan sesiapa mengajar/menyampaikan ilmu tanpa tauliah!
Diriwayatkan hadith dari ‘Amrin (atau ‘Amru) (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Inni akhafu ‘ala ummati min thalathatin: Min zallati ‘alim, wa-min hawa muttaba’i, wa-min hukmin ja-irin’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya aku khuatir atas umatku dari tiga perkara:  Dari tergelincirnya orang-orang yg alim (i.e. berilmu), dan dari dari hawa nafsu yg diikuti, dan dari hukum-hukum yg menyimpang.) [Hadith al-Bazar dan at-Tobrani]
[Nota: Rasulallah (s.a.w) mengingatkan supaya berwaspada dan bersungguh-sungguh jauhi tiga perkara; iaitu (a) orang-orang ‘alim atau ulama’ yg tergelincir dari ketetapan Islam yg haq apabila mengajar umat Islam atau mengeluarkan peraturan atau ketetapan yg menyimpang, iaitu perkara-perkara yg tiada dalam ketetapan atau syariat Islam yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah; (b) umat Islam melakukan segala sesuatu kerana kehendak hawa nafsunya termasuklah menyampaikan ilmu kpd umat Islam dgn meminta imbuhan atau upahan yg tinggi atau menginfaq harta menunjuk-nunjuk dan riak atau sombong kerana kedudukannya dsbnya; dan (c) pemimpin Islam yg menghukum dalam perkara agama yg sama sekali bersalahan atau bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.]
Saudara, hari ini majoriti umat Islam, termasuk Islam Melayu, akan berkata dia berpandukan dgn al-Quran dan as-Sunnah, tapi tak pernahpun mereka baca al-Quran dan tak tahupun apa itu as-Sunnah! Ramai orang boleh baca, tapi tak tahu pula apa mesej sbenar al-Quran. Ada yg hafal, maka dapat title 'al-Hafiz', tapi tak fahampun mesej al-Quran. Yg penting untuk selamat di akhirat bukan sahaja kita berpandukan al-Quran, tetapi kita wajib belajar al-Quran dari orang yg tahu. Dalam perkara tafsir ayat-ayat al-Quran contohnya, kita wajib dapatkan guru yg tahu dan faham tafsir al-Quran tersebut.


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment