Saturday, October 29, 2011

Bagaimana Nak Selamat di Akhirat?? (Samb.)

Assalamualaikum, 
Saudara, kita telah lihat 5 drp 6 perkara yg kalau kita waspada dan jaga, maka selamatlah akhirat kita. Dan, kalau kita abaikan, maka bahayalah akhirat kita. Kita telah lihat yg pertama adalah kita ikuti ajaran Islam dan syariatnya yg benar dan kemudian ikutinya, yakni kerjakan atau amalkan dgn istiqamah; yg kedua, dalam mengabdikan diri kita dan mengerjakan apa jua amalan dan ibadah hendaklah dgn kemurniaan = keikhlasan = ketulusan semata-mata kerana akur dgn perintah Allah (a.w) dan RasulNya; yg ketiga adalah berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah semata-mata dalam kehidupan kita sebagai orang Islam sebagai panduan hidup serta panduan amalan dan ibadah; yg keempat, jauhi perkara-perkara syirik, kurafat, bid'ah dan jangan mengikuti kehendak hawa nafsu dalam semua perkara. Yg kelima: anuti agama Islam dan jalani kehidupan sebagai orang Islam secara berjema'ah.
Saudara, Dalam post ini kita lihat perkara ke-6 yg terakhir yg kalau kita tak berwaspa maka buruklah akhirat kita kelak. Kalau kita waspada dan jaga diri kita dari melakukannya, maka selamatlah kita di akhirat kita, i.e. dapat syurga. Sebagai manusia segala-galanya bergantung kpd izin Allah (a.w). Kita boleh berusaha, tetapi Allah (a.w) menentukannya. Maka dgn itu, setelah diusahakan sebaik mungkin sekuat mampu menjaga lima yg terdahulu itu dgn penuh keazaman, sebagai seorang Islam yg beriman, kita bertawakal kpd Allah (a.w), insyaAllah, kita pasti selamat. 


Memperbanyakkan Doa 
(al-Iktharu minad-Du’a) 
Saudara, dalam blog ini kita telah maklum bahawa 'doa' itu adalah otak kpd ibadah. Maksudnya, ibadah tanpa disertai atau disusuli dgn doa seolah amalan itu pincang atau tak sempurna, sebagaimana tak sempurnanya orang yg otaknya sudah rosak. Dalam hadith lain disebut doa itu adalah senjata orang iman. Kerana dalam Islam, yg berkuasa mutlak itu hanyalah Allah (a.w) - kalau Allah (a.w) nak bagi pada kita, tak siapa boleh halang. Sebaliknya, kalau Allah (a.w) halangi atau tak bagi sesuatu pada kita, walau apapun atau siapapun kita minta tolong, takkan dapat atau kesampaian kehendak kita.
Diriwayatkan hadith dari Anas (b. Malik) berkata: ‘Adapun Nabi (s.a.w) memperbanyakkan bahawa menyebut (yakni, berdoa) ‘Ya muqallibal-qulubi thabbit qalbi ‘ala dinika.’ (Yg bermaksud: Ya Allah (a.w) yg membolak-balikkan beberapa hati (atau qalbu), tetapkanlah hatiku atas agamaMu.) Maka berkata aku (Anas): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Beriman aku dgn engkau dan (beriman aku) dgn apa-apa yg engkau datangkan dgnnya (i.e. apa-apa yg engkau bawakan mengenai ketetapan Islam), maka adakah khuatir engkau atasku?’ Berkata (Anas): ‘Maka bersabda dia: ‘Na’am! Innal-qulubi baina asbu’aini min asobi’illahi ‘azza wa-jalla yuqallibuha’ (Yg bermaksud: Ya! Sesungguhnya beberapa hati (orang iman itu berada) di antara dua jari-jari dari beberapa jari Allah (a.w) yg Maha Mulia lagi Maha Agung, maka membolak-balikannya.) [Hadith at-Termidzi]
[Nota: Dalam hadith ini Anas memberitahu bahawa kerapkali atau acapkali Rasulallah (s.a.w) membaca doa tersebut. Maka dia bertanya mengapa. Sedangkan dia dan para sahabat mengikuti syariat agama Islam yg dibawakannya dan mempersungguh menetapi segala tuntutannya. Diberitahu bahawa hati manusia itu sentiasalah berubah dan tidak tetap dalam semua perkara, terutama dalam perkara keimanan. Terkadang iman kita meninggi, istikamah dan mempersungguh dalam beramal dan mengerjakan amal soleh, terkadang tidak mempersungguh dan mengabaikan ketetapan agama. Maka dgn itu wajiblah berdoa kpd Allah (a.w) supaya Allah (a.w) menetapkan hati dan sanubari kita dalam mempersungguh dalam agama, i.e. dalam melaksanakan tuntutan agama atas diri kita sendiri.]
Saudara, yg utama bagi  kita yg Islam adalah meminta kpd Allah (a.w) supaya kita kekal diberiNya petunjuk = hidayah sepanjang hidup kita dan sentiasalah kita terjaga, supaya tidaklah hati kita menyimpang setelah ditunjukkan jalan yg lurus ke syurga itu. Bagitu ramai orang Islam kerana sesuatu sebab, terjebak keluar dari Islam, atau melakukan sesuatu yg menyebabkan mereka murtad atau terkeluar Islam atau menjadi syirik tanpa kita sedari. Semua ini adalah takdir Allah (a.w). Tiada siapa yg boleh ubah takdir. Namun, Allah (a.w) suruh kita sering berdoa kpdNya dan kalau kita enggan berdoa kita dianggap sombong, maka pasti tak dapat syurga. Malah, doa sajalah yg boleh mengubah takdir kita.
Alhamdulillah, kita telah meneliti 6 perkara yg boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak kalau kita sentiasa berwaspada dan menjaga keimanan kita.  Cuba kita ulangi apakah 6 perkara tersebut, yg kalau kita jaga sebaiknya, pastilah kita bahagia di akhirat kelak: pertama, hendaklah mengikuti agama dan syariatnya yg haq = benar dan setelah mengetahui yg haq=benar itu, maka kerjakan secara istiqamah; kedua, hendaklah mengerjakan segalama amalan dan ibadah serta amal makruf umumnya dgn penuh kemurniaan = keikhlasan = ketulusan hati semata-mata kerana mencari keridaan dan kerahmatan Allah (a,.w), inginkan balasan syurga dan takutkan siksaan nerakaNya; ketiga, hendaklah sentiasa berpandu dan berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah bukanlah dipengaruhi oleh pendapat atau ajakan manusia walau bagaimana alim atau bijaknya mereka berdakwah atau bercakap, kalau berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah pasti menyesatkan kita; keempat, dalam segala sesuatu yg kita ucapkan, lakukan dan dan yakini hendaklah kita menjauhi sesuatu yg syirik, kurafat, tahyul dan bidah serta mengikuti kehendak nafsu kita; kelima, hendaklah kita fahami bahawa agama Islam itu adalah agama yg dijema'ahkan, maka anutilah Islam secara berjema'ah. Kalau belum berjema'ah carilah jema'ah umat Islam; dan keenam, hendaklah kita sering berdoa supaya Allah (a.w) kekalkan hidayahNya pada kita dan kita sentiasa dipermudahkan untuk berjaya mengabdikan diri kpdNya sebaik mungkin dalam hidup kita.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment