Assalamualaikum,
Saudara kita teruskan penelitian kita tentang 10 perkara atau perbuatan atau keyakinan kita yg menjadi penyebab kita terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau menjadi kafir. Lapan telah kita teliti dalam post-post sebelum ini, iaitu berikut:
Pertama, syirik dalam atau semasa beribadah kpd Allah (a.w); kedua, mengambil atau menjadikan perantara makhluk supaya kita boleh mendekati diri kpd Allah (a.w); ketiga, tidak menghukumi kafir terhadap orang-orang yg musyrik atau meragui kekufuran mereka atau membenarkan mazhab/agama mereka; keempat, meyakini bahawa petunjuk selain Rasulallah (s.a.w) itu lebih sempurna, dan hukum selain Rasulallah (s.a.w) adalah lebih baik; kelima, benci terhadap apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dgn keyakinan bahawa di dalamnya (i.e. syariat yg dibawakan itu) tidak membawa kemanfaatan atau tidak menguntungkan atau tidak memberikan kebahagian, walaupun dia/kita mengamalkannya. Golongan orang Islam yg melayani pendapat atau pendirian atau keyakinan sedemikian itu, terkeluar dari Islam, menjadi murtad atau menjadi kafir, walaupun lahiriahnya nampak Islam! Keenam, menghina atau melecehkan sesuatu dari agama Rasulallah (s.a.w) atau menghina pahala dari Allah (a.w) atau siksanya. Ketujuh: Mengamalkan sihir dan kedukunan dan percaya kpd ahli sihir dan dukun. Kedelapan, membantu orang-orang musyrik dan menolong mereka untuk mengalahkan kaum Muslimin.
Saudara, penyebab kesembilan yg kalau kita yakini atau percayai atau kita lakukan yg menjadi penyebab kita terkeluar dari Islam atau murtad atau menjadi kafir adalah: kita berkeyakinan bahawa sebahagian manusia itu ada yg berhak/boleh keluar dari syariat Nabi Muhammad (s.a.w).
Saudara, di dalam al-Quran Allah (a.w) memberuitahu kita bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah diutus Allah (a.w) membawakan (i.e. menyempurnakan) agama Allah (a.w), Islam, kpd semua manusia Arabke atau bukan Arabke. Para rasul terdahulu diutus kpd atau untuk kaumnya semata-mata. Rasulallah (s.a.w) diutus Allah (a.w) untuk semua kaum atau bangsa.
Firman Allah (a.w): 'Qul ya aiyuhaN-nasu inni rasulullahi ilaikum jami'an' (Yg bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad)! 'Wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah utusan Allah (a.w) bagi kamu sekelian kesemuanya.' [Ayat 158, Surah al-A'raf]
Demikianlah peringatan ini diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) dalam al-Hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Wa-kanan-nabiyu yub'asu ila qaumihi khassatan, wa-bu'ithtu ilan-nasi 'ammah' (Yg bermaksud: Dan adapun para nabi diutus kpd kaumnya secara khusus, dan aku (Nabi Muhammad (s.a.w) diutus kpd semua manusia.) [Hadith Bukhari, Kitab Solat]
Justeru itu, semua manusia dan jin (yg diperintahkan Allah (a.w) untuk mengabdikan diri hanya kpdNya mengikut Ayat 56, Surah az-Zariat itu) wajib mengikuti Islam, syariat ugama Allah (a.w) yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Dan, oleh kerana Rasulallah (s.a.w) adalah juga Nabi penutup atau penamat, maka tiada nabi selepas beliau, maka syariat yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) kekal tidak akan berubah sampailah kiamatnya dunia. Justeru itulah, seluruh umat manusia mulai zaman Nabi Muhammad (s.a.w) sampai orang yg terakhir klahir ketika kiamat dunia adalah diwajibkan mengikuti syariat Islam. Siapapun yg menjadi umat Muhammad (s.a.w) yg keluar atau tidak mengikuti syariat Islam yg dibawakan itu menjadi kafir, yakni mati masuk neraka. Manusia, dalam perkara ugama dan dalam menjalani kehidupan dunia, tidak ada pilihan dalam hidupnya, kecuali masuk Islam.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Wal-lazi nafsu Muhammadin biyadihi la yasma'u bi ahadun min hazihil ummati yahudiyan wa-la nasraniyun thumma yamutu wa-lam yu'min billazi ursiltu bihi illa kan min ashabin-nari.' (Yg bermaksud: Demi zat yg diriku Muhammad (s.a.w) di dalam (geneggaman) tanganNya! (i.e. Rasulallah (s.a.w) bersumpah) Tidak seorangpun dari umat ini yg mendengar (risalah) dariku (i.e. syariat ugama Islam), baik dia Yahudi ataupun Nesrani, lalu dia mati dalam keadaan tidak beriman pada al-Quran yg aku diutus dengannya, kecuali dia akan menjadi penghuni neraka.) [hadith Muslim, Kitab Iman]
Saudara, jelas hadith di atas itu memberitahu manusia - semua bangsa dan semua zaman - bahawa Islam itu adalah ugama yg diwajibkan manusia (dan jin) anuti, tak kiralah dia keturunan apa dan zaman mana. Jika manusia yg mendengar atau diberitahu tentang al-Quran dan tentang Rasulallah (s.a.w), kemudian mereka kekal tidak mau terima Islam sebagai agama mereka dan menolak syariat agama yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), apabila mati dia pasti disiksa dalam kuburnya dan dimasukkan ke dalam neraka di akhirat kelak. Mereka sekali-kali tidak akan dapat mencium bau syurga. Apatah lagi masuk ke dalam syurga.
Bagi ornag yg Islam, situasi yg menyebabkan seseorang itu terkeluar dari syariat Nabi Muhammad (s.a.w) itu antaranya adalah mempunyai keyakinan atau menjadi pengikut golongan-golongan berikut:
Bagi ornag yg Islam, situasi yg menyebabkan seseorang itu terkeluar dari syariat Nabi Muhammad (s.a.w) itu antaranya adalah mempunyai keyakinan atau menjadi pengikut golongan-golongan berikut:
(a) golongan Sufi Syari'at yg ekstrim iaitu keyakinan bahawa apabila seseorang yg sampai ke tahap darjat makrifat kpd Allah (a.w), maka dia tak lagi memerlukan Rasulallah (s.a.w), i.e. tidak perlu lagi petunjuk Rasulallah (s.a.w), tidak perlu lagi mengerjakan syariatnya, hukum halal dan haram tidak lagi terpakai atasnya. Mereka berpendapat syari'at Nabi itu untuk orang awam sahaja, bukan untuk mereka, kerana ahli makrifat dan ahli hakikat tidak lagi termasuk, dan mereka itu boleh membuat syai'at sendiri kerana ada hubungan terus dgn Allah (a.w).
(b) Golongan Sufi Falsafah iaitu golongan yg berkeyakinan batil antaranya: (i) bahawa Allah (a.w) itu bersatu dgn semua makhluk; (ii) bahawa Allah (a.w) turun/bersatu pada jasad orang-orang tertentu; (iii) yakini bahawa semua yg ada adalah wujudnya Allah (a.w).
(c) Golongan yg menganut fahaman sekularisma iaitu golongan yg memisahkan urusan dunia atau duniawi dgn ugama. Menurut mereka agama adalah hal-hal yg dikerjakan di masjid (i.e. tempat ibadah sahaja) adapun urusan dunia spt ekonomi, sosial, etika dan budi pekerti bukan perkara ugama, bahkan terlepas dari ikatan syariat, maka mereka berkata bahawa kalau ingin maju dalam dunia, wajib diasingkan dan dibezakan duniawi dgn akhirat. [Nota: Dalam blog ini, dan seringkali kita diperingatkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) bahawa tiada dichotomy antara duniawi dan akhirat. Malah tiada sekularismapun. Kita diperingatkan bahawa dunia adalah persediaan untuk akhirat bukan setakat untuk kebahagiaan di dunia, tetapi menyediakan bekalan sebaik mungkin dan sebanyak mungkin untuk mendapat kebahagiaan dan keselamatan di akhirat.]
(d) Ahli kalam/teologi iaitu golongan yg mengutamakan akal fikiran dan mereka menolak dalil-dalil al-Quran dan hadith dgn alasan bahawa dalil al-Quran dan as-Sunnah adalah pendengaran, manakala dalil akal adalah dalil keyakinan dan menghasilkan hukum yakin atau pasti;
(e) Golongan ahli bid'ah yg membuat peraturan baru dalam agama dgn meyakini bahawa yg baru itu adalah suatu yg baik dan penyempurna kpd atau menyempurnakan lagi amalan (i.e, syari'at Islam). Dgn keyakinan sedemikian itu mereka menganggap bahawa syari'at Islam itu tidak sempurna. [Nota: Pendapat ini adalah sama sekali bertentangan dgn Ayat 3, Surah al-Maidah, bilamana Allah (a.w) membuta deklarasi bahawa syariat Islam itu sudah disempurnakan. Kerana itu juga Nabi Muhammad (s.a.w) adalah nabi penutup atau terakhir, kerana tidak perlu lagi agama Allah (a.w) dilengkapkan dgn mengutus seorang nabi atau rasul, kerana sudah dilengkapkan. Dalam blog ini kita telah, dalam post-post yg lalu, sentuh beberapa kali isu bid'ah dan apakah akibatnya kpd kita yg beramal atau menyebarkannya. Kalau amalan dan ibadah kita dicemari oleh bid'ah maka semuanya tidak diterima Allah (a.w). Kalau kita pula sebarkan dan ramai pula pengikut kita, maka mereka mengirim dosa kpd kita selagi dunia belum kiamat, dan selagi ada orang yg mengikuti atau amalkan apa yg kita ajarkan!]
Saudara, demikianlah satu lagi dimensi faktor atau perkara atau keyakinan atau perbuatan yg menjadi penyebab atau yg menjerumuskan seorang yg Islam itu terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau menjadi kafir. Mereka mungkin sedar atau tanpa mereka sedari.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment