Monday, October 31, 2011

Peringatan Sepanjang Hayat & Zaman ...

Assalamualaikum,
Saudara, bagi sdr yg Islam, wajib bersyukur kerana Allah (a.w) berikan hidayah untuk mengkui Islam itu sahaja agama yg selamat ketika telah mati kita dan masuk kita ke dua alam yg lebih lama dan lebih kekal; iaitu: pertama alam barzah - ketika berada dalam kubur; dan kedua, alam akhirat - ketika dunia kiamat dan manusia dibangkitkan semula di padang makhsyar untuk menerima 'tauliah' atau 'Diploma' atau 'Ijazah' iaitu Kitab Catatan Amalan. Kita ketika itu sedang menghadiri Perhimpunan Agung yg terbesar dalam kehidupan manusia, iaitu perhimpunan di Padang Maksyar selama 50,000 tahun (kiraan tahun akhirat, bilamana sehari di Padang Makhsyar itu adalah selama 1,000 tahun kiraan tahun dunia). Tidak semua orang dibenarkan berhimpun. Manusia yg tidak ikuti syariatagama yg dibawakan oleh para rasul dan nabi semenjak zaman Adam (a.w), tidak perlu berhimpun. Mereka gagal, maka dicampakkan oleh malaikat ke dalam neraka. Kerana mereka tidak layak untuk berada di perhimpunan tersebut. Hanya mereka yg terima syariat agama para rasul dan para nabi sahaja yg diberi pass untuk berhimpun.
Saudara, manusia yg terima dan ikuti syariat agama Islam, yakni agama yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), sahaja yg diberikan pass untuk berhimpun di perhimpunan agung terbesar ini. Orang yg akui dirinya Islam tetapi tidak akui dan terima syariat Islam yg dibawakan atau yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), tidak juga diberi pass perhimpunan. Orang yg termasuk dalam 10 golongan yg kita lihat dalam post-post yg lalu itu juga tidak mendapat pass ini kerana mereka terkeluar dai Islam atau menjadi kafir atau murtad tanpa disedari, juga tak diberi pass perhimpunan. Dan orang yg tidak menepati syariat Islam - ahlus sunnah wal-jama'ah - juga tidak diberi pass. [Nota: Ahlus sunnah wal-jama'ah = mereka yg akui Islam memenuhi dua syarat iaitu: pertama, ikuti sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, iaitu khalifah yg empat selepas beliau, dan para tabi'in, pengikut-pengikut para tabi'in, dan kedua, mereka anuti Islam secara berjema'ah. Sila rujuk dua hadith yg kita ulangkali sebut dalam blog ini tentang siapa golongan yg disebut 'ahlus-sunnah wal-jama'ah' itu.]
Mereka atau golongan tersebut tidak diberikan pass perhimpunan, sebaliknya dibawa ke neraka sebagaimana orang yg tidak terima syariat para rasul dan nabi yg terdahulu dan mereka itu adalah kafir ataupun munafiq (= berpura-pura ikuti syiar agama Allah (a.w)). Umat Islam zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman-zaman selepas wafatnya beliau yg tetap anuti Islam menepati syiar Islam yg dibawakan, atau pengabdian - amalan dan ibadah - yg menepati apa-apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) sahaja berhak berhimpun menunggu 'Tauliah' atau 'ijazah' berrupa Kitab Catatan Amalan tersebut. Kitab ini yg menentukan apakah seseorang itu berjaya atau gagal, mendapat syurga!
Rasulallah (s.a.w), akan diberi pass berhimpun. hanya umat zaman Rasulallah (s.a.w) yg terima syariat agama Islam yg diajarkan atau didemokan bentuk-bentuk, cara dan kaedah mengamalkannya sahaja yg diberi pass untuk berhimpun. Golongan ini sajalah yg akan diberi 'Tauliah' atau 'Ijazah' yg akan menentukan sama ada mereka gagal atau berjaya.
Di dunia 'Tauliah' atau 'Ijazah' diberikan kpd semua yg mengikuti sesuatu pengajian yg 'lulus' sahaja. Tapi, 'Tauliah' atau 'Ijazah' Allah (a.w) itu akan diberikan kpd semua mereka yg telah diberikan pass untuk berhimpun di Padang Makhsyar, iaitu mereka yg akui dan terima serta amalkan syariat agama Allah (a.w) yg dibawakan oleh para rasul dan nabi terdahulu dan mereka yg akui, terima dan ikuti syaiar atau syariat Islam zaman hayat Rasulallah (s.a.w) dan zaman-zaman selepas beliau wafat sehinggalah manusia terakhir yg lahir pada saat kiamat kelak.
Saudara, untuk melayakkan seseorang itu mendapat pass berhimpun di Padang Makhsyar adalah mengikuti 'pengabdian yg diiktiraf Allah (a.w)' sebagai hamba Allah (a.w) yg menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah az-Zariat: 'Tidaklah Aku (Allah) jadikan jinn dan manusia, kecuali untuk mengabdikan diri kpdKu semata-mata.' Kalau kita mengabdikan diri kpd selain Allah (a.w) spt berhala, patung, pokok atau maklhuk selainnya, pasti gagal ujian kelayakan ini. Ujian kelayakan kedua adalah mengabdikan diri kpd Allah (a.w) dgn menganuti agama yg Allah (a.w) perintah manusia itu anuti, iaitu menepati Ayat 19, Surah ali-Imran: 'Sesungguhnya agama di sisi Allah (a.w) itu adalah agama Islam' dan Ayat 3, Surah al-Maidah: ''Aku (Allah) ridha bagi kamu sekelian (manusian dan jinn) agama Islam sebagai agama kamu.' Ujian kelayakan ketiga adalah kewajipan menganuti agama Islam secara berjema'ah, ketetapan Ayat 103, Surah ali-Imran: 'Dan, berpegang teguhlah kamu akan agama Allah (a.w) secara (atau dengan) berjema'ah.'
Ujian kelayakan keempat adalah mentaati kepimpinan jema'ah Islam atau 'ulil amri', ketetapan Ayat 59, Surah an-Nisa: 'Taatkanlah Allah (a.w) dan Taatkanlah Rasulallah (s.a.w) dan (taatkanlah) orang-orang yg mempunyai perkara atas jema'ah (i.e. kepimpinan jema'ah umat Islam).' Ujian ke-3 dan ke-4 ini diperincikan dalam as-Sunnah. Maka, ujian kelayakan kelima adalah ketetapan Ayat 7, Surah al-Haysr: 'Apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (yakni, terima dan amalkan), dan apa-apa yg ditegah oleh beliau hendaklah kamu jahui atau tinggalkan.' Maksudnya ikuti as-Sunnah. 
Saudara, dalam Islam proses penilaian dibuat oleh penilai yg bebasa dan yg tidakpun boleh dipengaruhi oleh sesiapapun atas dasar apapun. Dan, penilai tersebut sentiasa membuat penilaian terhadap segala sesuatu yg kita katakan dan lakuakn sepanjang hidup kita - selama 60 atau 70 tahun (iaitu umur umum ummat Muhammad (s.a.w)). Dan, asas menilainya adalah criteria yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). Para penilai atau panel penilai itu adalah dua malaikat atau dua golongan malaikat - Rakib (yag hampir) dan Atit (yg mencatit) - dan dikenal juga dgn nama Kiraman (yg mulia) dan Katibin (yg menulis). Jelaslah satu sistem yg 'fool proof', yg pasti tepat lagi adil dan catatan/laporan yg pasti diterima Allah (a.w). Malah kita diberitahu kelak di Padang Makhsyar apakah yg tercatit dalam Kitab Catatan Amalan tersebut! Maka kita akan sendiri lihat trailer segala sesuatu yg kita katakan dan lakukan sepanjang hidup kita.
Mudah-mudahan, kita dapat memulakan zaman baru dalam pengabdian kita ketika kita masih ada masa dan kelapangan untuk memperbaiki catatan amalan kita. Mudah-mudahan setelah kita bertaubat terhadap segala kesilapan dan kesalahan kita sepanjang hidup kita, Allah (a.w) terima taubat kita itu dan mengampunkan dosa-dosa kita. Mudahan-mudahan kita dapat melaksanakan pelbagai amalan dan ibadah yg akan menghakis dosa dan kesalahan kita selagi hayat dikandung badan, insyaAllah. Dgn itu catatan buruk dalam Kitab Catatan Amalan kita itu dipadamkan oleh Allah (a.w) dan tinggallah yg baik-baik sahaja apabila kita berhimpun kelak dan kita akan terima Kitab Catatan Amalan kita dari arah kanan kita - calun syurga, Amin.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment