Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita teliti cara dan kaedah menyembelih haiwan kurban ituberdasarkan ketetapan as-Sunnah. Sebenarnya tidak ada bezanya menyemblih ternakan/haiwan untuk makanan seharian, kenduri ataupun untuk tujuan ibadah kurban. Yg membezakan ibadah kurban dgn ibadah selainnya yg melibatkan haiwan, adalah syarat-syarat atau sifat-sifat atau ciri-ciri yg ditetapkan oleh Islam atau al-Snnah atau seperti yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Biasanya, seseorang Islam itu menyembelih haiwan halal untuk dimakan dgn membaca kalimah 'Bismillah' bukannya 'Basmalah' (= Bismillahir-rahmanir- rahim' ) dan ditambah dgn kalimah 'Allahu Akbar', iaitu memuji dan mengagungkan Allah (a.w), yg memberikan kita rezki. Namun, terkadang telah menjadi kelaziman di dalam masyarakat Melayu, yg suka menambah kpd kalimah-kalimah yg ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) mengikut ketetapan as-Sunnah. Ini berlaku dalam upacara menyembelih ternakan dalam keadaan biasa dan ketika menyembelihnya untuk ibadah kurban. Dalam post ini kita seringkali maklumkan bahawa syariat Islam itu adalah apa yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, yakni sebagaimana yg dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Manusia, walau sebijakmanapun, tidak sekali-kali diberi kuasa untuk mengubah atau menokok tambah kpd syariat Islam - bentuk-bentuk amalan, kaedah dan cara beramal dan beribadah!, termasuklah menyentuh rukun qaulinya (bacaan dan sebutan), rukun fe'linya (cara dan kaedah dikerjakan, spt pergerakan dalam solat), dan rukun qalbinya (niat dan tujuan).
Saudara, dalam perkara kurban, kita teliti ketetapan mengenai cara dan kaedah menyembelih kurban.
(a) Menyembelih dgn baik
Saudara, dalam hadith berikut disebutkan bahawa dalam menyebelih haiwan untuk makanan, khususnya untuk kurban itu, hendaklah kita sekali-kali jangan menganianya haiwan yg disembelih. Contohnya: hendaklah kita percepatkan prosesnya dan hendaklah kita menggunakan pisau atau alat sembelihan yg benar-benar tajam, supaya pasti segera haiwan yg disembelih itu mati secepatnya.
Diriwayatkan hadith dari Syadad b Ausin berkata: ‘Dua hadith yg aku hafal akan dia dari Rasulallah (s.a.w): ‘Sesunggguhnya Allah (a.w) mewajibkan atas setiap sesuatu, maka ketika membunuh kamu, maka memperbaikilah pembunuhan kamu, dan ketika menyembelih kamu, maka memperbaiki penyembelihan kamu, supaya mengistirehatkan haiwan sembelihan kamu.’ [Hadith Muslim di dalam Said wa-Zabaiha]
[Nota: Sunnah menajamkan pisau dan mempercepatkan sembelihan supaya meringankan siksaan terhadap haiwan yg disembelih.]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa dalam apa jua perlakuan dan perbuatan kita, termasuk dalam urusan penyembelihan, hendaklah kita menyembelih dgn efektif lagi efisyen, menggunakan pisau atau alat sembeliahan yg tajam supaya tidak lama haiwan yg disembelih itu menaggung kesakitannya.
(b) Bacaan ketika Menyembelih
Saudara, dalam hadith berikut, kita diberitahu bagaimana menyebelih kurban (atau penyembelihan biasa sekalipin). Di dalam hadith-hadith lain diperincikan kaedahnya, iaitu hendaklah haiwan itu dibaringkan dgn kakinya mengarah kiblat, kepalanya arah utara dan ekornya ke arah selatan. Kemudian, hendaklah dipegang dgn kemas haiwan tersebut, ketika hendak disembelih.
Disebutkan dalam hadith ini bacaan yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu membaca 'Bismillah' dan kemudian 'Allahu Akbar'. Dan, kerana kurban itu dibuat oleh seseorang atau sekumpulan yg tertentu, jika berkongsi, hendaklah ditambah 'Haza min ahli' (untuk keluarga, i.e. orang-orang yg berkongsi ternakan kurban itu). Tidak ada bacaan atau kalimah-kalimah lain, termasuklah kalimah selawat atas Nabi (s.a.w) spt menyebut 'Allumma solli 'ala Muhammad (s.a.w) ...' dan sebagainya.
Diriwayatkan hadith dari Anas (b Malik) berkata: ‘Menyembelih Nabi (s.a.w) dgn dua kambing (kibas) yg gemuk, bertanduk, menyembelih dia dgn tangannya, dan ‘wa-samma’ (membaca Bismillah) dan ‘wa-kabbara’ (bertakbir = membaca Allahu Akbar), dan meletakkan kakinya atas perut sembelihannya.’ [Hadith Bukhari, Kitab Haiwan Sembelihan]
[Nota: Ketika menyebelih hendaklah dibaca ‘Bismillah, Allahu Akbar’ dan jika ditambah ‘’an baiti a’ hlil baiti. Takda kalimah-kalimah lain. Dan bacaan dalam Bahasa Arab. Selain itu adalah lebih afdhal jika yg berkurban itu juga menyembelih haiwan kurbannya sendiri.]
Saudara, demikianlah proses dan prosidur menyembelih kurban. Daging kurbban itu bolehlah diagih-agihkan kpd orang-orang yg dhaif (faqir dan miskin dsbnya). Yg menyembelih boleh mengambil daging yg dikurbankannya dan memasaknya untuk menjamu jiran tetangga atau merka yg faqir dan miskin dan anak yatim. Kerana, sedekah itu lebih afdhal jika dikongsi bersama dgn mereka yg dhaif dikalangan kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment