Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yang lalu, kita telah lihat 10 perkara yg merosakkan umat Islam - terjerumus masuk neraka kerana sebab-sebab yg menjadikan kita syirik atau keluar dari Islam atau murtad. Sebenarnya, ada banyak perkara yg membolehkan seseorang yg Islam tergelincir menjadi kafir atau murtad atau terkeluar dari Islam tanpa disedari. Ramai orang Islam hari ini jahil atau tidak dibimbing oleh mereka yg berilmu atau mereka yg ditugaskan membimbing umat Islam!
Saudara, dalam post ini dan beberapa post yg akan datang kita akan lihat pula 6 perkara yg sering diabaikan oleh umat Islam, yg menjerumuskan mereka ke alam neraka. Umat Islam yg inginkan kejayaan atau kesejahteraan akhirat hendaklah semasa masih hidup berwaspada supaya tidak terlibat atau terjerumus ke dalam 6 perkara tersebut.
Enam Perkara yg Mempastikan Kita Selamat di Akhirat
Saudara, apakah 6 perkara yg wajar kita beri keutamaan dalam usaha kita menjamin keselamatan kita di akhirat itu? Enam perkara tersebut adalah: pertama, hendaklah kita ikuti yg benar dalam agama dan, setelah mengetahui yg benar (=haq), maka beristiqamah mengikutinya (i.e. beramal dan beribadah), janganlah kita berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah; kedua, hendaklah kita murnikan atau benar-benar ikhlas beramal dan beribadah, iaitu beramal dan beribadah semata-mata kerana Allah (a.w) bukan kerana lain-lain pertimbangan - menepati Ayat 57, Surah al-Isra': mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan azab dalam neraka Allah (a.w); ketiga, hendaklah berpegang teguh hanya kpd al-Quran dan as-Sunnah, dan janganlah pegang atau ikuti atau jadikan panduan kitab atau buku karangan manusia atau cakap-cakap manusia yg tiada dasar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - Ayat 13, Surah an-Nisa'; keempat, hendaklah kita menjauhi segala sesuatu yg bersifat syirik dan bid'ah dan mengikuti kehendak hawa nafsu kita dalam semua perkara; kelima, hendaklah kita pastikan kita berada dalam jema'ah umat Islam yg haq, menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - Ayat 103, Surah ali-Imran; dan keenam, hendaklah kita setelah berusaha sekuat mampu kita dalam mematuhi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, berdoa supaya Allah (a.w) teruskan hidayah kpd kita dan tetapkan hati kita dalam syariat agama Islam yg benar yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah ini.
Saudara, kita akan teliti satu per satu dalam post-post yg akan datang berdasarkan dalil-dalil drp al-Quran dan as-Sunnah, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment