Assalamualaikum,
Saudara, dalam dua post sebelum ini mengenai ibadah kurban dalam syariat Islam itu, kita telah teliti dua perkara, iaitu: pertama, syariat menyembelih kurban itu terdapat dalam Surah al-Kauthar; dan kedua, adalah suatu kewajipan bagi orang Islam yg mampu menyebelih kurban. Walaupun ibadah kurban itu diwajibkan atas orang Islam yg mampu, namun kerana besarnya pahala menyembelih kurban itu, Islam membolehkan umatnya yg tidak mampu secara bersendirian menyebelih kurban secara berkongsi. Islam tidak menetapkan formula perkongsian tersebut.
Saudara, kita lihat seterusnya syarat-syarat dalam Islam mengenai jenis haiwan yg boleh dijadikan haiwan kurban, kerana kurban itu adalah ibadah terbaik.
Diriwayatkan hadith dari Jabir b Abdullah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La tazbahu illa musannatan illa an ya’ura ‘alaikum fa-tazbahu khaza’atan minad-dokni’ (Yg bermaksud: Jangan menyembelih (untuk korban) kecuali (haiwan) yg cukup umur kecuali apabila sukar (atau susah atau sukar) atas kamu sekelian (mendapatnya), maka menyembelihlah kambing dari (jenis) kibas (atau biri-biri)) [Hadith Muslim, Kitab Ternakan Korban]
[Nota: Kambing jenis kibas spt biri biri itu, walaupun tak cukup umurnya, tetap besar saiz tubuhnya dan banyak dagingnya.]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa ternakan yg hendak dijadikan haiwan kurban itu hendaklah menepati syarat-syarat cukup umurnya. Namun jika tidak kedapatan atau sukar diperolehi bolehlah yg kurang umurnya. Bagi unta umur cukupnya adalah 5 tahun, bagi lembu/sapi hendaklah 2 tahun, dan bagi kambing atau kibas hendaklah setahun.
Saudara, hadith berikut memberikan beberapa syarat tambahan pula.
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ‘Kana iza arada an(-ai) yudahiya asytara kabsyaini azimaini saminaini aqranaini amlahaini mauju’aini, fazabaha ahadahuma ‘an ummatihi liman syahidallahi bit-tauhidi wa-syahada lahu bil-balaghi, wa-zabahal-akhara ‘an Muhammadin (s.a.w) wa-‘an ali Muhammadin (s.a.w)’ (Yg bermaksud: Ketika ada menghendaki bahawa menyembelih dia (Nabi (s.a.w)), maka membeli dia dua ekor kambing kibas yg besar kedua-duanya, yg gemuk kedua-duanya, yg bertanduk kedua-duanya, yg bertompok-rompok hitam, yg dikemilikan (castrated), maka menyembelih salah satu dari keduanya mewakili umatnya, bagi barangsiapa yg bersaksikan akan Allah (a.w) dgn keesaanNya dan bersaksi baginya (Nabi (s.a.w)) dgn menyampaikan (syariat Islam) dan menyembelih yg selainnya (i.e. yg satu lagi) mewakilil Muhammad (s.a.w) dan mewakili ahli (i.e. keluarga) Muhammad (s.a.w).) [Hadith ibnu Majah, Kitab Ternakan Kurban]
[Nota: Hadith ini menunjukkan seekor kibas (kambing biri-biripun boleh dikongsi dgn lebih daripada 9 keluarga = Nabi (s.a.w) ada 9 isteri dan dua hamba perempuan ketika hayatnya.]
Hadith di atas itu menjelaskan perbuatan Rasulallah (s.a.w) yg seringkali menyebelih kurban dua ekor kibas yg sifat-sifatnya adalah: pertama, besar badannya (i.e. cukup umurnya); kedua, gemuk badannya (i.e. banyak dagingnya); ketiga, bertanduk (i.e. tidak cacat); keempat, yg dikemlikan (i.e. kerana dikemli maka banyak dagingnya). Apabila menyembelih kurban, Rasulallah (s.a.w) menyembelih seekor untuk kurban bagi umatnya; dan seekor lagi untuk dirinya dan keluargamya. Jelaslah, tidak ada had menyebut bahawa seekor kambing itu hanya untuk kurban seorang sahaja.
Diriwayatkan hadith dari abi Rafi’ berkata: ‘Menyembelih Rasulallah (s.a.w) ‘bi-kabsyaini amlahaini maujibaini khosibaini’ (Yg bermaksud: Dua ekor kambing kibas yg gemuk kedua-duanya tanpa alas kakinya (i.e.kuku kaki) yg dikebiri kedua-duanya) [Hadith Imam Ahmad (Sahih)]
Saudara, hadith di atas menyebutkan prinsip yg sama sepeti hadith yg awal tadi. Hanya bezanya, dalam hadith itu disebutkan ternakan yg tidak berkuku, maksudnya kukunya sudah haus. Namun masih sah dijadikan haiwan untuk kurban.
Saudara, demikianlah syarat am menegnai trnakan yg boleh dijadikan haiwan kurban itu. Insya Allah dalam post yg akan datang kita akan terliti pula jenis-jenis atau sifat-sifat haiwan kurban yg tidak dibolehkan jadi kurban.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment