Tuesday, October 18, 2011

Ibadah Haji: Peringatan ...

Assalamualaikum,
Saudara, sudah hampir tanggal 5 November bersamaan 9 Zulhijjah, bilamana jema'ah haji akan bertolak ke Arafah untuk Wukuf di Arafah. Dalam beberapa post yg lalu, kita telah beritahu apakah perlakuan Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat ketika mengerjakan ibadah haji, kerana itulah as-Sunnah. Sesiapa yg mengerjakan haji tanpa berdasarkan ketetapan dan peraturan as-Sunnah, pastilah haji tidak sah. [Nota: Ramai orang pertikaikan rumusan ini, kerana katanya, dibolehkan lakukan sesuartu kerana tuntutan persekitaran atau zaman. Pendapat ini sebenarnya jauh dari benar, malah suatu kesesatan. Syariat Islam mengenai semua bentuk ibadah dan amalan, cara dan kaedah beramal dan beribadah sudah ditetapkan oleh al-Quran dan as-sunnah. Oleh itu janganlah kita terpengaruh dgn caka-cakap atau nasihat orang yg tidak ada asas ilmu mengenainya dalam al-Quran dan as-Sunnah).
Saudara, semua yg diberi kesempatan menunaikan ibadah haji tahun ini (2011 atau 1432) menharapkan mendapat darjat 'Haji Mabrur', kerana ganjaran pahala haji mabrur itu hanyalah syurga! Tapi, jika cara dan kaedah mengerjakan haji itu tidak sejajar dgn as-Sunnah, maka mana mungkin haji itu mendatangkan haji mabrur. malah haji itu sendiri tidk sah. Apakah perkara-perkara yg menjadikan haji kita itu batal dan batil atau tidak sah? Antaranya, adalah sperti berikut: pertama, ketika hendak mengenakan ikhram, kita disuruh mandi junub atau jenabah dahulu, kemudian kita pergi ke Miqat. Disanalah kita bersolat dua rakaat Solat Sunat Ikhram, kemudian mengenakan ikhram dan menzahirkan nita haji, iaitu 'Labbaika, Allahumma Hajjan'. kalau lafaz niat kita berlainan, maka kita tidak mencontohi Rasulallah (s.a.w), walhal Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Khuzu anni manasikakum' (Yg bermaksud: Ambillah drpku cara atau peraturan mengerjakan haji kamu). Kedua, ketika Wukuf di Arafah - waktu Wukuf ketika tergelincir matahari (i.e. masuk waktu Zohor) sampai terbenam matahari (i.e. masuk waktu Maghrib). Di Arafah kita mengerjakan Solat Zohor dan Solat 'Asar jama' takdim qasar (i.e. dipendekkan rakaatnya - rakaat Slat Zohor dan Solat 'Asar dibuat dua-dua rakaat). Seringkali mutawif menyurh kita bersolat secara berjema'ah tetapi jama' takdirm tamam (i.e. sempurna empat-empat rakaat)! Suatu yg lari drp ketetapan as-Sunnah. Ketiga, setelah terbenam matahari kita hendaklah bertolak meninggalkan Arafah ke Muzdalifah untuk Mabit (= tidur sekejap di Muzdalifah setelah mengumpul anak-anak batu untuk lontaran di jamrah kelak di Mina). Kita hendaklah bersolat Solat Maghrib dan Solat Isya' jama' takhir qasar pula. Kesilapan kita adalah mensolatkan kedua-dua solat tersebut di Arafah dan dibuat secara jama' takdim (i.e. waktu Maghrib) tamam , yakni dibuat Maghrib 3 rakaat dan Isya' 4 rakaat! Ada dua kesilapan di sini. Keempat, ketika di Muzdalifah, hendaklah kita mengerjakan Solat Subuh di Muzdalifah dan keluar dari Muzdalifah ke Mina sebelum terbit matahari. Kelima, setelah kita keluar dari Muazdalifah menuju Mina sebelum terbit matahari pada awal pagi 10 Zulhijjah. Di Mina kita melontar Jamrah Aqabah (= Jamrah Akbar) dalam waktu Duha dan hendaklah tidak lewat drp tergelincirnya matahari (i.e. masuk waktu Zohor). Biasanya, mutawaif menasihatkan jema'ah haji supaya cari waktu yg selesa untuk melontar, biasanya ketika lewat petang atau awal malam. Ini menyalahi peraturan as-Sunnah! Keenam, ketika berada di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, kta hendaklah melontar ketiga-tiga jamrah - Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah - ketika telah tergelincir matahari (i.e. masuk waktu Zohor) dan tamat tempoh melemparnya ketika terbenam matahari (i.e. masuk waktu Maghrib). Sekali lagi para mutawqif akan nasihatkan kita supaya cari waktu dan ketikanya yg lapang supaya tidak bersesak-sesak melempat. Biasanya dinasihatkan buat waktu lewat malam! Sekali lagi menyalahi ketetapan peraturan as-Sunnah.Ketujuh, ada jema'ah yg ingin mempercepatkan bertahlul - Tahlul Akhir/Thani - maka mereka akan mengerjakan Nafar Awal (= meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah), pergi ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Ifadah (= Tawaf Haji). Baik, tidak ditegah. Tapi, jema'ah haji yg ingin kerjakan Nafar Awal adalah disyaratkan supaya keluar dari Mina pada 12 ulhijjah itu sebelum masuk waktu 'Asar. Tidak sah Nafar Awal kalau keluar dari Mina setelah masuk waktu 'Asar!Jika demikian, wajib tinggal semalam lagi di Mina untuk melontar ketiga-tiga jamrah pada 13 Zulhijjah, barulah boleh keluar dari Mina (pada bila-bila masa).
Saudara, demikianlah secara rengkas kesalahanyg fundamental dilakukan oleh jema'ah haji kerana kejahilan mereka tentang 'manasik haji' (= Peraturan pekerjaan haji). kalau tak sejajar dgn mansik yg ditetapkan dalam as-Sunnah, maka batallah haji tersebut. 
Mudah-mudahan saudara yg berkesempatan menunaikan haji, wajiblah mengilmukan diri secukupnya tentang peraturan haji itu berdasarkan keettapan as-Sunnah. hanya, dgn demikian, ada kemungkinan mendapat haji mabru berdasarkan niat dan kesempurnaan cara dan kaedah mengerjakan rukun-rukun qalbi, qauli dan fe'linya, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment