Assalamualaikum,
Saudara nak jadi orang Islam itu mudah sahaja, iaitu kita bersyahadah dgn lisan dan dgn hati nurani (i.e. kalbu) dgn keyakinan bahawa Allah (a.w) yg esa itu wujud. Yakni, melafazkan dua kalimah syahadah: 'Asyhadu allailaha ilallah, wa-asy-hadu anna Muhammadar Rasulallah ', maka Islamlah seseorang itu. Namun, nak jadi musyrik atau kafir atau murtad juga mudah. Tapi, malangnya kerana kejahilan umat Islam - pemimpin, ulama' dan masyarakat umum Islam - maka tak sedar mereka melakukan atau melafazkan sesuatu yg menyebabkan mereka terkeluar dari Islam menjadi kafir atau murtad!
Saudara, dalam post-post sebelum ini kita telahpun lihat 4 perkara atau perlakuan atau kepercayaan yg menyebabkan seseorang yg Islam itu keluar dari Islam, iaitu: pertama, syirik dalam beribadah kpd Allah (a.w); kedua, mengambil/menjadikan makhluk sebagai perantara supaya mendekatkan kita kpd Allah (a.w); ketiga, tidak menghukumi kafir terhadap orang-orang yg musyrik atau meragui kekufuran mereka atau membenarkan mazhab/ugama mereka; dan keempat, meyakini bahawa petunjuk dari selain Rasulallah (s.a.w) itu lebih sempurna, dan hukum selain drp Rasulallah (s.a.w) itu lebih baik. Mereka yg meyakini sedemikian itu terkeluar dari islam, menjadi kafir atau murtad.
Dalam post ini kita lihat penyebab ke-5: Benci terhadap (i.e. menolak atau tak mau terima) apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dgn keyakinan bahawa di dalamnya (i.e. syariat yg dibawanya itu) tidak ada keberuntungannnya atau tidak ada manfaatnya kpd kita atau menguntungkan kita atau memberi kebahagian kpd kita, meskipun kita mengamalkan ketetapan tersebut.
Dalam post ini kita lihat penyebab ke-5: Benci terhadap (i.e. menolak atau tak mau terima) apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dgn keyakinan bahawa di dalamnya (i.e. syariat yg dibawanya itu) tidak ada keberuntungannnya atau tidak ada manfaatnya kpd kita atau menguntungkan kita atau memberi kebahagian kpd kita, meskipun kita mengamalkan ketetapan tersebut.
Saudara, ramai umat Islam yg tergolong dalam golongan ini. Ada orang Islam mengakui dirinya Islam tetapi tidak beramal dgn apa-apa yg diperintahkan di dalam al-Quran ataupun as-Sunnah. Tapi, kekal ingin digolongkan sebagai orang Islam. kalau dikatakan kafir mereka meradang! Ada yg akui dirinya Islam tetapi dia merasai tidak ada apa-apa yg bermanfaat dari mengerjakan tuntutan Islam spt bersolat, berpuasa, mengerjakan haji dan sebagainya. Malah menyusahkan sahaja. Kerana terpaksa solat 5 kali sehari, terkadang ketika dalam peak kesibukan manusia dgn dunianya - spt bermusyawarah dalam syarikat atau organisasinya, dia perlu bersolat Zohor dan 'Asar pula, terganggu musyawarahnya. Dia ada temu janji atau tamujanji untuk makan malam (dinner), namun dia perlu mengerjakan solat Maghrib yg pendek pula waktunya. Atau, dia perlu melayan tetamu atau pelanggan syrikatnya, namun dia perlu mengerjakan solat Isya'. Jika tidak dia sudah keletihan selepas majlis terebut, pulang ke rumah, untuk mengejakan solat Isyak pula. Ramai juga orang Islam yg mempersoalkan mengapakah perlu berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Mereka mencari jalan untuk tidak berpuasa pula. Dan demikianlah berbagai serta beranekanya tindaktanduk orang yg akui diri mereka Islam tetapi tidak bersetuju dgn apa yg diperintah meereka amalkan.
Saudara, seseorang yg membenci atau tidak menyukai salah satu drp peraturan yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) (contoh yg lazim dalam masyarakat Muslim Asia Tenggara adalah larangan mengerjakan bid'ah), maka rosaklah imannya atau keimanannya. Kerana dia tidak mencintai atau menyayangi Allah (a.w) atau tidak mengagungkan Allah (a.w), tuhannya. Sahnya ucapan syahadah adalah mengakui Allah (a.w) itu sahaja tuhan yg berhak disembah, maka wajib akur dan terima atau laksanakan ketetapanNya. Dan, Rasulallah (s.a.w) itu menyampaikan syiar Islam, maka wajib diikuti untuk melaksanakan perintah dan suruhan Allah (a.w), yg diwahyuykan kpdnya. Setiap yg akui dirinya Islam itu wajib mengasihi Allah (a.w) dan wajib mengagungkan Allah (a.w), adalah syarat sahnya ucapan atau sebutan 'lailaha ilallah' itu. Orang munafiq itu demikian, merasakan tidak ada untungnya jadi Islam, malah terasa menyusahkan pula.
Firman Allah (a.w): 'Zalika bi-annahum karihu ma anzalallahu, fa-ahbata 'amalahum.' (Yg bermaksud: Demikian itu (i.e. menolah ketetapan Allah (a.w) atau sesuatu dalam syariat Islam) krana mereka benci terhadap apa-apa yg diturunkan Allah (a.w), maka Allah (a.w) menghancurkan amalan mereka.') [Ayat 9, Surah Muhammad]
Saudara, cuba kita lihat beberapa contoh dalam perkara ini, iaitu, antaranya:
(a) Bencikan ayat-ayat Allah (a.w) dan hadith-hadith Nabi kerana orang sedemikian berpendapat bahawa ketetapan al-Quran atau as-Sunnah itu tidak sesuai dgn pemikirannya, atau dia menyokong fikiran atau pendirian atau pentakrifan tokoh-tokoh tertentu atau kerana fanatik mengikuti fahaman mazhab atau peneraju dan pendokong fahaman mazhab atau golongan atau aliran tertentu;
(b) Membenci aspek hukum yg mengatur keadaan atau perlakuan peridabi Muslim spt wanita berjilbab, kewajipan wanita keluar musafir dgn makhramnya, tidak bebas keluar rumah dan sebagainya;
(c) Membenci aspek hukum yg mengatur keadaan keluarga (ahwal syariah) spt lelaki itu mengatur urusan perempuan (wanita), kepimpinan dalam Islam mestilah lelaki, imam solat mestilah lelaki, dan Islam itu membolehkan poligami, walaupun tidak disukai oleh golongan wanita dan sebagainya;
(d) Membenci aspek hukum yg mengatur hubungan atau interaksi sosial dalam masyarakat (Ahwal ijtima'yah) spt larangan bergaul atau percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, dsbnya;
(e) Membenci aspek hukum yang mengatur bisnes dalam Islam (mu'amalat tijarati Islamiayah) mengenai isu riba sampai ada yg berpandangan atau berpendirian bahawa umat Islam itu mundur kerana sekataan-sekatan syariat dan peraturan Islam.
Justeru itu, mereka yg tergolong dalam golongan sedemikian itu, walapun lahiriahnya Islam namun sudah terkeluar dari Islam, menjadi kafir atau murtad.
Saudara, sebenarnya begitu ramai orang Islam yg tergolong dalam golongan ini. Maka tidak hairanlah 1,400 tahun dahulu Rasulallah (s.a.w) sudah peringatkan kita bahawa daripada 1,000 yg akui dirinya Islam kelak sampai akhir zaman, hanya seorang yg berjaya dapat syurga. Daripada 73 golongan umat Islam, hanya satu golongan saja yg berjaya dapat syurga. Golongan yg berjaya itu berpegang kpd as-Sunnah dan mereka anuti Islam secara berjema'ah. Yg selainnya adalah ahli nereka. Ramai orang Islam terjerumus keluar dari Islam kerana cakap-cakapnya dan kerana pendiriannya (ketetapan hati nuraninya). Maka tidak hairanlah apabila Rasulallah (s.a.w) memberitahu cubaan akhir zaman itu termasuklah cubaan atau fitnah yg menjadikan seorang yg iman ketika pagi, petangnya di menjadi kafir atau dia ketika petang beriman, tapi esok paginya menjadi kafir. Kafir kerana ucapan, perbuatan dan iktikad atau kepercayaannya yg tak sejajar dgn Islam ada dalam kalbunya atau hatinya.
Berjaga-jagalah dan perhatikanlah ucapan dan perlakuan kita, supaya kita terselamat dari menjadi kafir dan murtad. Kemurtadan kerana perkara-perkara yg sedemikian ini lebih bahaya dan lebih banyak daripad orang yg pergi ke gereja dan terus membuat pengistiharan bahawa dia mulai suatu masa atau saat keluar Islam! Hari ini orang Islam ramai membaca buku dan kitab karangan manusia, yg seringkali mengajarkan yg batil, kerana kepentingan strategik duniawi mereka. Mereka sebenarnya belumpun faham dgn sempurna Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah.
Untuk kepastian faham Islam dan syariatnya, wajib kita mengaji al-Quran dan al-Hadith secara berguru, dari guru yang faham. Jika belajar sendiri maka syaitanlah yg volunteer menjadi guru kita ...
Berjaga-jagalah dan perhatikanlah ucapan dan perlakuan kita, supaya kita terselamat dari menjadi kafir dan murtad. Kemurtadan kerana perkara-perkara yg sedemikian ini lebih bahaya dan lebih banyak daripad orang yg pergi ke gereja dan terus membuat pengistiharan bahawa dia mulai suatu masa atau saat keluar Islam! Hari ini orang Islam ramai membaca buku dan kitab karangan manusia, yg seringkali mengajarkan yg batil, kerana kepentingan strategik duniawi mereka. Mereka sebenarnya belumpun faham dgn sempurna Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah.
Untuk kepastian faham Islam dan syariatnya, wajib kita mengaji al-Quran dan al-Hadith secara berguru, dari guru yang faham. Jika belajar sendiri maka syaitanlah yg volunteer menjadi guru kita ...
Jazakallahu kahirah.
No comments:
Post a Comment