Assalamualaikum,
saudara dalam post yg lalu kita telahpun turunkan sepotong hadith yg Rasulallah (s.a.w) memberitahu akan datang suatu zaman apabila umat Islam akan menunaikan haji bukan kerana mematuhi syiar Islam dan rukun Islam, tetapi kerana berbangga, menunjik-nunjuk dan sebagainya. Ada lima cross-section umat Islam disebutkan dalam hadith tersebut.
Saudara, dalam post ini kita tuliskan satu lagi peringatan kpd mereka yg sudahpun mampu mengerjakan haji tetapi tidak mengerjakannya segera atau menunggu suatu ketika dan masa mereka rasa sudah bersedia untuk menunaikan haji.
Saudara, walaupun ibadah haji itu diwajibkan sekali, tetapi kita disuruh menyegerakan berbuat haji atau naik haji kerana dikhuatiri jika mati seseorang yang Islam itu sebelum sempat mengerjakannya, dan dia sudah mampu, seperti yang kita teliti di atas tadi, maka menjadi kafir dia. Oleh itu wajiblah diusahakan menunaikan haji secepat mungkin. Menceritakan Hilal bin Abdullah, hamba merdeka Rabi’ah bin ‘Amru ibni Muslim al-Bahiliu, menceritakan hadith kepadanya oleh Abu Ishak al-Hamidiyu hadith daripada Harith, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man malaka zadan wa-rahilatan tubalighuhu ila baitillahi walam yahujja fala ‘alaihi an yamutu yahudiyan wa-nasraniyan wa-zalika annallaha yaqulu fi kitabihi ‘walillahi alannasi hijjul baiti manistota’a ilaihi sabila’ [Yg bermaksud: Barangsiapa diberi kesempatan (yakni, sihat dan kuat dari segi kesihatan) dan bekalan (yakni, memiliki sumber yang cukup untuk ke Mekah) untuk mengerjakannya (haji) ke Baitullah dan tidak mengerjakannya maka tiada baginya (Islam) apakala mati dia maka mati dia sebagai seorang Yahudi atau orang Nesrani, dan demikianlah bahawasanya Allah (a.w) berfirman di dalam KitabNya (yakni, al-Quran): ‘Dan diwajibkan oleh Allah (a.w) atas manusia menunaikan haji ke Baitullah sekuat mampu mereka mengadakan perjalanan kepadanya (yakni, ke Mekah)’ (Ayat 97, Surah ali-Imran di atas yang dirujuk).] [Hadith at-Termidzi, Kitab Haji]
Hadith di atas amat utama semua orang Islam itu waspada. Kerana, jika sudah mampu maka hendaklah mereka segerakan menunaikan haji. Jika seseorang itu sudah mampu tetapi belum sempat mengerjakannya dan ditakdirkan dia mati, maka mati dia sebagai seorang kafir, sama sebagaimana matinya seorang Yahudi atau Nesrani! Wal iyazubillah. Kalaupun mereka seorang yang warak dan alim dan mengerjakan pelbagai ibadah yang wajib dan sunat dan tidak melakukan maksiat, tetap mereka mati sebagai seorang kafir. Pasti masuk neraka. Begitulah utamanya ibadah haji itu kepada umat Islam. Janganlah diremehkan.
[Nota: Untuk makluman, apakala Rasulallah (s.a.w) diutus Allah (a.w) menjadi Rasul penamat/penutup, dan beliau diutuskan kpd semua manusia dan untuk semua zaman, dan Islam ditegakkan dan al-Quran dijadikan kitab panduan hidup manusia (bukan untuk orang Islam sahaja ), maka orang-orang Yahudi yang menggunakan Kitab Taurat dan orang Nesrani (Kristian) yang berpegang kepada Kitab Injil, wajib anuti agama Islam, wajib mengikuti Rasulallah (s.a.w) dan beramal serta beribadah dengan Kitab al-Quran. Demikian juga, penganut agama selain agama Yahudi dan Nesrani, jika tidak terima Islam, mereka kafir. Maka dengan itulah Allah(a.w) beritahu bahawa agama manusia yg diterima dan diridahi Allah (a.w) hanyalah agama Islam. Dan, jika anuti agama selain Islam segala amalan dan ibadah mereka tak berguna, tidak diterima dan pasti masuk neraka.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment