Tuesday, October 4, 2011

Pandangan Penceramah TV9: Tajuk ... (Samb.)

Assalamualaikum
Saudara, dalam tulisan sebelum ini penulis sebutkan kata-kata peringatan para imam yg dikatakan pengasas fahaman kemazhaban. Tapi, terlupa nak dimasukkan. Justeru itu, dalam post ini, kerana penceramah TV9 (pagi ini - 4 Oktober 2011) tersebut, menyebut tentang ajaran Mazhab asy-Syafie yg katanya dikritik oleh orang tentang, khususnya, perkara membatalkan wudu' kerana persentuhan kulit lelaki (suami) dan perempuan (isteri), dan amalan membaca Doa Qunut ketika bersolat Solat Subuh. Dalam post yg lalu itu kita telah jelaskan.
Dalam post yg lalu kita juga telah petik kata-kata amanat 4 imam yg dikatakan mengasaskan fahaman mazhab, termasuk kata-kata amanat Imam asy-Syafie. Wajib diperingatkan bahawa keempat-empat imam tersebut adalah juga Ulama' Muhadithin - pengumpul hadith dan guru yg mengajarkan Islam dan syariatnya kpd pengikut-pengikut mereka berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu tidak mungkin mereka mengajarkan sesuatu yg Rasulallah (s.a.w) tidak ajarkan atau mengatakan sesuatu yg tiada dalam as-Sunnah. Kalaulah ada, kata mereka, maka mereka menyuruh pengikut-pengikut mereka supaya tolak atau batalkan ajarannya, sekiranya ajarannya itu bertentangan dgn atau menyalahi ketetapan as-Sunnah apabila ditemui hadith sahih yg berlainan drp apa yg mereka ajarkan.
Saudara, kita lihat kata-kata peringatan Imam asy-Syafie berikut:
1.  Imam as-Syafie berkata: ‘Setiap masalah itu jika di dalamnya terdapat hadith sahih dari Rasulallah (s.a.w) menurut para pakar hadith, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk (yakni, tarik balik) di dalam hidupku dan setelah aku mati.’ [al-Hilyah 9/107, al-Harawi 4/71]

2.   Imam as-Syafie juga berkata: ‘Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadith yang sahih yang diriwayatkan dari Rasulallah (s.a.w) menyanggahi pendapatku, maka hadith itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku (i.e. ikutilah ketetapan hadith itu).’ [al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala 10/34,Beirut, Muassasah al-Risalah]

3. Juga Imam asy-Syafie berkata: 'Setiap hadith daripada Rasulallah (s.a.w) adalah pendapatku sekalipun kamu tidak mendengarnya dariku.' [al-Zahabi, Syiar Alam al-Nubala 10/35]

   Katanya lagi: ‘Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya suatu sunnah daripada Rasulallah (s.a.w), maka tidak boleh meninggalkannya (i.e. menolak sunnah itu) kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.’[ibnu Qaiyim al-Jauziah, ‘iilam al-Muaqqi’in 2/263]

4.  Katanya lagi: ‘Setiap perkara yang telah aku perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama’ hadith daripada Nabi (s.a.w), maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas matiku.’ [ibnu-Qaiyim al-Jauziah, ‘iilam al-Muaqqi’in 2/266]

5.  Katanya lagi: ‘Apabila sahihnya sesuatu hadith maka itulah mazhabku.’ [al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala, 10/35]

Saudara, jelas dalam kata-kata Imam asy-Syafie itu beliau tidak sekali ingin mengajarkan sesuatu mengenai Islam dan syariatnya, yg bertentangan dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w). Malah beliau mengakui bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah gurunya dan ajaran Rasulallah (s.a.w) adalah dasar mazhabnya. Malah as-Sunnah adalah mazhab beliau.
Sebenarnya begitulah sepatutnya. Dalam Islam tiada perkumpulan atau kemazhaban. Yg ada adalah ajaran Rasulallah (s.a.w).Dan itu sajalah ajaran yg benar.
Saudara, kita petik berikut apa komen ulama' kini yg tersohor mengenai perkara ini, iaitu kata-kata Yusuf al-Qardawi pada tahun 1991 yg kekal valid sehingga hari ini:
   ‘Sikap taksub mazhab fiqh begitu kuat dalam masyarakat kita, sehingga mereka enggan melihat pandangan-pandangan luar mazhab mereka yg mungkin lebih kukuh dan bermanfaat. Kelompok ugama jenis ini hanya berusaha agar pengikutnya tidak sekalipun terpaksa, menolak dalil yg sahih.... Golongan yg taksub ini tidak membolehkan sesiapa yg mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya (i.e. dari mazhab ikutannya), sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian (pegangan dalam ugama). Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yg tidak diwajibkan oleh Allah (a.w). Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syariat dan perkataan mereka adalah hujjah syarak yg dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajaran imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka (imam mazhab) telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabat dan mereka yang selepas sahabat sepanjang kurun-kurun yg awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi (s.a.w). Justeru itu, para ulama’ besar umat ini dan para muhaqqiqnya membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yg menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab (i.e. Yahudi dan Nesrani) yang mengambil padri dan pendita (i.e ilmuwan, yakni ulama’) mereka sebagai tuhan selain Allah (a.w).’ [al-Sahwat al-Islamiat bainal-Masyruk wa al-Tawarru’ al-Tafarru’ al-Mazdhum, m.s 202, Kahirah, Darel-Sahwat (1991)].
Oleh itu janganlah kita keliru dalam Islam dan dalam memahami syiar Islam. Maka dgn itulah kita wajib mengaji dan mempelajari Islam dan syariatnya supaya kita faham Islam dan syariatnya yg haq dan dgn itu kita bebar-benar beramal dan beribadah dgn benar dan tidaklah kita tergolong di kalangan 10 golongan atau kefahaman atau keyakinan yg menjerumuskan kita terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau menjadi kafir kerana kejahilan kita.
Saudara, kita hanya akan faham Islam dan syariatnya yg haq dgn ilmu - iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Imam asy-Syafie adalah ulama' tersohor yg faham Islam.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment