Assalamualaikum,
Saudara, tak lama lagi kita akan menjumpai bulan Zulhijjah, bulan umat Islam akan ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji, rukun Islam terakhir. Kita telahpun tahu beberapa ketetapan syariat Islam mengenai ibadah haji; iaitu: pertama, menunaikan ibadah haji itu adalah suatu kewajipan bagi mereka yg mempunyai kemampuan mengadakan perjalanan ke Mekah dan mengadakan sara hidup keluarga yg ditinggalkan sepanjang tempoh mengerjakan haji itu. Kedua, ibadah haji itu hendaklah disegerakan dikerjakan apakala sudah mampu. Ketiga, orang yg berkemampuan, yg tidak mengerjakan hajinya, ditakdirkan sampai ajalnya, maka mati dia seolah-olah mati dalam keadaan jahiliah (= kafir), yakni pasti masuk neraka. Keempat, bagi mereka yg kuat dan mampu (fisikal/jesmani dan kuat mentalnya/azamnya) sebaik-baiknya adalah mengerjakan haji masyian (i.e. dgn berjalan kaki) - dari Mekah ke Arafah, Muzdalifah, Mina dan kembali semula ke Mekah, mendapat ganjaran pahala yg banyak, iaitu seolah-olah mengerjakan 70 kali haji. Kelima, pada 10 Zulhijjah selepas selesai Solat Aidil Adha menyembelih kurban (i.e. dam yg dikenakan atau kurban lazim, kalaupun tidak dikenakan dam).
Saudara,
bulan Zulhijjah itu adalah juga bulan kurban yg wajib dibuat oleh orang Islam yg diberi Allah (a.w) rezki atau keluasan sumber untuk mengerjakan kurban yg disembelih selepas Solat Aidil Adha [Nota: Hari-hari kurban itu adalah selama tiga hari selepas Aidil Adha, tamat ketika masuk waktu 'Asar pada 13 Zulhijjah]. Justeru itu, bagi kita yg tidak berada di Mekah kerana menunaikan haji, ada tiga amalan utama dalam bulan Zulhijjah; iaitu: pertama, berpuasa sunat pada 9 Zulhijjah - hari jema'ah Haji Wukuf di Arafah - Puasa Arafah; kedua, solat Aidil Adha pada pagi 10 Zulhijjah; dan ketiga, menyembelih kurban selepas solat pada 10 Zulhijjah. Adalah diperingatkan bahawa sesiapa yg akan menyembelih kurban/mengerjakan kurban, disunatkan dia mulai 1 Zulhijjah tidak memotong kuku dan mencukur bulu sehinggalah selesai Solat Aidil Adha.
Saudara, syariat menyembelih kurban dan Solat Aidil Adha itu disebutkan dalam Surah al-Kauthar berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Inna ‘atainakal-kauthar @ Fasolli li-rabbika wan-har @ Inna syaniaka hual abtaru.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya Kami (allah (a.w) telah memberi Kami kpd kamu (Muhammad (s.a.w) telaga al-Kauthar @ Maka solatlah (i.e. solat Aidil Adha) kerana Tuhan kamu dan menyembelihlah kurban @ Sesungguhnya orang–orang yg membenci kamu (Muhammad (s.a.w)) dia (adalah) orang yg terputus (i.e. terputus kebaikannya dan tidak mendapat rahmat Allah (a.w)). [Surah al-Kauthar]
Saudara, ada beberapa ketetapan Islam dalam surah ini, iaitu: pertama, pada Ayat Pertama, Allah (a.w) memberitahu Nabi Muhammad (s.a.w) (serta umat Islam dan manusia sejagat) bahawa Rasulallah (s.a.w) dianugerahkan oleh Allah (a.w) sebuah telaga yg dinamakan Telaga al-Kauthar di akhirat kelak. Ketika manusia berhimpun di padang mahsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan masing-masing, mereka akan kehausan hendak minum. Maka diceritakan dalam al-Hadith bahawa umat Muhammad (s.a.w), yakni yg menerima syariat agama Islam mengikut spesifikasi as-Sunnah, mulai zaman beliau sehinggalah kiamat dunia, akan diberi peluang untuk minum airnya. Sesiapa yg minum airnya tidak akan merasa dahaga sepanjang masa perhimpunan di padang makhsyar tersebut, yg lamanya adalah selama 50,000 tahun kiraan tahun akhirat, bilamana sehari adalah bersamaan dgn 1,000 tahun kiraan waktu dunia. Ketika itu bumi adalah hamparan tembaga dan matahari didekatkan ke atas kepala manusia. Pada masa itu bergantung kpd prestasi umat Islam, mereka akan berpeluh dan ada yg peluhnya sampai menghapuskan badannya sampai ke hidung, maka ada yg lemas ketika menunggu itu. Ada yg penuhnya sampai ke tahap kaki atau peha atau perut dan seumpamnya. Kedua, dalam Ayat ke-2, Allah (a.w) perintahkan umat Islam supaya mengerjakan Solat Aidil Adha dan menyembelih kurban. Jelaslah dua ibadah berganding diperintahkan oleh Ayat ke-2 itu. [Nota: Di dalam hadith disebutkan bahawa air telaga al-Kauthar itu lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu]. Ketiga, Allah (a.w) memberitahu Rasulallah (s.a.w) bahawa sesiapa yg membenci Rasulallah (s.a.w) - yakni tidak ikuti Islam dan, kalau Islam, tidak akur dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - terputus hubungan dgn Rasulallah (s.a.w). 'Terputus' maksudnya mereka tidak mengikuti syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan mereka tidak diakui oleh Allah (a.w) umat Muhammad (s.a.w), maka tidak akan mendapat kerahmatan Allah (a.w). Justeru itu, mereka sudah pasti tergolong diantara orang-orang yg menjadi penghuni neraka, i.e. tidak akan mendapat syurga.
Saudara, disebutkan dalam beberapa hadith bahawa di padang makhsyar kelak akan ramailah umat yg akui mereka Islam dan mengikuti syariat agama Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) menghampiri Telaga al-Kauthar itu untuk minum dan melepaskan kehausan mereka. Tetapi, segolongan umat Islam tersebut tidak dibenarkan oleh malaikat yg menjaga menghampirinya dan untuk minum airnya. Apabila diprotes oleh Rasulallah (s.a.w) yg menyatakan mereka itu adalah tergolong dikalangan umat beliau, diberitahu oleh malaikat tersebut, bahawa mereka itu bukanlah umatnya, walaupun mereka Islam dan hidup di dunia zaman Rasulallah (s.a.w) atau zaman selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w). Kerana, malaikat memberitahu Rasulallah (s.a.w) bahawa mereka itu bukan tergolong dalam umat beliau kerana mereka telah mengubah syariat Islam yg beliau sampaikan setelah beliau wafat dgn membuat pembaharuan dan penambahan atau penyesuaian terhadap ketetapan syariat Islam tersebut! Saudara, majoriti umat Islam tidak akan diberi kesempatan minum air Telaga al-Kauthar tersebut kelak, kerana mereka tidak lagi berpandukan dan beramalkan atas ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi mencampuradukkan dgn ketetapan manusia dan sudah mengubah syiar Islam yg hak menjadi tercemar.
Saudara, apakah pengajaran yg kita dapati? Pertama ibadah Solat Aidil Fitri itu adalah termasuk dalam syariat Islam. Kedua, ibadah menyebelih kurban itu juga satu syariat Islam. Ketiga, sesiapa yg mengubah syariat Islam mereka tergolong orang yg menolak atau membenci Rasulallah (s.a.w). Maka mereka terkeluar dari mereka yg digolongkan sebagai umat Muhammad (s.a.w). Mereka ditegah menghampiri telaga al-Kauthar dan dilarang minum airnya, dan setelah sempurna hisaban kelak, mereka masuk ke dalam neraka.
Oleh itu berwaspadalah. Kita masih ada masa untuk meneliti keimanan kita, amalan dan ibadah kita dgn berpandukan ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Wajarlah kita semak amalan dan ibadah kita sama ada menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kerana jika tidak, kita termasuk dalam kalangan mereka yg tersisih dari syariat Rasulallah (s.a.w).
Oleh itu berwaspadalah. Kita masih ada masa untuk meneliti keimanan kita, amalan dan ibadah kita dgn berpandukan ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Wajarlah kita semak amalan dan ibadah kita sama ada menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kerana jika tidak, kita termasuk dalam kalangan mereka yg tersisih dari syariat Rasulallah (s.a.w).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment