Assalamualaikum,
Saudara, kita telah mulakan penelitian kita tentang 6 perkara yg kalau kita waspada dan jaga, maka selamatlah akhirat kita. Yg pertama dalam post dahulu itu adalah kita mengikuti ajaran atau panduan agama islam yg haq = benar dan beristiqamah menetapi atau menjalani kehidupan duniawi kita berpandukan kebenaran atau sumber dan cara dan kaedah yg benar. Tidak ada panduan atau dasar agama Islam yg benar melainkan apa yg tertera dalam perintah Allah (a.w), iaitu al-Quran, dan perintah atau panduan Rasulallah (s.a.w), iaitu as-Sunnah. Kita telah lihat dua dalil - satu firman Allah (a.w) pada Ayat 153, Surah al-An'am dan sepotong hadith Muslim.
Saudara, kita telah lihat bahawa itulah panduan pertama demi menjamin keselamatan kita di akhirat kelak. Panduan Yg kedua, adalah panduan dalam firman Allah (a.w) dan hadith berikut:
Saudara, kita telah lihat bahawa itulah panduan pertama demi menjamin keselamatan kita di akhirat kelak. Panduan Yg kedua, adalah panduan dalam firman Allah (a.w) dan hadith berikut:
Ikhlas (Memurnikan) Amalan Semata Kerana Allah (a.w)
(Ikhlasul-‘amalillahi wahdahu)
Saudara, ramai malah majoriti umat Islam, terutama orang Melayu hari ini, tersasar atau tersesat apabiula kita semak amalan dan ibadah mereka sehari-harian dalam perkara ibadha wajib maupun ibadah sunat yg mereka kerjakan. Allah (a.w) adalah tuhan manusia - semua zaman - dan Dialah yg memberi kita peluang hidup di dunia. Maka dgn itu kita telahpun berjanji untuk mengabdikan atau menyembahNya dgn bentukbentuk, cara dan kaedah 'sembah' yg Dia (Allah) tetapkan. Dan, walaupun kita mengabdikan diri kpd Allah (a.w) seolah-olah dalam keterpaksaan, namun niat di belakang segala ucapan, perbuatan dan segala sesuatu yg kita lakukan adalah kerana taatkan perintahNya dan perintah NabiNya, kerana itu Dia perintahkan.
Diriwayatkan hadith dari abi Umamah al-Bahiliyi berkata: ‘ ... telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha la yaqbalu min amalin illa kana lahu khalisan wab-tughiya bihi waj-hihi.’ (Yg bermaksud: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) tidak menerima dari orang yg beramal dari beberapa amalan kecuali apa-apa yg adanya bagi Allah (a.w) yg murni (i.e. ikhlas) dicari dgnnya wajah Allah (a.w) (i.e. kerana Allah (a.w)). [Hadith anNasa’i, Kitab Jihad]
Diriwayatkan hadith dari abi Umamah al-Bahiliyi berkata: ‘ ... telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha la yaqbalu min amalin illa kana lahu khalisan wab-tughiya bihi waj-hihi.’ (Yg bermaksud: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) tidak menerima dari orang yg beramal dari beberapa amalan kecuali apa-apa yg adanya bagi Allah (a.w) yg murni (i.e. ikhlas) dicari dgnnya wajah Allah (a.w) (i.e. kerana Allah (a.w)). [Hadith anNasa’i, Kitab Jihad]
[Nota: Amalan atau ibadah yg diterima Allah (a.w) dari seseorang yg akui dirinya Islam hendaklah murni (yakni, tidak dicemari oleh perkara-perkara atau sifat-sifat syirik, kurafat, tahyul dan bid’ah. Kerana ciri-ciri syirik, kurafat, tahyul dan bida’ah adalah pencemaran kemurniaan atau keikhlasan segala bentuk amalan dan ibadah yg ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) memberitahu kita yg Islam bahawa niat kita dalam beramal dan beribadah hendaklah menepati Ayat 57, Surah al-Israk – takutkan azab Allah (a.w) di neraka dan ingin mendapat rahmatNya, iaitu syurga. Dan kita kerjakan amalan dan ibadah secara terpimpin dan terpandu iaitu memiliki ilmu mengenai segala sesuatu yg kita amalkan dan ibadahkan – Ayat 36, Surah al-Israk, termasuklah perincian bentuk-bentuk ibadah, cara dan kaedah mengibadahkannya dan hendaklah semuanya mencontohi perbuatan Rasulallah (s.a.w) atau dia mengerjakannya, yakni ikuti as-Sunnah.]
Saudara, dalam mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w), kita wajib ingat bahawa niat kita yg menentukan apakah kita diberi pahala atau lakukan sesuartu dgn sia-sia sahaja. Syarat mutlak keikhlasan dalam niat dan lain-lainnya adalah kita tidak syirikkan Allah (a.w), yakni kita tidak akui bahawa ada kuasa ketuhanan selain Allah (a.w) - spt ada benda atau haiwan atau apa saja yg punyai kuasa memanfaatkan manusia atau memudaratkan manusia.
[Nota-1: Hadith ini menyebutkan apabila terjadinya kiamat kelak,. manusia akan dibangkitkan semuanya dari kubur mereka. Semuanya akan berjalan menuju ke padang makhsyar. Orang kafir atau yg tidak Islam pasti masuk neraka, kerana mereka melanggar ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat dan ketetapabn-ketetapan lain dalam al-Quran. Tidak ada hisaban terhadap mereka. Orang yg akui dirinya Islam melalui ucapan dua kalimah syahadah mereka, maka mereka akan berkumpul di padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan mereka. Sesiapa yg syirik, yakni meyakini atau percayakan wujud kekuasaan ketuhanan selain Allah (a.w) adalah syirik, walaupun dia mengerjakan amalan dan ibadah yg banyak dan secara istikamahpun, terbatal kesemuannya – Ayat 65, Surah az-Zumar - Allah (a.w) tak inginkan mereka, maka para malaikat akan menghmbankan mereka ke dalam neraka. Syirik – dari segi amalan dan kepercayaan atau keyakinan atau ucapan itu – Allah (a.w) mengharamkan orang-orang sedemikian itu dari mendapat syurgaNya – Ayat 72, Surah al-Maidah.]
[Nota-2: Kesemua umat Islam akui dirinya Islam, dan kerana itu mereka yakin akan dapay syurga kelak. Tapi, mereka yakinkan atau percayakan atau kata-katakan sesuatu yg bersifat syirik – walaupun samar atau tak jelas atau tidak mereka anggap fundamental dalam aqidah – batal segala pahala amalan dan ibadah dan diharamkan dia mendapat syurga. Maksudnya, Islam belum pasti dapat syurga jika amaln atau yakin sesuatu syirik yg samar (khaufi) – seumpama memakai tangkal, memakai gelang di tangan (gelang yg magnet ataupun tidak) yg kononnya menghindar dari sesuatu yg buruk atau nmendatangkan sesuatu kebaikan atau nmanfaat, jadi syirik, maka tak dapat syurga.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment