Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah lihat banyaknya perkara - percakapan, perbuatan dan amalan yg menjerumuskan umat Islam keluar dari syariat Islam menjadi kafir atau murtad. Kita telah lihat 10 yg besar dalam perkara ini. Saudara boleh teliti post-post yg lalu.
Kali ini kita akan teliti bahawa antara pencemaran aqidah yg banyak, yg juga menjerumuskan umat Islam menjadi kafir atau keluar Islam atau murtad adalah berikut: Pertama, perbuatan syirik, terutama syirik yg samar atau yg tidak jelas sekali pandang, tetapi tetap syirik; kedua, mempercayai atau meyakini perkara-perkara kurafat; ketiga, kepercayaan yg bersifat tahyul; dan keempat, menyakini bida'ah dan mengamalkan bid'ah.
Selain itu, ketaksuban terhadap sesuatu perkumpulan atau mazahab atau aliran sehingga mengketepikan atau meninggalkan ketetapan as-Sunnah adalah juga sebab utama mengapa umat Islam hari ini tersesat dan terlanjur dalam aqidah. Kesemua ini kerana ketaksuban atau bertaklid kpd pandangan dan pendapat manusia tanpa didasari oleh ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadith). Hari ini ramai ulama dan ilmuwan Islam yg membaca kitab atau buku atau tulisan karangan manusia, lebih kerap berbanding dgn tumpuan mereka terhadap mengaji dan memahami ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Hari ini, begitu ramainya ulama' dan ilmuwan Islam yg menulis buku dan kitab dan menjualnya untuk mendapat saraan hidup atau berdakwah melalui pelbagai media dgn bayaran yg lumayan dan kemudian membukukan ceramah mereka dan menjuanya kpd umat Islam yg jahil dgn harga yg tidak sedikit. Terkadang, malah sering kali, kalau kita baca tulisan-tulisan sedemikian kita akan dapat begitu banyaknya pandangan dan pendapat atau preskripsi mereka tentang Islam yg berlawanan dgn atau menyalahi ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Mereka sesat dan mereka pula membawa kita ke arah kesesatan dan menyesatkan kita.
Saudara, tak hairanlah bahawa syaitan telah berjaya mencemarkan aqidah umat Islam dan menjadi pengikutnya tanpa disedari. Janji syaitan dalam Ayat 14 hingga Ayat 18, Surah al-A'raf jelas telah terlaksana dan akan ramailah umat Islam yg terkeluar Islam atau jatuh murtad atau menjadi kafir, wal iya zubillah.
Saudara,
kalau kita lihat dan teliti wasiat Rasulallah (s.a.w), kita tahu bahawa memang syaitan itu akan berjaya. Fikirkanlah kalau umat Islam berpecah kpd pelbagai ikutan atau perkumpulan atau mazhab atau fahaman atau aliran menjadi 73 kesemuanya, 72 golongan atau fahaman tersebut menjerumuskan pemimpin dan pengikutnya ke dalam neraka dan hanya satu golongan umat Islam sahaja yg berjaya mendapat syurga! Dan, tidak hairanlah kalau ramainya umat Islam yg berhimpun di padang makhsyar kelak, yg tidak dibenarkan oleh malaikat untuk mendekati Telaga al-Kauthar. Dan, tidak memeranjatkan kalau Rasulallah (s.a.w) beritahu kita bahawa di akhirat kelak hanya seorang drp 1,000 orang yg akui diri mereka Islam dari zaman Adam (a.s) ke akhir zaman yg berjaya mendapat syurga! Berdoalah agar kita tidak dipengaruhi oleh syaitan dan manusia. Semoga Allah (a.w) tetapkan kita mengikuti al-Quran dan as-Sunnah, kerana itu sajalah panduan yg menjamin syurga dan terselamat dari neraka.
Saudara, Insya Allah, dalam post-post yg akan datang kita akan huraikan apakah sebenarnya yg dimaksudkan perkara syirik, kurafat, tahyul dan bid'ah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment