Tuesday, October 25, 2011

Menarik Hari Ini ... Distorting Islam

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini terbaca satu lapuran dalam 'Star Online' tentang satu Sidang Akhbar oleh Obedient Wife Club (OWC) selama 90 minit katanya menjelaskan kontroversi melibatkan Buku Panduan Seks Islam! Presidentnya seorang perempuan, Khatijah. Lapuran itu menyebut tentang sebuah buku panduan seks Islam yg diterbitkan oleh bekas pengikut al-Arqam, yg katanya membolehkan amalan seks berkumpulan antara suami isteri yg berpoligami. Satu preskripsi 'Group Sex' dalam Islam! Penulis turunkan sedikit cedokan dari lapuran rengkas akhbar tersebut. [Nota: Mungkin hari ini dalam akhbar akan keluar lapuran lengkap perkara ini].
Anehnya, orang Melayu yg akui dirinya Islam lebih bijak dari bangsa lain yg Islam. Cerita ini melibatkan bekas pengikut kumpulan al-Arqam, kerana balu (salah seorang) isteri pemimpin al-Arqam, Ashaari Mohd, yg, kerana ketabsuban rukyah kumpulan, telah memberikan dia tempat istimewa boleh bermestautin di London, katanya. Kini barulah kita tau bahawa OWC itu adalah mereka yg menjadi pengikut atau penyokong kumpulan al-Arqam. Presidennya Fauziah Arifin. Isteri siapa agaknya?
Kita turunkan sedikit apa yg ditulis dalam Star Online spt beikut. Saudara boleh baca kalau nak tau lebih. Manusia itu begitu pintar sampai dalam perkara sekspun sampai ilmu atau amalannya sampai ke tahap 'Ph D'. Sebenarnya, orang yg mendapat ilmu ke tahap 'Ph D dalam seks' itu sebenarnya sama aje dgn 'Swingers' Group' dan 'Wife Swapping' dalam masyarakat jahiliah di mana-mana sekarang, tak kira Barat ataupun Timur. Semua ini angkara syaitan mengajarkan manusia supaya mengkufuri perintah Allah (a.w) dan RasulNya! 
"Taking sex to the PhD-level
The Obedient Wives Club wanted to keep it under the covers but since it leaked out, interest for its sex-guide book has yet to reach a climax.
That about sums up the exasperation of the club embroiled in a controversy after it published a pocket-sized 115-page Malay-language book titled Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia (Islamic Sex, Fighting Jews to Return Islamic Sex to the World). 
To clarify media reports that the book encouraged a man to have an orgy with all of his wives, five OWC officials (including two men) met the press.
At the start of the 90-minute press conference in Petaling Jaya, OWC national chairman in Malaysia Fauziah Ariffin read a statement from Hatijah Aam, the club founder. 
Hatijah, one of the wives of the late Al-Arqam founder Ashaari Muhammad, said the sex guide was only for OWC members who were married."

Saudara, keseronokan seks tak kemana. Malangnya OWC nampaknya utama keseronokan hawa nafsu lebih dari menyediakan diri mereka untuk keseronokan akhirat. 
Saudara, di dalam al-Quran disebutkan bahawa keinginan manusia itu dalam dunia berbagai-bagai, disimpulkan oleh Allah (a.w) dalam Ayat 14, Surah ali-Imran, bahawa manusia itu (lelaki/perempuan) dijadikan Allah (a.w) cintakan apa-apa yg diingin oleh hati mereka, iaitu; pertama, keinginan syahawat (i.e. lelaki/perempuan sukakan perempuan/lelaki). Itu naluri manusia sebagaimana juga haiwan sama nalurinya. Kerana agama, manusia itu terkawal nalurinya. Kedua, manusia cintakan anak-anak (Nota: Hari ini telah bermula satu tanda kiamat hampir sampai apabila manusia itu cintakan anjing (poodle) dari anak-anaknya sendiri. Kerana, ada yg membuang atau mencampak atau membunuh anak-anaknya yg baru lahir). Ketiga, harta yg banyak melempah ruah dari jenis-jenis atau dalam bentuk (i) jenis-jenis emas dan perak (permata, intan berlian dan wang ringgit yg banyak dan lain-lain yg bernilai); (ii) kuda-kuda pilihan (i.e. kenderaan atau tunggangan yg canggih dan mahal harganya spt executive jet, Lamborghini, Maserati, Ferrari, Porche, BMW, Mercedes dan Kelab Bola Sepak dll yg canggih lagi mahal) (iii) haiwan ternakan atau ladang ternakan mengandungi unta, lembu, kuda, kambing dllnya dan (iv) sawah ladang (i.e. ladang atau plantation yg lebar, luas dan amat berharga dan berbagai spt ladang sawit dll). Allah (a.w) memberitahu bahawa itulah kesenangan hidup di dunia - yg kita lalui hanya tak sampai seminitpun pada kiraan waktu akhirat (kerana sehari di akhirat/padang mahsyar kelak adalah selama 1,000 tahun kiraan tahun/waktu dunia sekarang)!
Kemudian, pada ayat berikutnya (Ayat 15, Surah ali-Imran), Allah (a.w) menyuruh Rasulallah (s.a.w) bertanya kpd manusia (terutama yg Islam): 'Inginkah aku khabarkan kpdmu apa yg lebih baik dari demikian itu?' Disebutkan syurga. Di sana akan ada nikmat kehidupan yg tak pernah terfikir oleh manusia, tak pernah terbayang oleh angan-angan manusia, tak pernah dilihat, tak pernah dirasai, dan segala-galanya. Hanya Allah (a.w) yg tau. Dan, hanya mereka yg menjadi ahli syurga yg tau. Kerana, orang yg paling miskin di dakhirat kelak, adalah orang yg diberikan harta kekayaan bersamaan dgn 10 kali dunia. Dia memiliki 72 buah istana yg mengandungi pula sekian banyak kamar tidur yg diduduki oleh seorang bidadari... dan sebagainya.
Saudara, saudara, dalam perkara seks Islam membenarkan seks yg sah - antara suami dan isteri - tetapi segala sesuatu yg berlaku antara sisuami dan isteri itu adalah rahsia dan wajib dirahsiakan. Malah Islam melarang dihebah-hebahkan segala sesuatu yg berlaku antara suami isteri dalam hubungan intim mereka berdua kpd orang lain. Kalau begitu, pastilah Islam melarang kerasa mengadakan hubungan seks secara berkumpulan. Kalaulah buku itu menggalakkan seks berkumpulan, pastilah penganjurnya menentang ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Orang yg mementang ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, kita dahpun tahu dalam post yg lalu, terkeluar dari Islam, wal iya zubillah.
Saudara, Islam mensyaratkan seorang isteri itu wajib taatkan suaminya. Hanya isteri yg taatkan suami sahaja yg dapat syurga (dengan syarat dia terlebih dahulu taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah)). Tapi, suami yg mendapat syurga adalah suami yg memenuhi syarat: pertama, dia taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran); kedua, dia taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. dia ikuti ketetapan as-Sunnah); ketiga, dia hendaklah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga Islam menepati Ayat 6, Surah at-Tahrim: 'Jagalah dirimu (ketua keluarga) dan ahli-ahlimu (isteri-isteri dan anak-anak) dari api neraka.' Yg utama adalah melakukan segala sesuatu supaya kita sebagai suami/isteri mempastikan kita sendiri selamat dari neraka dan anak-anak kita selamat dari neraka! 
Sehubungan itu, persedian pertama adalah menyediakan diri dgn ilmu, kerana segala amalan dan ibadah tanpa didasarkan ilmu - al-Quran dan as-Sunnah - tak diterima Allah (a.w) (Ayat 36, Surah al-Israk), kedua, tanpa niat yg betul menepati Ayat 57, Surah al-Israk, semua amalan dan ibadah batal. Ketiga, tidak patuhi ketetapan as-Sunnah semua amalan dan ibadah batal (Ayat 7, Surah al-Haysr). Dan, banyak lagi.
Justeru itu, kalaulah dia (suami/isteri atau ibu/bapa) abaikan agamanya, termasuk mengabaikan tanggungjawab belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya - al-Quran dan as-Sunnah - dia akan masuk neraka, isterinya masuk neraka, dan anak-anaknya masuk neraka di akhirat kelak. Kalaupun suami kerana amalannya dapat syurga, tetapi kerana dia abaikan persediaan untuk isterinya dan anaknya, dia juga akan ditarik oleh isteri dan anaknya ke dalam neraka, kerana kegagalannya melakukan segala sesuatu yg mempastikan dia dan isterinya dan anaknya membuat persediaan yg cukup untuk akhirat mereka! 
Kalau banyak harta dikurniakan Allah (a.w) rezki yg melempah ruah spt disebutkan dalam Ayat 14, Surah ali-Imran itu, bagaimana? Lebih bahaya. Bagaimana dgn hak Allah (a.w) - zakat dan infaqnya? Bagaimana pula hak orang Islam lain terhadap hartanya? Maka dgn itulah orang iman yg miskin masuk syurga 50,000 tahun lebh dahulu drp orang yg kaya. Orang yg kaya - lebih kaya lebih lambat dapat masuk syuirga, kalaupun dia adalah ahli syurga! Hisaban orang yg kaya adalah hisaban terperinci, memakan masa yg panjang, dan kesudahannya adalah lebih mudah masuk neraka dan lebih sukar dapat syurga! Kerana, orang kaya pasti bahil dan kedekut, cintakan dunia, sombong dan bongkak, membazirkan harta, memaksiatkan harta mereka, dan banyaklah perkara-perkara negatif yg melekat padanya setiap saat dan ketika. Kalau orang kaya itu berilmu -faham ketetapan Islam dan syariatnya, faham tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, maka dia boleh menduduki syurga bersama-sama dgn para rasul dan nabi, para syuhada dllnya - syurga tahap tertinggi, masya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment