Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah semak beberapa peringatan yg sama sekali tidak patut kita yg inginkan kejayaan akhirat lupakan atau abaikan. Kita juga telah diingatkan bahawa ada 10 perkara yg kalau kita terlibat dalamnya, merosakkan keIslaman dan keimanan kita, dan kita pasti masuk neraka - semacam dgn orang yg diiktiraf kafir oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Juga, kita telah diberitahu pula ada 6 perkara yg wajib kita jaga dalam hidup kita, kalaulah kita ingin selamat di akhirat kelak. Orang yg selamat di akhirat adalah orang yg mendapat syurga dan selamat dari neraka.
Saudara, dalam semua perkara dan dalam semua dimensi kehidupan kita sentiasalah kita berdepan dgn syaitan atau iblis. Atau, kita berdepan dgn manusia yg menjadi pengikut syaitan atau iblis. Iblislah yg menyebabkan nenek moyang manusia Adam (a.s) dan Hawa (a.s) dikeluarkan dari syurga dan ditempatkan di dunia untuk menjalani kehidupan sehingga sampai ajal mereka. Kita adalah cucu cicit Adam (a.s) dan Hawa (a.s). Apabila Iblis atau syaitan diperintah Allah (a.w) menghormati ciptaanNya, dia enggan kerana sombong dan takbur serta besar diri atau angkuh. Iblis atau syaitan adalah dari golongan jinn yg dijadikan Allah (a.w) 50,000 tahun sebelum Adam (a.s) diciptakan. Golongan jin dicipta dari api. Malaikat dicipta dari nur = cahaya. Manusia dicipta dari tanah dan kemudian dari mani. Drp 3 jenis makhluk ciptaan Allah (a.w) - malaikat, jinn dan manusia - malaikat makhluk yg taat 100% kpd Allah (a.w) , manakala jin dan manusia pula boleh jadi taatkan Allah (a.w) 0% hingga 100%. Kalau dia taatkan Allah (a.w) 100% maka dia lebih baik dari malaikat kerana manusia dipengaruhi oleh nafsu dan perasaan, tidak sebagaimana malaikat, tanpa perasaan dan nafsu hanyak ketaatan terhadap Allah (a.w) 100%. Golongan jinpun mentaati Allah (a.w) 0% hingga 100%. Syaitan atau iblis bukan sahaja tidak taatkan Allah (a.w) (i.e. 0% taat) tetapi berusaha supaya manusia juga ikuti mereka tidak taatkan Allah (a.w) atau menentang Allah (a.w) dan menentang Rasulalah (s.a.w). Supaya ketaatan manusia boleh dikurangkan sampai 0%. Jika syaitan berjaya, maka ramailah pengikutnya di neraka. Manusia akan masuk neraka bersama-sama dgn syaitan atau iblis. Maka dgn itulah, syaitan dan iblis makhluk terlaknat - namun Allah (a.w) perkenankan permintaannya untuk hidup sampai kiamat dunia dan untuk menjadi fitnah atau cubaan atau musuh tersembunyi kpd manusia yg ingin mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) - tanggungjawab utama meereka (Ayat 27, Surah az-Zariat). Para rasul dan para nabi terselamat dari angkara syaitan atau iblis. Manusia selainnya, kerana dijadikan mempunyai nafsu atau keinginan yg sentiasalah dijadikan oleh syaitan atau iblis landasan menjadi durhaka kpd Allah (a.w), terutama apabila tidak terpandu oleh ilmu dan panduan agama Islam yg haq.
Saudara, ada 10 perkara yg boleh dipengaruhi oleh syaitan atau iblis yg menjadikan kita yg Islam dan beriman itu tergendala mendapat syurga di akhirat - kesemua yg 10 itu dihiasi oleh syaitan supaya kita tolak bimbingan Islam (al-Quran dan as-Sunnah) dan terima panduan manusia yg tindak tanduknya juga dihiasi atau dipengaruhi oleh syaitan. Demikian juga 6 benteng yg boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak mendapat syurga, terjaga dari neraka, juga dijadikan sumber supaya kita merasa kurang yakin dan was-was, maka kita tidak menjaganya dan tidak istikamah menjaganya pula, maka gagal kita dan tidak selamatlah kita di akhirat kelak. Semuanya adalah angkara syaitan yg dapat mempengaruhi manusia.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) berpesan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) berkhutbah atas manusia di dalam haji wada’ dgn bersabda: ‘Innas-syaitana qad yaisa an(-ai) yu’bada bi-ardikum wa-lakin radhia an(-ai) yutiu’a fima siwa zalika mimma tuhaqiruna min ‘amalikum fahzaru inni qad taraktu fikum ma ini’tasamtum bihi falan tadillu Abadan kitabballahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya syaitan sungguh-sungguh putus asa (apabila tidak berjaya mengharapkan) bahawa kamu sekelian menyembahnya di dalam (kehidupan) dunia kamu, akan tetapi ridha dia apabila dikuti dia di dalam apa-apa demikian (yg disembah oleh kamu) selain dia) dari apa-apa (yg disembah) apa-apa yg meremehkan kamu dari ‘amalan-‘amalan kamu; maka berhati-hatilah; sesungguhnya aku sungguh-sungguh telah tinggalkan dikalangan kamu apa-apa (yang aku tinggalkan) jika berpegang teguh kamu dgn apa-apa (yg aku tinggalkan) maka tidak akan sesat kamu selama-lamanya, (iaitu yg aku tinggalkan) kitab Allah (a.w) dan sunnah nabiNya.) [Hadith al-Hakim]
[Nota: Hadith ini menyebutkan sesiapa yg mengikuti ajakan syaitan, pastilah dia kecundang dalam Islam, tak dapat syurga. Syaitan itu telah berikrar menentang Allah (a.w) sehabis-habisan dgn memesongkan orang iman dari secara murni dan ikhlas mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dia tahu bahawa tidak mungkin dia boleh pengaruhi orang iman supaya bertuhankan dia atau menjadikan dia tuhan, namun dia rida the next best thing iaitu orang iman semnbah selainnya sebagai tuhan atau syirik terhadap Allah (a.w) – termasuklah syirik secara samar atau tersembunyi yg tak jelas – dgn keyakinan atau amalan atau kepercayaan yg kononnya ada sesuatu yg memiliki kuasa ketuhanan atau orang iman mengingkari sebahagian daripada ketetapan Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Mereka yg menidakkan atau meremehkan atau mempersoal ketetapan as-Sunnah sebnarnya telah termakan atau terikut ajakan atau pengaruh syaitan, maka rosaklah keimanan mereka dan gagallah mendapat syurga dan pastilah masuk neraka.]
[Nota: Hadith ini menyebutkan sesiapa yg mengikuti ajakan syaitan, pastilah dia kecundang dalam Islam, tak dapat syurga. Syaitan itu telah berikrar menentang Allah (a.w) sehabis-habisan dgn memesongkan orang iman dari secara murni dan ikhlas mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dia tahu bahawa tidak mungkin dia boleh pengaruhi orang iman supaya bertuhankan dia atau menjadikan dia tuhan, namun dia rida the next best thing iaitu orang iman semnbah selainnya sebagai tuhan atau syirik terhadap Allah (a.w) – termasuklah syirik secara samar atau tersembunyi yg tak jelas – dgn keyakinan atau amalan atau kepercayaan yg kononnya ada sesuatu yg memiliki kuasa ketuhanan atau orang iman mengingkari sebahagian daripada ketetapan Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Mereka yg menidakkan atau meremehkan atau mempersoal ketetapan as-Sunnah sebnarnya telah termakan atau terikut ajakan atau pengaruh syaitan, maka rosaklah keimanan mereka dan gagallah mendapat syurga dan pastilah masuk neraka.]
Saudara, hadith ini kita sudahpun kita lihat dalam post yg lalu. Jlasnya, kalau dapat syaitan itu inginkan manusia itu bertuhankan dia. Inilah yg terjadi kpd orang yg syirik dan kafir dan orang yg murtad, termasuklah orang Kristian dan yg menganuti agama Yahudi. Kerana dia akur dgn pujukan syaitan. Kalau dia tak dapat kita menjadikan dia sebagai tuhan, cukup kita ikuti kehendak-kehendak atau ajakan-ajakan lain yg menyeleweng dan menyimpang atau berlainan drp sunnah Rasulallah (s.a.w). Itupun sudah cukup baginya, kerana orang yg Islam dan iman tetapi tidak akur dgn ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasyallah (s.a.w), pasti jadi penghuni neraka - Ayat 14, Surah an-Nisa'. Sesiapa yg Islam tetapi tidak mengikuti as-Sunnah, walaupun sedikit, pasti masuk neraka. Amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w)! Itulah yg dia sebutkan oleh Allah (a.w) bahawa iblis atau syaitan menentang Allah (a.w) dan kemudian dgn sombong pula menyuruh orang lain menentang Allah (a.w) dan RasulNya, supaya manusia sebanyak mungkin masuk neraka bersama-samanya - Ayat 14 - 18, Surah al-A'raf. Kita rujuk dialog antara iblis atau syaitan dgn Allah (a.w):
Ayat 14, Surah al-A'raf, Allah (a.w) berfirman: 'Berkata Iblis: 'Berilah aku tempoh sampai hari dibangkitkan (i.e. kiamat)'
Ayat 14, Surah al-A'raf, Allah (a.w) berfirman: 'Berkata Iblis: 'Berilah aku tempoh sampai hari dibangkitkan (i.e. kiamat)'
Ayat 15, Surah al-A'raf: 'Allah (a.w) berfimran: 'Sesungguhnya kamu tergolongan dari kalangan orang yg diberi tangguh.'
Ayat 16, Surah al-A'raf: Iblis berkata: 'Di dalam apa-apa telah menyesatkan (i.e. menghukum sesat Engkau akan daku), aku akan menghalangi mereka (anak keturunan Adam) dari jalan Engkau yg lurus.'
Ayat 17, Surah al-A'raf: (Iblis menyambung kata-katanya) Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dan dari kanan dan dari kiri mereka. Dan, Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur kpdMu (i.e. ikuti ketetapanMu).'
Ayat 18, Surah al-A'raf: Allah (a.w) berfirman: 'Keluarlah kamu dari syurga ini sebagai orang yg terhina lagi terusir! Sesungguhnya barangsiapa diantara mereka mengikuti kamu, sungguh-sungguh Aku (Allah) akan mengisi neraka jahannan dgn kamu kesemuanya.'
Saudara, jelaslah dalam dialog itu, syaitan yg enggan mematuhi perintah Allah (a.w) supaya tunduk hormat pada Adam (a.s), manusia ciptaan Allah (a.w). Manusia itu dihormati oleh Allah (a.w) dan disuruh makhluk lain yg dicipta Allah (a.w) hormati Adam (a.s). Kesemua para malaikat menghormati Adam (a.w) tetapi syaitan atau iblis dari kalangan jin enggan. Maka dia ingkarkan perintah Allah (a.w). [Nota: Orang yg enggan terima ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah orang yg diiktiraf sebagai 'ingkar'.] Kemudian iblis itu bongkak dan sombong pula dgn kejadian atau keturunannya. Masyarakat jinn dijadikan dari api, manusia dari tanah dan malaikat dari cahaya, kononnya api lebih mulia. [Nota: Orang yg sombong dan bongkak kerana keturunan adalah sama dgn perangai syaitan, sombong pada Allah (a.w). Ingatlah orang yg sombong kpd Allah (a.w) pasti masuk neraka.] Kemudian, sudahlah angkuh dan sombong, kemudian berani pulang 'kurang ajar' pada Allah (a.w) apabila dia mengancam bahawa dia akan merosakkan manusia dan menghalang atau mempengaruhi mereka untuk ingkar terus terhadap Allah (a.w) dan tidak mengikuti 'jalan lurus' yg ditetapkan oleh Allah (a.w) pula. [Nota: Orang yg dgn sengaja atau tanpa sengaja membuat tuduhan dan fitnah terhadap sesuatu golongan orang islam lain sebagai sesat atau menyimpang walhal mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, samalah dgn perbuatan syaitan atau iblis itu, angkuh terhadap Allah (a.w) kerana sudah ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sesuatu perkara, tapi mereka tidak mahu faham, malah menentang dalam kejahilan, dan menghalang orang yg benar mengamalkan kebenaran, samalah semacam syaitan.]
Kerana kerahmatan dan kasih sayangnya kpd kita hambaNya, maka Allah (a.w) peringatkan kita dalam Ayat 27, Surah al-A'raf:
Firman Allah (a.w): 'Wahai anak Adam! Janganlah kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana telah mengeluarkan kedua ibubapa (i.e. nenek moyang) kamu (i.e. Adam dan Hawa) dari syurga (kerana tipu helah syaitan) ... sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya memerhati kamu dari suatu tempat yg kamu tidak boleh melihat mereka ... kami (Allah) telah menjadikan syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yg tidak beriman.' [Ayat 27, Surah al-A'raf]
Maksudnya, mengulangi kembali hasrat syaitan kpd Allah (a.w) pada ayat-ayat sebelumnya tadi.
Saudara, orang Islam sendiri bersekongkol dgn syaitan apabila mereka tidak mengajarkan Islam dan syariatnya yg benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka menuduh pula orang Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah sebagai golongan Wahabbi atau Salafi atau macam-macam label pula. Sehinggakan mereka yg tidak ikuti ajaran mereka dianggap 'sesat' dan 'murtad' atau 'menyeleweng' dari Islam yg sebenarnya. Walhal, Islam yg haq itu adalah dasarnya panduan al-Quran dan as-Sunnah dan bukannya kitab atau buku-buku karangan manusia. Yg benar itu adalah Rasulallah (s.a.w). Tiada mansuia lain yg dapat menyamakan kebenaran Rasulallah (s.a.w)! Dan, golongan 'ahlus-sunnah wal-jama'ahi' itu adalah mereka yg ikuti sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah dan mereka berjema'ah (ketetapan Rasulallah (s.a.w)).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment