Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita mengenai ibadah haji (dan umrah). Kita telah lihat 8 ketetapan Islam mengenai haji yg wajib kita jadikan panduan dalam usaha kita mencari haji mabrur. Atau, untuk mendapatkan pahala maksimum dalam ibadah haji. Rasulallah (s.a.w) menyebut tiada ganaran yg lebih baik bagi haji mabrur kecualilah mendapat syurga.
Saudara, Mekah dan Madinah adalah dua kawasan tanah haram yg dimuliakan oleh Allah (a.w) dan justeru itu juga wajib kita muliakan. Maka dgn itu wujudlan beberapa ketertiban dalam banyak perkara. Antara ketertiban itu adalah pertama, pantang larang ketika berada di dalam kedua tanah haram ini. Kedua, pantang larang yg khusus menyentuh ibadah umrah dan haji. Orang Islam lazimnya tahu atau pernah diberitahu bahawa ibadah umrah itu adalah sunat kecuali sekali diwajibkan. Ibadah haji adalah wajib dikerjakan sekali. Rasulallah (s.a.w) mengerjakan umrah sebanyak 4 kali, bukan tujuan untuk umrah tetapi untuk mengerjakan haji tetapi dihalang oleh kaum musyrik Arab. Beliau hanya dapat mengerjakan haji - haji akbar - lewat dalam hayatnya. Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Haji Qiran - menaiki unta ke Mekah, kemudian mengelilingi Ka'abah, yakni Tawaf dgn menaiki unta. Aisyah (r.a) mengerjakan Haji Ifrad pada masa itu kerana beliau mengerjakan umrah selepas selesai hajinya. Ada para sahabat yg mengerjakan Haji Tamattuk, iaitu mengerjakan umrah dahulu kemudian barulah mengerjakan haji. Justeru itulah syariat ibadah haji itu menetapkan wujudnya tiga kategori ibadah haji. [Nota: hari ini, tiada siapa yg mengerjakan Haji Qiran, kerana Haji Qiran dikerjakan dgn menaiki unta mengerjakan Tawaf, i.e. mengelilingi 7 keliling Ka'abah. Tapi, bagi mereka yg terbatal hajinya kerana bersetubuh sebelum selesai haji, i.e. sebelum selesai Tawaf Ifadah atau Tahlul Thani, wajib mengerjakan haji gantinya dgn mengelilingi Ka'abah menunggang untanya.]
Larangan Semasa Berada Di Tanah Haram
Apabila kita berada di tanah haram (sempadan Kota Mekah, termasuk persekitaran Masjid al-Haram), kita ditegah melakukan perkara-perkara berikut:
(1) Tidak boleh berperang atau membunuh (orang ataupun haiwan)
(2) Tidak boleh membuat maksiat (perkara-perkara yang mendatangkan dosa) dan melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (yang juga mendatangkan dosa)
(3) Tidak boleh memotong atau menebang pokok atau pohon serta menebas atau memotong rumput (kecualilah lalang), namun bukanlah tugas kita menebas atau memotong lalang, maka mengapa dikerjakan?
(4) Tidak boleh berburu atau memburu haiwan buruan;
(5) Tidak boleh membawa senjata yang tujuannya untuk berperang (atau untuk mencederakan orang lain seperti pisau dan seumpamanya);
(6) Tidak boleh mengambil barang hilang atau terhilang atau terjatuh oleh seseorang walaupun kita menemuinya (maksudnya, jika kita ketemui dibiarkan sahaja, jangan diambil sama ada untuk diserahkan kepada pihak berkuasa atau sebaliknya).
[Nota: Seseorang yang menjumpai suatu barangan di jalanan kemudian diambilnya, sama ada untuk diserahkan kepada pihak berwajib atau sengaja untuk diri sendiri, menanggung tanggung jawab yang amat besar, iaitu dia hendaklah menyiarkannya untuk makluman orang ramai supaya didapatkan pemiliknya dalam tempoh setahun, barulah barangan itu boleh dimilikinya. Ini bererti dia terhalang dari kembali ke tanah airnya kerana menunggu edah pengistiharan tersebut!]
Larangan Ketika Berpakaian Ikhram
Apabila kita telah memakai ikhram – sama ada sudah atau belum melafazkan niat untuk haji atau umrah, maka ditegah melakukan perkara-perkara berikut:
(1) Tidak boleh berjimak (yakni, bersetubuh dengan isteri) atau mencium isteri atau melakukan permulaan ke arah berjimak;
(2) Tidak boleh bertengkar atau marah-marah, termasuk mencaci, memaki hamun dan melaknat orang lain dan juga haiwan;
(3) Bagi lelaki, tidak boleh memakai pakaian berjahit seperti seluar, seluar dalam, singlet atau anak baju (yang berkolar atau tidak berkolar) dan sebagainya;
(4) Bagi lelaki, tidak boleh menutup kepala (untuk tujuan apa sekalipun) atau menutup muka (kecuali dibenarkan menggunakan payung untuk berlindung dari kepanasan terik matahari atau memakai cermin mata hitam);
(5) Sesudah miqat, tidak boleh memakai minyak wangi atau bau-bauan (kecualilah, kain tersebut sudah sifat aslinya berbau wangi atau sudah wangi sebelum memakainya di miqat);
(6) Tidak boleh, bagi perempuan menutup wajah atau mukanya, (kecuali kalau penutupnya jarang, yakni kelihatan jelas wajahnya dari luar) dan tidak boleh menutup kedua tangannya (sampai ke pergelangan tangan, seperti memakai sarung tangan);
(7) Tidak boleh memotong rambut atau kuku (termasuklah membuang kulit badan atau telapak tangan yang sudah mati atau mengelupas dan sebagainya);
(8) Tidak boleh berburu atau membantu orang berburu atau menunjukkan kepada orang lain apa-apa buruan;
(9) Tidak boleh memakai kasut kecuali kasut yang tidak menutup kedua buku lali (seperti selipar atau kasut yang disarung yang dipotong tanpa menutup buku lali);
(10) Tidak boleh mencuri atau memakai atau menggunakan barang-barang haram;
(11) Tidak boleh lahan (yakni berbuat perkara-perkara yang tidak berfaedah atau perbuatan sia-sia atau menghabis masa, seperti bercakap-cakap yang tidak berfaedah, atau tiak bersangkutan dengan ibadah umrah atau haji), bercakap kotor (kata-kata kotor), maksiat dan bercerita atau berbual-bual perkara-perkara yang tidak berfaedah atau yang melalaikan atau melupakan kita terhadap ibadah kita atau terlupa atau terlalai mengingati Allah (a.w);
(12) Tidak boleh meminang (untuk calun isteri) atau bernikah;
(13) Tidak boleh liar mata (melihat orang-orang yang bukan makhramnya) atau jalalatan (yakni, dengan perasaan syok dalam hati terhadap seseorang), memasang telinga mendengar cakap-cakap atau kata-kata sia-sia, melalaikan dan maksiat (yakni, hendaklah gunakan masa secara optimum berzikir, membaca al-Quran, berdoa dan segala sesuatu yang mendatangkan pahala); dan
(14) Tidak boleh mulutnya ‘misuh-misuh’ (yakni, kata mengata orang atau kata-kata buruk), memaki hamun, mencela, menghina, berperasangka buruk terhadap seseorang, memfitnah, dan memaki hamun (dan digalakkan berzikir, membaca talbiah dan al-Quran).
[Nota: Apabila berlaku persetubuhan semasa berikhram, sebelum selesai ibadah haji atau umrah, yakni Tahlul Thani, maka umrah dan haji si suami dan si isteri terbatal, dan kedua-duanya dikehendaki dipisahkan selepas kembali dari urusan umrah atau haji, dan diwajibkan pula mengerjakan umrah atau haji pada tahun hadapan secara berasingan dengan membawa ternakan dam berupa seekor unta setiap seorang dan mengerjakan haji, termasuk Tawaf dengan menaiki untanya.Jika unta yang ditunggangnya semasa Tawaf itu mencederakan seseorang sehingga berdarah pula, dikenakan satu dam seekor kambing pula setiap kali berlaku kecederaan tersebut.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment