Tuesday, October 4, 2011

Pandangan Penceramah TV9: Tajuk 'Penyakit Hati'

Assalamualaikum,
Saudara, penulis ingin merujuk kembali kpd tulisan dalam satu post yg lalu tentang apakah kenyataan  imam mazhab yg empat bersabit dgn kitab-kitab karangannya atau pendapat mereka tentang beberapa ketetapan as-Sunnah. [Nota: Ulama' yg dikatakan pengasas mazhab adalah Imam asy-Syafie (Mazhab Shafie), Imam Ahmad ibni Hanbal (Mazhab Hanbali), Imam Malik (Mazhab Maliki) dan Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi).
Pagi ini dalam ruangan Tanyalah ustaz seorang penceramah telah menyebutkan beberapa perkara tentang ajaran Imam as-Syafie, atau lebih tepat ajaran Mazhab asy-Syafie tentang beberapa isu, antaranya: pertama, jika suami dan isteri bersentuhan tanpa lapik ketika masih ada wudu' akan batal wudu'nya. katanya itulah ketetapan Mazhab asy-Syafie. Katanya, ada mazhab yg tidak menyatakan perkara itu membatalkan wudu'. Beliau memberi alasan dgn merujuk kpd ayat al-Quran yg menyebutkan bahawa wudu' itu batal dgn menyebut kalimah 'lamastumun-nisa' yg bererti 'menyentuh perempuan'. Katanya wujud perbezaan di kalangan fahaman mazhab tentang isu 'sentuh' ini. Mazhab asy-Syafie kata batal, manakala fahama Mazhab Maliki dan Hanafi tak batal wudu'. Sebenarnya bagaimana? Bagi mereka yg mengaji al-Quran dan as-Sunnah, tanpa melihat kpd pendapat fahaman mazhab, jelas bahawa kalimah 'lamastumun-nisa' itu adalah bermaksud 'menyentuh perempuan melalui persetubuhan' bukan sentuhan biasa. Allah (a.w) menggunakan bahasa halus untuk merujuk kpd persetubuhan antara suami dan isteri, maka kerana itu batal wudu' kedua-duanya. ' Kedua, kitanya suatu masa Imam asy-Syafie bersolat di atas (?) kubur Imam Abu Hanifah (yg dikatakan mengasaskan Mazhab Hanafi, yg tidak membaca Doa Qunut ketika Solat Subuh) . Dalam Solat Subuh, Imam asy-Syafie tidak membaca Doa Qunut, katanya, kerana menghormati Imam Abu Hanifah yg berpandangan bahawa tiada Doa Qunut dalam Solat Subuh. [Nota: Sebagai seorang ulama' besar, mungkinkan Imam as-Syafie bersolat di atas kubur? Dan, beliau melakukan sesuatu yg bersfat syariat semata-mata kerana menghormati seorang ulama'? Syariat Islam itu adalah ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (sa.w), tidaklah berubah mengikut keadaan atau situasi. Apa lagi diubah kerana manusia walhal Allah (a.w) dan RasulNya berhak atas segala sesuatu mengenai ketetapan Islam? Mudah-mudahan penceramah itu mempunyai asas atau dalil yg haq dalam memberi pandangan sedemikian itu, agar dia tidaklah mengasaskan pendapatnya atas tulisan manusia dalam mana-mana kitab atau buku!]. Dan ada beberapa perkara lain.
Saudara, dalam perkara Doa Qunut ini kita telahpun lihat penjelasan yg lengkap mengenai isu ini dalam post-post yg lalu. Rengkasnya, jika kita teliti as-Sunnah, kita akan ketahui bahawa Rasulallah (s.a.w) pernah selama sebulan mengamalkan membaca Doa Qunut Nazilah pada setiap solat lima waktu pada rakaat terakhir selepas bangun dari Rukuk sebelum turun untuk Sujud. Jadi, Doa Qunut Nazilah ini dibaca setiap waktu solat, bukan setakat ketika Solat Subuh sahaja. Doa Qunut Nazilah itu mendoakan mala petaka dan kehancuran kpd Allah (a.w) kpd penduduk empat perkampungan Arab zaman Rasulallah (s.a.w) yg telah membinuh 69 orang ualama' (mubaligh) yg dihantarkan untuk mengajarkan penduduk perkampungan tersebut syariat Islam. Mereka itu adalah golongan munafiq. Mereka membunuh 69 drp serombongan 70 ulama' yg diutus Rasulallah (s.a.w). Secara khususnya, Rasulallah (s.a.w) tidak pernah membaca Doa Qunut (yg kita baca sekarang ini) dalam Solat Subuh.Malahan, kalimah Doa Qunut yg kita baca sekarang dalam Solat Subuh itu adalah kalimah Doa Qunut yg Rasulallah (s.a.w) suruh cucunya Hussein baca dalam Solat Witir bermula malam 15 Ramadhan, pada rakaat terakhirnya (kalau Witir itu tiga rakaat). 
Saudara, dalam beberapa post yg telah kita lihat beberapa hari terdahulu, kita telah bicarakan ada 10 situasi atau keyakinan yg menyebabkan kita terkeluar dari Islam atau menjadi Murtad atau menjadi kafir. Sepuluh ini adalah sebahagian situasi atau perbuatan atau keyakinan yg utama menjerumuskan kita keluar dari Islam. Antara, yg disebutkan adalah kita memoprsoalkan keettapan al-Quran dan as-Sunnah. Atau, satu lagi kita mengadakan apa-apa yg tiada dalam ketetapan Islam. Antaranya, mengamalkan bid'ah atau membuat penambahan atau pembaharuan kpd ketetapan syariat Islam.
Maka dgn itulah, kita wajib berhati-bati dan berwaspada. Kita hanya terpandu dan tidak tergelincir kalau kita belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan tidak mengenali Islam dan syariatnya dgn merujuk kpd kitab-kitab atau buku-buku karangan mansusia. Kalau kita tidak belajar dan faham ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kita cari jalan pintas mengenali Islam dan syariatnya melalui kitab-kitab atau buku-buyku sedemikian, kita pasti terlanjur dan tergelincir. Yg tidak menggelincirkan kita dalam mengenali ugama Islam dan syariatnya dan kita pasti terpandu dgn selamat mencari 'siratul mustaqim' - jalan lurus mendapatkan syurga itu hanyalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan panduan al-Quran dan s-Sunnah sahaja. Inilah pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima kitabbalahi wa-sunnat nabiyihi' (Yg bermaksud: Aku tinggalkan dua perkara di tengah-tengah kamu sekelian, yag kamu sekelian tidak akan sesat selama-lamanya selama kamu sekelian berpegang teguh pada dua perkara itu, ialah Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith). [Hadith Malik dalam Kitab Muatok]
Saudara, kalau kita berpandukan ilmu dan anduan selain al-Quran dan as-Sunnah, kita pasti sesat - tak sesat sekarang akan sesat suatu hari, namun pasti sesat. Yg tidak sesat sebagaimana yg dijanjikan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itu, sesiapa yg berpandukan lain-lain panduan, spt kitab dan buku karangan, memang pasti sesat, kerana belum tentu pengarang buku atau kitab tersebut benar-benar faham Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah.
Hari ini, kta boleh lihat berapa ramaikan orang Islam yg mempelajari al-Quran. Lebih-lebih lagi berapa ramaikan orang Islam yg belajar as-Sunnah atau al-Hadith? Aatau, berapa ramaikan para ilmuwan atau ulama' yg khatam Kuttubul Sittah? Berapa ramaikan para ilmuwan atau ulama' yg mengajarkan al-Quran dan as-Sunnah? Kelemahan Islam dan berkecamuknya Islam hari ini kerana ramai orang yg akui bijak dan pandai, menggunkan 'kebijaksanaannya' mengajarkan Islam dan syariatnya kpd umat Islam yg memangpun tebal kejahilan mereka tentang al-Quran dan as-Sunnah, tanpa benar-benar faham al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita 1,400 tahun yg lalu bahawa di akhir zaman kelak akan ramai orang yg mengakui diri mereka berilmu, menulis kitab dan buku, menegnai Islam semata-mata atas persangkaan tanpa panduan al-Quran dan as-Sunnah, maka mereka sesat dan mereka pula menyesatkan orang lain. Zaman itu umat Islam sudah tidak utamakan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu, hendaklah kita berjaga-jaga kerana begitu banyaknya keadaan dan situasi yg menjuruskan kita kpd terkeluar dari Islam, menjadi murtad dan menjadi kafir, wal iya zubillah. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa di akhir zaman kelak untuk benar-benar terpandu dgn al-Quran dan as-Sunnah seumpama kita terpaksa menggenggam bara api! Kerana ramai orang Islam yg telahpun meninggalkan al-Quran dan berpandukan manusia dalam menjalani kehidupan berugama!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment