Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat syarat-syarat haiwan yg boleh dijadikan kurban. Dalam post ini kita lihat pula beberapa perkara yg menjadikan haiwan kurban itu tidak boleh dijadikan kurban.
(a) Syarat dari segi umur
Saudara, syarat pertama adalah haiwan kurban itu hendaklah cukup umurnya. Dalam ketetapan as-Sunnah disebutkan bahawa cukup umur bagi unta adalah 5 tahun, bagi lembu/sapi adalah 2 tahun dan bagi kambing/kibas adalah setahun. maka dgn itulah dalam post yg lalu disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) memilih ciri-ciri saiz badan, yg gemuk, yg dikemilikan dan bulu-bulunya ada tompok-tompoh hitam, dan haiwan yg telah dikemilikan supaya banyak dagingnya yg boleh dimanfaatkan oleh ramai orang.
Diriwayatkan hadith dari ‘Ubaidi b Firuz berkata: ‘Aku bertanya kpd Bara’ b Azib: ‘Apa-apa yg tidak dibolehkan di dalam haiwan untuk kurban’, maka berkata (Barra’): ‘Berdiri di kalangan kami (sahabat) Rasulallah (s.a.w), dan beberapa jariku lebih pendek dari jari-jari Nabi (s.a.w), dan beberapa ruas (jari-jariku) lebih pendek dari ruas jari-jari Nabi (s.a.w), maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Arba’, la tajuzu fil-aohi al-‘aurau baiyinun ‘awaruha wal-maridatu baina maraduha, wal-‘arjahbaiyinun zal’uha wal-kasirul-lati la tanqa.’ Berkata (‘Ubaidi kpd Bara’): ‘Berkata aku: ‘Maka sesungguhnya aku benci apabila ada di dalam umurnya kurang (i.e. kurang umur atau belum cukup umurnya).’ Berkata (Barra’): ‘Apa-apa benci kamu maka tinggalkanlah, dan jangan mengharamkan engkau atas seseorang (i.e. janganlah menghukum haram apa yg engkau benci kpd orang lain).’ [Hadith Abu Daud, Kitab Sembelian Kurban (sahih)]
[Nota: Hadith ini menceritakan peristiwa Barra’ b Azib berada di sisi Nabi (s.aw) ketika menyembelih kurban itu. Kerana dekatnya dia dgn Nabi (s.a.w) yg berdiri sehingga dia dapat membandingkan bahawa jari-jari tangannya dan ruas jari-jari tangannya lebih pendek dari jari-jari Nabi (s.a.w) dan ruas jari-jarinya lebih pendek daripda ruas jari-jari Nabi (s.a.w). Hadith ini memberikan nas dan dalil bahawa walaupun haiwan ternakan itu belum cukup umur, namun sah dijadikan haiwan kurban.]
Walaupun digesa supaya haiwan yg cukup umur diperooehi, namun jika belum cukup umur tak mengapa asalkan ia gemuk dan berdaging. Dan, kalau kambing yg tak cukup umur sukar didapati, maka bolehlah dijadikan kurban kibas, yg lebih besar tubuhnya dan lebih banyak dagningnya berbanding dgn kambing biasa.
(b) Syarat dari segi keadaan tanduk dan telinga
Saudara, dalam hadith berikut disebutkan bahawa hendaklah sifat-sifat fisikal haiwan sembelihan itu tidak cacat. Maka disuruh perhati atau teliti supaya tanduknya tidaklah patah dan telinganya tidaklah koyak atau rapak kerana sesuatu. Namun, dibolehkan kalau camnpung telinganya tak sampai separuh dan kepatahan tanduknya juga tak sampai separuh.
Diriwayatkan hadith dari Ali (r.a) berkata: ‘Melarang Rasulallah (s.a.w) apabila menyembelih dgn haiwan (untuk kurban) (haiwan yg) putus tanduknya dan koyak telinganya.’ Berkata Qatadah: ‘Maka menceritakan demikian itu pada Said b Musaiyab, maka berkata (Said): ‘Haiwan untuk kurban apa-apa sampai separuh, dan tidak di atas demikian itu.’ Berkata Abu Isa: ‘Ini hadith hasan sahih. [Hadith at-Termidzi, Kitab Haiwan Kurban]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa kalaupun putus atau patah tanduknya atau koyak telinganya, jika tak lebih dari separuh, i.e. kalau kurang dari separuh dibolehkan dijadikan haiwan untuk kurban.]
(c) Syarat dari segi mata dan telinga
Saudara, dalam hadith berikut pula diperincikan lagi. Hendaklah diteli anggota-anggota lain spt matanya tidak buta, walaupun sebelah, telinga haiwan tersebut berfungsi, i.e. tidaklah tuli, dan telinganya tidaklah berlubang atau koyak. kalau berlubang tidaklah sampai terlopong. kalau semata-mata lubang telinganya sebesar tindik, tidak mengapa.
Diriwayatkan hadth dari Ali (r.a) berkata: ‘Amarana Rasulallah (s.a.w) an nastasyrifal-‘aini wal-uzuna wa-la nudahhiya bisyaqa-a wa-la kharqa-a wa-la muqabalatin wa-la mudabaratin.’ (Yg bermaksud: Supaya meneliti kami pada mata dan telinga (haiwan kurban) dan tidak boleh menyembelih dgn koyak telinganya dan tidak berlobang telinganya di bahagian depannya dan tidak koyak telinganya di bahagian belakang.) [Hadith Imam Ahmad dalam Musnad]
[Nota: Kalau berlubang yg besar, jika kecil seumpama berlubang kerana ditindik atau ditanda tak mengapa]
[Nota: Kalau berlubang yg besar, jika kecil seumpama berlubang kerana ditindik atau ditanda tak mengapa]
Jelaslah, hiawan sembelihan kurban hendaklah haiwan yg baik serba serbinya dari segi ciri-ciri fisikalnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment