Assalamualaikum,
Saudara, kita telah selesai dalam post sebelum ini meneliti faktor atau situasi ke-9 (daripada 10 perkara atau situasi) yg menyebakan kita yg Islam terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau menjadi kafir. Kesembilan perkara yg telah kita teliti itu adalah spt berikut:

Pertama, syirik dalam atau semasa beribadah kpd Allah (a.w); kedua, mengambil atau menjadikan perantara makhluk supaya kita boleh mendekati diri kpd Allah (a.w); ketiga, tidak menghukumi kafir terhadap orang-orang yg musyrik atau meragui kekufuran mereka atau membenarkan mazhab/agama mereka; keempat, meyakini bahawa petunjuk selain Rasulallah (s.a.w) itu lebih sempurna, dan hukum selain Rasulallah (s.a.w) adalah lebih baik; kelima, benci terhadap apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dgn keyakinan bahawa di dalamnya (i.e. syariat yg dibawakan itu) tidak membawa kemanfaatan atau tidak menguntungkan atau tidak memberikan kebahagian, walaupun dia/kita mengamalkannya. Golongan orang Islam yg melayani pendapat atau pendirian atau keyakinan sedemikian itu, terkeluar dari Islam, menjadi murtad atau menjadi kafir, walaupun lahiriahnya nampak Islam! Keenam, menghina atau melecehkan sesuatu dari agama Rasulallah (s.a.w) atau menghina pahala dari Allah (a.w) atau siksanya. Ketujuh: Mengamalkan sihir dan kedukunan dan percaya kpd ahli sihir dan dukun. Kedelapan, membantu orang-orang musyrik dan menolong mereka untuk mengalahkan kaum Muslimin. Kesembilan, kita berkeyakinan bahawa sebahagian manusia itu ada yg berhak/boleh keluar dari syariat Nabi Muhammad (s.a.w).
Saudara, perkara atau penyebab kesepuluh: berpaling dari (i.e. tidak terima) agama Allah (a.w)(i.e. Islam), tidak mempelajarinya dan tidak mengamalkannya.
Saudara, berpaling atau menolak agama Allah (a.w) ada dua macam: pertama, tidak mempelajari/mengaji untuk memahami agama Islam terutama menyentuh masalah-masalah yg mendesak, iaitu segala sesuatu mengenai agama yg sangat penting dan mendesak untuk diketahui atau segala urusan agama yg agama itu tidak akan tegak kecuali dgnnya, spt perkara aqidah, Rukun Islam, Rukun Iman, jema'ah (i.e. berjema'ah) dll lagi; dan kedua, tidak mengamalkan tuntutan agama Islam. Kedua-dua ini adalah bentuk kekufuran.
Contoh yg jelas mengenai perkara ini boleh dirumuskan spt berikut:
(a) Kaum atau golongan rasionalis iaitu golongan yg menyatakan bahawa syariat Islam itu adalah peraturan orang-orang zaman dahulu. Dalam zaman moden ini Islam sudah tidak layak lagi menjadi pedoman kerana alasan mereka adalah di zaman moden ini banyak permasalahan yg tidak terbahas atau tidak tersebut dalam syari'at dan banyak masalah kehidupan yg tidak ada jawapannya atau penyelesaiannya dalam syari'at. Mereka ini adalah golongan neo-Muktazilah.
(b) Kaum atau golongan atau fahaman pluralisma yg berkeyakinan serta beranggapan bahawa semua agama itu sama benarnya, baik agama yg diasaskan kpd pemikiran atau pengalaman spiritual maupun agama yag diasaskan kpd wahyu dari Allah (a.w) dan menganggap bahawa semua agama itu diterima Allah (a.w) kerana kemuncak pada mana-mana agama, kata mereka, adalah mengabdikan diri kpd Allah (a.w) tak kira cara apa.
(c) Golongan Munafiq yg hanya mempelajari agama tetapi tidak mengamalkannya, mereka adalah orang yg dimurkai Allah (a.w) dan mereka adalah sesat.
[Nota: Sifat-sifat kemunafaiqan itu adalah, antaranya, apakala bercakap dia bohong, berjanji tidak ditunaikan, apabila diberi amanah dia khianat. Orang yg mengucap dua kalimah syahadah itu berkata dgn lisan dan hatinya bahawa dia Islam, dan dia berikrar dan akui Allah (a.w) itu tuhannya yg esa dan Muhammad (s.a.w) itu Utusan Allah (a.w), dan dia berjanji taatkan perintah kedua-duanya serta mengamalkan segala yg diperintahkan Allah (a.w) dan RasulNya. Jika tidak dilakukannya kesemua itu, dia adalah munafiq dgn jelas.]
Saudara, menyentuh ketiga-tiga perkara ini kita temui sekian ramainya orang Islam yg menggunakan akal fikiran dalam mentafsirkan atau mentakwilkan al-Quran. Mereka tidak merujukpun kpd as-Sunnah supaya lebih faham. Contoh yg jelas adalah mereka yg mentafsirkan Ayat 103, Surah ali-Imran mengenai kalimah 'jami'an'. Ada yg tafsirkan bermaksud kesemuanya tentang isi kandungan al-Quran, bukan merujuk sebagai istilah khusus 'berjema'ah' dalam Islam. Walhal, jika dikaji as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) memperincikan konsep dan hakikat 'jami'an' itu sebagai perintah menyuruh umat Islam apabila anuti Islam hendaklah dalam bentuk yg amat formal iaitu institusi berjema'ah yg formal. Ada yg menyakini bahawa Islam itu bukanlah ugama yg diwajibkan atas manusia, kerana mereka silap tafsirkan atau tidak faham kalimah ' la ikraha fid-din' (yg bermaksud: 'tiada paksaan dalam berugama') (Ayat 256, Surah al-Baqarah), iaitu manusia boleh pilih apa saja ugama. Sebenarnya, perintah tersebut mansuh dan digantikan oleh perintah dalam ayat 'innad-dina 'indallaha Islami' (Yg bermaksud: Agama yg diterima Allah (a.w) itu Islam)! Maka dgn itu mereka beranggapan bahawa semua agama itu adalah menyuruh kpd kebaikan dan melarang melakukan kejahatan. Yg jelasnya, tanpa mengaji mereka tidak akan tahu bahawa kalimah atau ketetapan tersebut telah dimansuhkan oleh Allah (a.w) dan diganti dgn perintah bahawa Allah (a.w) ridha atau terima hanyalah Islam sebagai agama manusia (Ayat 19, Surah ali-Imran). Mereka itu juga tak faham maksud firman Allah (a.w) pada Ayat 3, Surah al-Maidah: 'al-yauma akmaltu lakum dinakum wa-atmamtu 'alaikum ni'mati wa-raditu lakumul-Islama dina' (Yg bermaksud: Pada hari ini Aku (Allah (a.w)) telah sempurnakan agama (Islam) bagi kamu sekelian, dan telah Aku (Allah (a.w)) sempurnakan ni'matKu untuk kamu sekelian dan Aku (Allah (a.w)) ridha Islam sebagai agama kamu sekelian.) (Ayat 3, Surah al-Maidah). [Nota: Ayat ini jelas menghukumi bahawa tiada penambahan atau potongan atau ubahpinda syari'at Islam. Justeru itu, bid'ah tidak dibolehkan]. Kemudian, Allah (a.w) perkuatkan lagi ketetapan mutlak ini dgn firmanNya pada Ayat 85, Surah ali-Imran berikut:

Firman Allah (a.w): 'Wa-man (-ai) yabtaghi ghairal-Islami dinan falan yuqbala minhu wa-hua fil-akhirati minal khasirina.' (Yg bermaksud: Dan, barangsiapa yg memilih selain Islam sebagai agamanya, maka tidak akan diterima darinya, dan di akhirat nanti dia tergolong orang-orang yg rugi (i.e. masuk neraka) (Ayat 85, Surah ali-Imran]
Saudara, selesailah penelitian kita tentang 10 perkara atau keyakinan atau perlakuan yg jika ada pada kita atau kita lakukan sebagai seorang Islam, maka kita terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau menjadi kafir, wal iyazubillah. Mudah-mudahan kita boleh semak semula aqidah dan pepercayaan kita dalam Islam dan tentang Islam. Bagi mereka yg tidak Islam, kalaulah mereka faham, mereka akan masuk Islam, kerana itu saja jalan selamat bagi mereka setelah matinya mereka.
Bagi kita yg Islam pula kita wajib semak bentuk-bentuk, cara dan kaedah kita beramal dan beribadah supaya tidaklah kita mencemari amalan dan ibadah kita, sehinggakan, walaupun kita Islam dan dgn istiqamah mengerjakan pelbagai pengabdian, kesemuanya ditolak oleh Allah (a.w). Dalam beberapa post dalam blog ini kita telah berkali-kali peringatkan bahawa syariat Islam itu dibawa oleh Rasulallah (s.a.w) atas dasar wahyu dari Allah (a.w). Panduannya hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, hanya dia seorang saja yg ilmunya sempurna dan benar. Kalau kita ikuti cakap-cakap atau ajaran orang yg berlainan dari atau bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah, pastilah kesemua itu batil dan pasti ditolak oleh Allah (a.w). Kalau kita adalah pengamal bid'ah walaupun tanpa kita sedari, segala amalan dan ibadah kita tetap batil dan batal, dan kita terkeluar dari Islam, wal iya zubillah. [Nota: Allah (a.w) mengingatkan kita pada Ayat 36, Surah al-Isra': 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yg bermaksud: Janganlah kamu buat sesuatu amalan (atau ibadah) tanpa kamu terdahulu mengetahui (dan faham) ilmunya), bukanlah kita main ikut-ikut atau tengok orang sahaja.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment