Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu itu kita telah diperingatkan tentang suatu peringatan yg wajib kita faham dan sentiasa jadikan panduan sepanjang hayat kita dan bagi mereka yg akui diri mereka Islam, sepanjang zaman. Apa dia? Iaitu tak semua orang yg akui dirinya Islam itu akan berhimpun di Padang Makhsyar untuk menerima 'tauliah' atau 'ijazah akhirat' iaitu Kitab Catatan Amalan, ketika berhimpun di sana. Kitab Catatan Amalan itu akan menentukan apakah kita dapat syurga (kalau berjaya), atau dapat neraka (kalau gagal.). Kerana di akhirat kelak hanya dua tempat kesudahan kita; iaitu ketetapan Ayat 7, Surah as-Syura: ' Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka'. Takda tempat yg neutral atau tempat lain.
Saudara, kita diberitahu bahawa hanya ada dua pilihan bagi manusia di akhirat kelak - sama ada mereka Islam ataupun tak Islam. Pilihan itu kita buat bukan di Padang Makhsyar, tetapi mulai dari hari kita baligh kita - 12 atau 13 tahun usia perempuan atau 14 atau 15 tahun usia bagi lelaki. [Nota: Dalam Islam seseorang itu dianggap sudah masuk umur baligh bagi lelaki atau perempuan apakala telah tumbuh bulu di bahagain kawasan anggota sulitnya, dan terutamanya bagi perempuan ketika haid dan bagi lelaki ketika keluar mani.] Mulai saat itu kita dikira sudah mula membuat persediaan dan membuat pilihan sama ada kita inginkan syurga atau neraka. Kita dipandu oleh kedua ibubapa dan para ulama' dalam masyarakat kita. kalau mereka jahil atau tersasar, maka kitapun tersasar juga. Maka hendaklah kita berilmu supaya boleh membuat pilihan yg tepat.
Ada orang Islam yg faham Islam ketika sudah lanjut umur - seumpama seorang kafir yg memeluk Islam pada umur 40 atau 50 atau 60 tahun - dia membuat pilihan ketika saat itu. Ada orang Islam yg jahil seumur hidup - tidak menyemak ilmu, tidak membetulkan amalan dan ibadah, sampai ajalnya. Orang yg rugi! Ada yg diberitahu pilihan yg terbaik, tetapi menolah kerana pengaruh rakan taulan atau alim ulama tradisi. Juga rugi. Orang yg bijak meilih adalah orang yg faham Islam dan syariatnya. Atau, orang yg mencari kefahaman melalui pengajian ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Pilihan yg benar jika faham ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, contohnya ketetapan dalam Ayat 36, Surah al-Isra' dan Ayat 13, Surah an-Nisa', Ayat 14, Surah an-Nisa', Ayat 80, Surah an-Nisa', Ayat 7, Surah al-Haysr, Ayat 103, Surah ali-Imran, Ayat 59, Surah an-Nisa', dll dan as-Sunnah. Dia membuat pilihan yg betul apabila dia mempelajari ketetapan dan tuntutan Islam dan syariatnya, dan benar-benar faham Islam, syariatnya dan ketetapanannya. Jika dia beramal tanpa ilmu, maka dia akan terjebak dalam 10 golongan yg telahpun kita teliti dalam post yg lalu sebagai orang yg terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau kafir tanpa disedari. Atau, orang yg gagal menjaga 6 perkara yg menjamin menyelamatkan dia di akhirat kelak kerana sudah menyediakan diri supaya selamat di akhirat. Kedua-dua dimensi kita kita sudah teliti sebelum ini. Golongan yg gagal - terlibat dalam 10 perkara tersebut dan gagal meenjaga 6 perkara tersebut - ini merasai mereka Islam tetapi sebenarnya tidak lagi Islam, wal iya zubillah min zalik.

Saudara, itu adalah panduan yg fundamental untuk kita sentiasa sedari dan fahami. Tapi, hari ini majoriti umat Islam terpengaruh oleh ajaran dan ajakan manusia sehingga tidak mengutamakan ketetapan atau panduan yg mutlak bagi orang Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah, bukan fahaman atau ajakan berdasarkan perkumpulan spt fahaman Mazhab atau aliran tertentu spt fahaman apa saja termasuklah Wahabbi atau kumpulan Sufi atau Tarikat. Semuanya bukan panduan yg haq. Panduan yg hak adalah al-Quran dan as-Sunnah. Hanya dgn memahami al-Quran dan as-Sunnah kita boleh membuat pilihan yg betul ketika masih hidup. Apabila sudah sampai ajal kita, tiada lagi pilihan, hanya penilaian = hisaban sahaja, apabila kita menerima Kitab Catatan Amalan kita kalaupun kita menganuti Islam mengikut ketetapan as-Sunnah, kalau tidak takda Kitabpun bagi kita, kita dikira sama tarafnya dgn orang kafir dan munafiq, terus tak payah berhimpun, dihalau oleh malaikat atau diheret oleh malaikat masuk ke neraka.
Dalam al-Quran kita diberitahu bahawa malaikat di neraka bertanya kpd kita: 'Apakah kamu belum menemui Rasulallah (s.a.w) atau belum melihat al-Quran dan belajar as-Sunnah?' Malah di dalam kuburpun kita sudah ditanyakan: 'Apakah kamu kenal Rasulallah (s.a.w)? Apakah kamu belum beriman dgn apa-apa yg dibawakannya semasa hidup kamu? Adakah tidak telah ditunjukkan al-Quran dan as-Sunnah?' Oleh itu, sebelum terlewat, eloklah kita semak asas ilmu dan panduan agama kita - asas dan panduan amalan dan ibadah kita supya kita mendapat sebuah Kitab Catatan Amalan yg catatan di dalam Kitab tersebut berat timbangannya dan diserahkan oleh malaikat kpd kita dari arah kanan.

Saudara, insya Allah kita akan teliti dalam post yg akan datang bahawa tanpa panduan dan tanpa ilmu serta kefahaman mengenai Islam dan tuntutannya, kita akan gagal apakala berdepan dgn syaitan- Rujuk Ayat 14 - 18, Surah al-A'raf mengenai janji syaitan kpd Allah (a.w) dan Ayat 27, Surah al-A'raf.
Buat sementara waktu, wajib kita yg Islam ingat dan sentiasa ingat iaitu kita takkan dapat pilih syurga kalaulah kita tidak kerjakan apa yg kita disuruh oleh Allah (a.w) dan yg disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) dan kita tidak hindari apa-apa yg ditegah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) - ketetapan Ayat 72, Surah az-Zuhruf: 'Wa-tilkal jannatul-lati urithtumuha bima kuntum ta'maluna.' (Yg bermaksud: Dan demikianlah syurga yg diwariskan syurga itu kpd apa-apa yg ada kamu sekelian amalkan (i.e. amal dan ibadah sebagai umat Islam dalam hidup kita)). Tanpa amalan, jangan harap dapat pilih syurga atau mendapat syurga. Ramai orang Islam, terutama Melayu Islam, berpendapat bahawa kerana mereka Islam mereka pasti masuk syurga. Jawabnya belum tentu! Orang Islam yg pasti dapat syurga adalah orang Islam yg menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan termasuk dalam ketetapan ayat tersebut adalah ketetapan pada Ayat 7, Surah al-Haysr (yakni, ikuti as-Sunnah) dan Ayat 103, Surah ali-Imran (yakni, berjema'ah), antara lain.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment