Assalamualaikum,
Saudara, tak lama dulu kita telah lihat beberapa post dalam blog ini menyentuh aurat wanita dan pakaian bagi lelaki Islam (i.e. orang iman). Kita mendapat tahu bahawa bagi wanita Islam, ketika bersolat dan ketika mengerjakan amal dan ibadah, malah setiap ketikapun, jika tidak menutup auratnya berdosa, kalau bersolat atau mengerjakan haji tidak menutup auratnya, batal solatnya dan hajinya! Begitu juga lelaki Islam. Kalau pakaiannya (i.e. bahagian bawah pakaiannya) menutup kedua-dua buku lalinya, maka batal wudu'nya, solatnya dan kalau dia mengerjakan haji, batal hajinya, kerana Allah (a.w) tak terima Tawafnya!
Saudara, solat kita hanya sah jika kita ada wudu'. Dan, wudu' kita itu sah kalau kita sebut kalimah 'Bismillah' ketika memulakan wudu' kita, i.e. ketika hendak membasuh anggota wudu' yg pertama iaitu muka atau ketika hendak membersihkan kedua tangan kita sampai ke pergelangannya dan kemudian berkumur sambil menghisap air ke dalam hidung, dan kemudian menghembuskannya air keluar dari hidung dan mulut serentah, iaitu sunat-sunat wudu'.
Dan, salah satu drp rukun haji itu adalah memakai ikhram kemudian Solat Sunat Ikhram dan berniat untuk haji ketika di Miqat. Dan, mengerjakan Tawaf, i.e. mengelilingi Ka'bah 7 pusingan (i.e. Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji). Ibadah Tawaf itu mewajibkan kita ada wudu'. Kalau wudu' kita tak sah maka pastilah pula Tawaf kita tak sah. Dan, kalau Tawaf kita tak sah, maka ibadah haji juga tak sah.
Saudara, mengapakah solat kita tak sah walhal kita berwudu' dan kita merasa pasti wudu' kita itu sah? Kecualilah, ketika kita berwudu' kita sebut 'Nawaitu ...' yg lazim dibaca ketika wudu', tanpa menyebut kalimah 'Bismillah'. Wudu' hanya sah kalau kita mulakan dgn menyebut kalimah 'Bismillah'. Justeru itu, kalau wudu' kita tak diterima Allah (a.w) dan solat kita juga tak diterima Allah (a.w) kerana sebab yg disebutkan dalam hadith berikut, maka solat kita tak guna dan umrah kita tak guna dan lebih utama, ibadah haji kita tak guna! Umrah tak guna kerana wudu' dan Tawaf kita tak diterima Allah (a.w). Demikian jugalah haji kita.
Saudara, mudah-mudahan saudara faham insyaAllah jadikan hadith di bawah ini panduan yg penting. Bagi tahu adik beradik, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan agar mereka tidaklah rugi kerana kejahilan atau kerana tidak mematuhi ketetapan Rasulallah (s.a.w) tersebut. [Nota: Ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa': Sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh dia telah mentaati Allah (a.w); Allah (a.w) wajibkan umat Islam akur dgn atau patuhi perintah Rasulallah (s.a.w) - Ayat 7, Surah al-Haysr: Apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil/terima, dan apa-apa yg ditegah/dilarangnya, hendaklah kamu jauhi/tinggalkan. Kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Jaffar hadith dari ‘Atak b Yassar hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Pada suatu ketika seorang lelaki bersolat (dan dia memanjangkan atau melabuhkan) bahagian bawah pakaiannya. Maka bersabda kepadanya Rasulallah (s.a.w): ‘Pergilah engkau! Maka wudu’lah (i.e. wudu' semula).’ Maka pergi dia maka berwudu’ dia, kemudian datang dia (ke tempat dia bersolat tadi). Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Pergilah! Dan wudu’lah (i.e. wudu'lah semula).’ Maka berkata kpd Rasulallah (s.a.w) seorang lelaki (yg lain): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Mengapa engkau memerintahkan bahawa wudu’ dia (semula)?’ Kemudian terdiam sebentar (Rasulallah (s.a.w)). Bersabda (Rasulallah (s.a.w): ‘Innahu kana yusalli wahua musbilun izarahu, wa-innallaha ta’ala la yaqbalu solata rajulin musbilin.’ (Yg bermaksud: ‘Sesungguhnya dia (lelaki) ada dia bersolat dan dia memanjangkan (atau melabuhkan) bahagian bawah pakaiannya. Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak menerima solat seorang lelaki yg memanjangkan (atau melabuhkan) pakaiannya.) [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian]
Saudara, apakah ketetapan hadith ini? Disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) menegur seorang yg sedang bersolat, menyuruh dia berwudu' semula, walhal dia sedang solat dan pastilah dia sudah ada wudu'! Adakah terbatal wudu'nya, dan Rasulallah (s.a.w) tahu yg wudu'nya sudah batal? Tidak. Sebabnya diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa dia ketika bersolat melabuhkan bahagian bawah pakaiannya (i.e. kain atau seluar atau jubah atau kain selainnya).
Saudara, jelaslah ketetapan Islam itu bahawa melabuhkan bahagian bawah pakaian bagi lelaki Islam adalah ditegah sama sekali. Kerana melabuhkan pakaian spt jubah atau kain pelekat atau seluar panjang ketika bersolat itu menyebabkan Allah (a.w) tidak menerima wudu' orang itu dan, lebih serius lagi, Allah (a.w) tidak terima solat orang tersebut! Jelaslah, ketika bersolat, seseorang yg berpakaian labuh - jubah atau kain atau seluar - Allah (a.w) tidak terima wudu'nya dan tak terima solatnya!

Bagaimanakah atau setakat manakah sesuatu pakaian lelaki Islam itu dikira labuh? Ini dijelaskan dalam hadith berikutnya. Bagi tujuan perbincangan kita setakat ini wajib diingatkan bahawa lelaki Islam yg melabuhkan pakaiannya ketika bersolat, tidak sah wudu'nmya, maka tidak sah atau tidak diterima solatnya. Jadi, bila bersolat, jangan pakai kain atau jubah atau seluar yg labuh - melebihi paras buku lali.
Saudara, apakah ketetapan hadith ini? Sama spt hadith di atas itu. Tetapi, lebih detail sedikit. Disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) menegur seorang yg sedang bersolat, menyuruh dia berwudu' semula, walhal dia sedang solat dan pastilah dia sudah ada wudu'! Adakah terbatal wudu'nya, dan Rasulallah (s.a.w) tahu yg wudu'nya sudah batal? Tidak. Sebabnya? Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa dia, ketika bersolat, melabuhkan bahagian bawah pakaiannya (i.e. kain atau seluar atau jubahnya).
Saudara, kalaulah Allah (a.w) tidak terima wudu' dan solat seorang lelaki yg memakai pakaian yg labuh, bagaimanakah kedudukan kita yg sekian lama memakai kain pelikat atau jubah atau seluar ketika bersolat lima waktu dan solat-solat sunat lain, ketika memakainya labuh? Jawabnya: Sia-sialah segala solat kita. Dulu, kita jahil. Kita belumpun diajarkan perkara ini. Hari ini, sekurang-kurangnya melalui post ini kita tau ketetapan Islam dalam perkara pakaian lelaki. Oleh itu, mulai sekarang janganlah bersolat dgn memakai kain atau seluar atau jubah yg labuh.

Kalau kita mengerjakan ibadah haji pula? Bagaimana? Kalau ikhram kita dilabuhkan atau kita sudahpun tahlul awal, justeru memakai pakaian biasa, kita Tawaf dgn seluar atau jubah atau kain yg labuh. Apa jadi? Tawaf kita tak sah kerana wudu' orang yg labuh pakaiannya terbatal dan tidak diterima Allah (a.w). Kalau begitu, Tawaf kita juga batal tidak diterima Allah (a.w). Dan, kalau begitu, ibadah haji kitapun tak sah dan tidak diterima Allah (a.w), wal iya zubillah. Ruginya kita semata-mata kerana perkara kecil ...
Jadi, hendaklah mulai dari sekarang kita akur. Pastikan pakaian kita ketika solat tidak dilabuhkan.
Saudara, had manakah pakaian bahagian bawah itu dikira labuh? Ini dijelskan dalam hadith berikut: iaitu bahagian bawah pakaian lelaki Islam itu tidak boleh melepasi atau melebihi kedua bukulali kaki, sebaiknya hendaklah setakat separauh betis. Tapi, kalau ketika berdiri, tidak menutupi kedua buku lali, maka kain atau jubah atau seluar kita itu sah dalam Islam. Ia tidak menjejaskan wudu' dan tak menjejaskan solat kita.
Diriwayatkan hadith dari ‘Alak b Abdilrahman hadith dari bapanya berkata: ‘Aku bertanya kpd Abi Said al-Khudri dari urusan pakaian, maka berkata Abi Said memberitahu: 'Atas orang yg pandai telah jatuh engkau! (yakni, maksudnya, 'Tepat pertanyaan engkau'). Telah bersabda Rasulallah (s.a.w) kpdnya: ‘Izaratul-muslimi ila nisfis-saqi wala haraja au la junaha fima bainahu wa-bainal ka’baini. Ma kana asfla minal-ka’baini fahua fin-nari. Man jarra izarahu bataran lam yanzurillahu ilahi.’ (Yg bermaksud: (Bahagian bawah) Pakaian orang Islam (lelaki) adalah setakat separuh betisnya dan tidak berdosa atau tidak mengapa di dalam apa-apa di antara betisnya dgn dua matakakinya (atau bukulainya). Apa-apa pakaiannya yg melebihi dari paras kedua matakaki (atau bukulalinya) maka dia di dalam neraka. Barangsiapa melondehkan (i.e. memanjangkan atau melabuhkan dgn sengaja) pakaiannya (melebihi dua matakaki atau buku lalinya) dia adalah menyombong (maka), tidak melihat Allah (a.w) kpdnya (di akhirat kelak)). Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian]

Hadith di atas ini menetapkan had bahagian bawah pakaian lelaki Islam atau panjangnya pakaian lelaki Islam itu. Pakaian lelaki Islam hendaklah sepanjang sampai separuh betis sahaja. Itu yg terbaik. Namun dibolehkan dipanjangkan atau dilabuhkan sedikit melebih separuh betis, asalkan tidak sampai ke paras dua buku lali atau tidak menutup kedua-dua buku lali, ketika berdiri. Kalau melebihi dua buku lali dia di kira orang yg sombong. Dan, Allah (a.w) membenci orang lelaki yg memanjangkan kain atau seluar atau jubah yg melampaui paras dua buku lali. Di ahirat kelak Allah (a.w) tidak mahu memandang ke arahnya! Di akhirat, mengikut hadith-hadith lain, Allah (a.w) hanya memandang kpd umatNya yg menjadi ahli syurga. Allah (a.w) takkan memandang kpd ahli neraka. Jadi, orang yg melabuhkan pakaiannya sampai menutupi buku lalinya, pasti menjadi penghuni syurga, walaupun dia orang kuat dan istiqamah beramal! Wal iya zubillah.
Saudara, hadith di atas menyebutkan bahawa Allah (a.w) tidak akan memandang kpd lelaki Islam yg melabuhkan bahagian bawah pakaiannya - jubah atau kain atau seluarnya - Bukan setakat ketika bersolat tetapi dalam keadaan atau ketika atau waktu manapun! jelasnya, lelaki Islam wajib memakai pakaian - selur atau jubah atau kain - setiap masa dan untuk setiap keadaan yg tidak melebihi kedua buku lalinya.
Saudara, berat akibatnya kalau kita lelaki Islam memakai pakaian yg labuh - yakni menutup kedua buku lali kita - bukan sahaja dari segi terbatalnya wudu' dansolat kita malah ibadah umrah dan haji kita, lebih serius lagi, kita secara otomatik menjadi calun neraka dan dihalang dari menjadi calun syurga! Wal iya zubillah. Tak ada untungnya kita melabuhkan kain atau jubah atau seluar, kala di akhirat kita teranianya! Kita boleh bertobat tak lakukan lagi, supaya kita smpat menjadi warga syurga di akhirat.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment