Saturday, October 1, 2011

Terkeluar dari Islam/Murtad/Kafir (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun selesai bincangkan 7 drp 10 perkara yg menjadi menyebab utama seseorang yg Islam dan beriman itu terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau menjadi kafir. Tujuh penyebab tersebut adalah spt di bawah: 
Pertama, syirik dalam beribadah kpd Allah (a.w); kedua,mengambil/menjadikan perantara makhluk supaya kita boleh mendekati diri kpd Allah (a.w); ketiga, tidak menghukumi kafir terhadap orang-orang yg musyrik atau meragui kekufuran mereka atau membenarkan mazhab/agama mereka; keempat, meyakini bahawa petunjuk selain Rasulallah (s.a.w) itu lebih sempurna, dan hukum selain Rasulallah (s.a.w) adalah lebih baik; kelima, benci terhadap apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dgn keyakinan bahawa di dalamnya (i.e. syariat yg dibawakan itu) tidak membawa kemanfaatan atau tidak menguntungkan atau tidak memberikan kebahagian, walaupun dia/kita mengamalkannya. Golongan orang Islam yg melayani pendapat atau pendirian atau keyakinan sedemikian itu, terkeluar dari Islam, menjadi murtad atau menjadi kafir, walaupun lahiriahnya nampak Islam! Keenam, menghina atau melecehkan sesuatu dari agama Rasulallah (s.a.w) atau menghina pahala dari Allah (a.w) atau siksanya. Ketujuh: Mengamalkan sihir dan kedukunan dan percaya kpd ahli sihir dan dukun. 
Saudara, penyebab kedelapan yg menyebabkan kita terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau menjadi kafir adalah: Membantu orang-orang musyrik dan menolong mereka untuk mengalahkan kaum Muslimin
Saudara, membantu dan menolong orang yg kafir/musyrik termasuklah mereka yang taat (loyal) terhdap mereka itu dalam konteks berhubung dgn orang iman. Perlakuan sedemikian itu tergolong dalam ancaman yg disampaikan oleh Allah (a.w) kpd kita dalam al-Quran: 
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu la tattakhizul-yahuda wan-nasora aulia-a ba'duhum aulia-a ba'din wa-man yatawallahum minkum fa-innahu minhum innallaha la yahdil-qaumalz-zolimina.' (Yg bermaksud: Wahai orang-orang yg briman! Janganlah kamu sekelian menjadikan orang Yahudi dan orang Nesrani sebagai kekasih, (kerana) mereka itu adalah kekasih satu sama lain (dikalangan mereka), dan barangsiapa di antara kamu sekelian yg mengasihi mereka, maka ia termasuk golongan mereka dan Allah (a.w) tidak mengasihi orang-orang yg berbuat anianya.) [Ayat 51, Surah al-Maidah] 
Saudara, orang Yahudi dan Nesrani itu (termasuklah orang yg berugama dgn ugama Yahudi dan Nesrani itu, walaupun berbangsa lain, seperti sekarang ini) dilaknat dan dimurkai Allah (a.w). Kerana? Mereka tidak mahu terima al-Quran, tak mau terima Islam sebagai agama pilihan Allah (a.w), tidak mahu terima Muhammad (s.a.w) sebagai Utusan Allah (a.w) sebagaimana Firaun dulu tak mau terima Musa (a.s) sebagai utusan Allah (a.w). Mereka pula berbohong menyatakan bahawa Isa (a.s) itu adalah anak Allah (a.w) dan Uzair, seorang bani Israil yg pintar zaman itu, dikatakan anak Allah (a.w). Kemudian, mereka pula merosakkan Islam dan memporakpurandakan dunia dan manusia. 
Saudara, dalam perkara bantu membantu dan sokong menyokong ini, termasuk dalam ketegiori tersebut orang-orang yg spt berikut: 
(a) Mereka yg cintakan atau kasihkan (mahabbah) kpd mereka yg tidak Islam meskipun di dalam hati sahaja dan tidak dinampakkan atau dizahirkan; 
(b) Mengidolakan mereka dalam bidang mereka kerana mereka terserlah atau terkemuka atau kita meniru gaya, ucapan, pakaian, tingkah laku, penampilan dan perbuatan mereka yg mengkritik dan mencemuh di belakang-belakang Islam, hukum Islam dan menganggap merekalah yg terutama, terbijak, dll di dunia. 
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man tasyabbaha biqaumin fahua minhum' (Yg bermaksud: Barangsiapa yg menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia adalah sebahagaian drp kaum tersebut.) [Hadith Abu Daud, Kiatb Libas] 
(c) Memuji dan menyanjung ugama-agama mereka bahkan menganggap agama mereka lebih baik, lebih damai, lebih tenteram dan tidak banyak peraturan atau ketetapan. 
Kesemua anggapan dan pemikiran sedemikian itu, walaupun dalaman sahaja, tetap telah mennjerumuskan orang tersebut keluar Islam atau menjadi murtad atau jatuh kafir, wal iya zubillah. [Nota: Allah (a.w) memberitahu bahawa Dia tahu apa yg dirahsiakan, i.e. apa-apa yg tersemat dan terselit di lubuk hati manusia itu, walaupun dirahsiakan oleh mereka.]

Jazakallahu khairah





























No comments:

Post a Comment