Saturday, October 1, 2011

Terkeluar dari Islam/Murtad/Kafir (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah bincang serta teliti 5 sebab drp 10 antara sebab-sebab yg menyebabkan seorang yg Islam itu apabila lakukan atau percayakan terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau menjadi kafir. Dalam post ini kita teliti selanjutnya.
Saudara, cuba kita rujuk kembali yg 5 terdahulu itu. Pertama, syirik dalam beribadah kpd Allah (a.w); kedua, mengambil/menjadikan perantara makhluk supaya kita boleh mendekati diri kpd Allah (a.w); ketiga, tidak menghukumi kafir terhadap orang-orang yg musyrik atau meragui kekufuran mereka atau membenarkan mazhab/agama mereka; keempat, meyakini bahawa petunjuk selain Rasulallah (s.a.w) itu lebih sempurna, dan hukum selain Rasulallah (s.a.w) adalah lebih baik; kelima, benci terhadap apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dgn keyakinan bahawa di dalamnya (i.e. syariat yg dibawakan itu) tidak membawa kemanfaatan atau tidak menguntungkan atau tidak memberikan kebahagian, walaupun dia/kita mengamalkannya. Golongan orang Islam yg melayani pendapat atau pendirian atau keyakinan sedemikian itu, terkeluar dari Islam, menjadi murtad atau menjadi kafir, walaupun lahiriahnya nampak Islam!
Saudara, kita perlu teliti 5 lagi untuk mencukupkan penelitian kita dalam perkara ini menjadi 10. [Nota: Bukan 10 tetapi amat banyak, tapi yg 10 ini yg terbesar dan terbanyak berlaku di kalangan umat Islam masyarakat Melayu kini.]
Saudara, dalam post ini kita lihat penyebab ke-enam yg jika diyakini atau diamalkan oleh seorang yg Islam, dia terkeluar dari Islam, atau menjadi kafir atau jadi murtad: Menghina atau melecehkan sesuatu dari agama Rasulallah (s.a.w) atau menghina pahala dari Allah (a.w) siksanya.
Saudara, melakukan sesuatu atau berkata sesuatu yg bersifat menghina Allah (a.w), menghina Rasulallah (s.a.w) dan menghina Islam, adalah perbuatan nifaq i.e. orang munafiq. [Nota: Orang munafiq itu kedudukannya atau mertabatnya jauh lebih hina dari orang yg kafir, kerana orang kafir pasti masuk neraka, tapi orang munafiq itu, walaupun sama-sama masuk neraka, berada dibahagian kerak atau dasar neraka (...innal munafiqina fi darkil-asfali minanari ...'(Yg bermaksud: sesungghnya orang-orang munafiq itu di dalam kerak (dasarnya) neraka ...) (Ayat 145, Surah an-Nisa').]
Saudara, cuba kita teliti beberapa contoh penyebab ke-6 yg menjerumuskan orang Islam terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau kafir. Antaranya:
(a) Pemikiran sesat yg didorong dan dipengaruhi oleh kaum Orientalis dari barat ke dalam Islam, sehingga ramai pemikir di kalangan orang Islam yg beriman mengikuti pemikiran mereka, seumpama bercakap dgn tegas menyatakan kononnya hukum-hukum Islam tidak relevan lagi dgn zaman dan temadun manusia sekarang. Maka dgn itu perlu penyesuaian supaya boleh diterima dan diasimilasikan dgn budaya dan cara fikir atau cara hidup moden. Justeru itu, golonagn sedemikian berpandangan perlu dilakukan salah satu atau kesemua suntikan berikut: pertama, dikaji semula (revisionist); kedua, perlu dikritik dan didebatkan supaya Islam kekal mantap dan kokoh setelah diperbaiki kekurangannya. [Nota: Inilah faktor utama mengapa para ulama' membuat perubahan dan penambah atau menolak tepi aspek-aspek syariat yg mereka kata jumud]. Melalui sistem ini, kata mereka barulah, Islam  kekal kokoh, mantap dan relevan; ketiga, perlu diadakan perubahan atau innovasi dalam Islam dan dibuat setiap kali diperlukan (bid'ah termasuk); dan keempat, sebahagian ketetapan Islam perlu dicantas atau dipotong atau ditinggalkan kerana sudah jumud.
(b) Pernyataan atau keyakinan bahawa al-Quran bukan kalam Allah (a.w), tetapi sebuah kumpulan pengalaman dan perjalanan kerohanian (spiritual) Rasulallah (s.a.w). Bahkan, ada yg mengkategorikan al-Quran termasuk dalam kategori 'kesusasteraan jahiliah'; dan
(c) Penghinaan terhadap agama Allah dgn pernyataan yg memberi pentafsiran atau pendirian bahawa sesetengah sunnah Rasulallah (s.a.w) itu tidak lebih dari kelaziman atau budaya bangsa Arab dan bukannya ketetapan agama Islam. Maka dgn itu tidak perlu diberi keutamaan. Maka dgn itulah ketetapan bahawa lelaki tidak boleh melabuhkan seluar atau jubah atau kain ke bawah buku lali, dan wanita Islam wajib berpakaian jilbab adalah budaya atau kebiasaan atau kelaziman lelaki atau wanita Arab bukan ketetapan Islam.
Saudara, 
dalam perkara pakaian sebagai contoh, majoriti umat Islam hari ini, termasuk para ulama' dan ilmuwan Islam yg berpandangan sedemikian. Jika tidak masakan kita temui hampir kesemua ulama' sedekian. Dalam pelbagai upacara keresmian, contohnya, kita akan lihat betapa labuhnya jubah para ulama' yg hadhir, seluarnya dan jubah mereka, yg sampai menyapu lantai. Tambahan pula memakai baju batik yg diperbuat dari sutera halus yg mahal harganya, sehingga sehelai kemeja batik sutera itu berharga RM 1,000.00 - RM 3,000.00 atau lebih pula. Walhal, syariat Islam, berdasarkan as-Sunnah melarang orang Islam yg lelaki memakai sutera, apapun jenis pakaiannya. Malah disebutkan sesiapa yg memakai sutera di dunia tidak akan memakainya di akhirat, pun tidak diendahkan. [Nota: Di akhirat pakaian ahli syurga adalah sutera halus dan berbagai-bagai kualiti - lelaki dan perempuan. Ahli neraka bogel, tak berpakaian. Maka dgn itu, pakai ketika di dunia, tak masuk syurga, wal iya zubillah]. Janganlah kerana keseronokan yg sedikit menggadai akhirat kita...
Pandangan bahawa Islam perlukan suntikan. Jika Islam ingin terus menjadi panduan hidup dan panduan ugama manusia, kata sesetengah umat Islam - pemimpin dan para ulama'- berpendapat Islam dan syariatnya perlu suntikan. Malah terdapat beberapa dimensi atau aspek syariat Islam sudahpun diubahsuai dan dipinda oleh ulama' dan kepimpinan Islam. Lihat sajalah adaptasi urusan duniawi yg diIslamkan secara artifisial spt sistem kewangan dan perbankan, pinjam meminjam, perundangan Islam dan peraturan Islam. Sudah diubah. Hukum hudud, hebat diperdebatkan oleh pemimpin masyarakat dan politik Islam. Ada yg menyebutkan hukum hudud itu tidak boleh dilaksanakan di dalam sebuah negara majmuk spt Malaysia! Atau, pendapat hukum hudud itu amat zalim dan tidak 'humane'. Mereka persoalkan kebijaksanaan Allah (a.w). Dan, banyak lagi pemikiran moden umat Islam, dimana-mana, termasuk di Malaysia sendiri.
Saudara, mudah-mudahan kita tidaklah terpengaruh dan dipengaruhi oleh pemikiran atau pendirian sedemikian itu. Kerana jelas batilnya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Ad-dunya sijnul mukminin, wa-jannatul kafirina' (yg bermaksud: Bahawa dunia itu adalah penjara bagi orang iman, dan syurga bagi orang kafir'. [Hadith]. Orang islam tidak bebas menjalani kehidupan di dunia sebagaimana orang kafir.
Justeru itu, itu orang Islam seumpama berada dalam penjara - tidak bebas, sebagaimana tidak bebasnya banduan dalam penjara. Orang kafir itu merasakan mereka bebas di dunia. Tiada yg menghalangnya. Malah agama mereka takpun menghalang, bahkan membolehkan apa saja. Kerana, orang kafir di akhirat kelak adalah banduan neraka. Tidak akan dapat syurga. Pasti masuk neraka. Orang Islam ada kemungkinan akhirnya dapat syurga kalaulah dia yakin tentang kewujudan Allah (a.w) dan keesaan Allah (a.w) dan mengakui dia adalah umat Muhammad (s.a.w), menyakini dan menerima as-Sunnah, walaupun mungkin tidak mengamalkannya!
Orang Islam moden, ingin dibebaskan dalam dunianya. Maka mereka inginkan kehidupan berugama sebagaimnana bebasnya kehidupan orang kafir di dunia - boleh buat apa saja, dan Islam membenarkan atau memberi keringanan...Ada pula yg berpendapat bahawa perubahan dalam Islam itu perlu kerana untuk mudah diterima oleh masyarakat Melayu perlu diubahsuai dan dibudayakan. Maka timbullah pelbagai amalan dan ibadah yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah, dan tidakpun dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)! Orang Melayu amalkan kerana terpengaruh oleh kebijaksanaan para ulama' Melayu yg moden tersebut - inilah yg berlaku dalam perkara 'bid'ah'.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment