Assalamualaikum,
Saudara dalam post yg lalu kita telah lihat Surah al-Kauthar dalam membicarakan perkara ibadah kurban dalam bulan Zulhijjah. Ada beberapa perkara atau peringatan yg disebutkan dalam surah tersebut, iaitu: pertama, bahawa Rasulallah (s.a.w) dianugerahkan oleh Allah (a.w) telaga yg dinamakan Telaga al-Kauthar di akhirat kelak, semasa perhimpunan agung manusia zaman Adam (a.w) hinggaah orang terakhir yg dilahirkan sebelum terjadinya kiamat; kedua, tentang syariat Solat Aidil Adha itu; ketiga, syariat menyembelih kurban dalam bulan Zulhijjah; dan keempat, yg paling penting bagi kita yg Islam fahami, bahawa orang yg membenci, maksudnya orang yg tidak mahu ikuti syariat agama yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), agama Islam, tidak mendapat kerahmatan Allah (a.w) dan pasti masuk neraka. Bukan itu saja, diperjelaskan lagi dalam al-Hadith bahawa umat Islam yg akui dirinya Islam, yakni mengikuti syariat agama yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), tetapi secara sengaja atau tidak sengaja melakukan sesuatu -bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal dan beribadah yg tidak selari dgn apa yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah tergolong dari kalangan orang yg membenci Rasulallah (s.a.w), yakni tidak akur dgn ketetapan as-Sunnah dan tidak mengamalkan agamanya sejajar dgn ketetapan as-Sunnah, juga orang yg terputus dari mendapat kerahmatan Allah (a.w)! Inilah perkara yg utama kita sebagai umat Muhammad (s.a.w) ingat dan fahami dan akur demi kesejahteraan akhirat kita kelak.
Saudara, dalam perkara keempat itu, dalam blog ini kita telahpun lihat dan diberi penjelasan yg panjang lebar secara berkala bahawa untuk diakui sebagai umat Muhammad (s.a.w) dalam konteks mencari kerahmatan dan keridhaan Allah (a.w), kita wajib akur dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr. Islam adalah agama yg dicipta Allah (a.w) untuk dianuti oleh semua manusia (dan jin) bermula pada hari Rasulallah (s.a.w) diangkat Allah (a.w) menjadi Rasul dan nabi penutup, membawakan syariat agama Islam, dan agama Islam itu adalah agama untuk semua zaman sehinggalah terjadinya kiamat. Kerana Rasulallah (s.a.w) adalah Rasul dan Nabi yg diutus bukan untuk kaum Arab tetapi untuk manusia tak kira warna kulit dan di mana mereka hidup dan semua zaman.
Saudara, kita manusia hanya tahu Islam dan syariatnya yg sempurna itu melalui al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) membawakan al-Quran. Dan, Rasulallah (s.a.w) atas dasar wahyu memperjelaskan al-Quran melalui as-Sunnah atau al-Hikmah, supya manusia faham Islam dan tuntutan Islam berdasarkan syariatnya yg diterangkan dan diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui sunnah beliau. Justeru itu, wajib bagi setiap orang yg akui dirinya Islam - mengikuti syiar agama Allah (a.w) - yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu dgn penuh kefahaman. Kefahaman hanya didapati melalui ilmu dan ilmu hanya didapati dgn belajar ilmu. Dan, ilmu yg wajib dipelajari hanya al-Quran as-Sunnah untuk benar-benar memahami Islam.
Saudara, satu drp ketetapan syariat Islam itu adalah mengerjakan kurban, yakni menyembelih kurban dalam bulan Zulhijjah - pada 10 Zulhijjah selepas selesai Solat Aidil Adha. Sesiapa yg ingin dgn benar diakui umat Muhammad (s.a.w) maka wajib atasnya mengerjakan kurban itu.
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man kana lahu saatun wa-lam yudahhi fala yaqrabna musollana’ (Yg bermaksud: Barangsiapa yg ada keluasan (i.e. kemampuan) dan tidak menyebelih kurban maka jangan mendekati tempat-tempat solat kami (orang Islam).’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Ternakan Kurban]
Hadith di atas itu menjelaskan bahawa adalah wajib atas umat Muhammad (s.a.w) menyembelih kurban, apabila mampu. [Nota: Kemampuan itu termasuklah kemampuan menyumbang sumber untuk kurban]. Jika tidak maka Rasulallah (s.a.w) melarang bukan setakat bersolat di masjid, tetapi menghampiri masjidpun ditegah. Masjid adalah tempat solat umat Muhammad (s.a.w), yakni umat Islam. Kalaulah kita tidak dibenarkan menghampiri masjid, maka kedudukan kita lebih buruk dari orang kafir. Kerana, sekurang-kurangnya orang kafir itu dibenarkan masuk melawat masjid, walaupun tidak dibenarkan masuk ke dalam ruang solat di masjid.
Saudara, jika ibadah kurban itu wajib, bagaimanakah mungkin orang yg miskin dikalangan kita mengerjakan ibadah kurban, kerana mereka tidak mampu. Dalam pada itu pula besarnya pahala kurban itu, tidak dapat diperolehi mereka yg dhaif di kalangan umat Islam! Maka dgn itulah Islam membolehkan sesiapa yg tidak berkemampuan menyembelih unta atau lembu atau kambing secara sendirian, berkongsi menyembelih haiwan kurban dgn berkongsi membelinya. Justeru itu, jikalah seekor kambing itu berharga RM 750.00 seekor, sebagai contoh, seorang yg mampu menyumbang RM 75.00 seorang, maka 10 orang boleh berkongsi membeli seekor kambing. Kalaulah seekor lembu berharga RM 2,500.00, maka seorang yg mampu menyumbang RM 25.00 boleh seramai 100 orang berkongsi membeli seekor lembu untuk kurban. Maka mereka yg tidak berkemampuan menyembelih kurban seekor seorangpun boleh mendapat ganjaran pahala yg besar kerana menyembelih kurban secara berkongsi menyembelih kurban. Islam itu mudah dan memberi peluang kpd semua yg Islam, tapi peraturan manusia terkadang menyulitkan umat Islam.
InsyaAllah, kita akan teliti syariat Islam tentang ibadah kurban secara berkongsi ini dalam post yg akan datang.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment