Monday, October 17, 2011

Ibadah Kurban: Haiwan yg Tidak Dibolehkan

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat dalam post sebelum ini syarat-syarat bagi haiwan atau ternakan yg sesuai untuk dijadikan haiwan kurban yg kita akan sembelih selepas Solat Aidil Adha - 10 Zlhijjah - dan juga apakah atau setakat manakah kecacatan anggota haiwan tersebut yg dibolehkan menjadikan ianya sah dijadikan sembelihan kurban. Dalam post ini kita lihat pula apakah syarat berkongsian membeli/menyembelih haiwan kurban, jika kita berseorangan tidak mampu mengerjakan ibadah kurban, walhal amalan kurban itu sangat besar pahalanya. 

(a)    Syarat perkongsian – Adakah? 

Saudara, para ulama' dan ilmuwan arus perdana menggunakan hadith di abawah ini sebagai nas dan dalil yg menyatakan bahawa tidak boleh kita berkongsi lebih ramai dalam membeli/menyembelih haiwan kurban. kata mereka, kalau unta hanya untuk 10 orang berkongsi. Kalau lembu/spai hanya 7 orang boleh berkongsi. Mereka itu silap mentafsirkan maksud dan tujuan hadith ini.
Saudara, hadith ini menceritakan bahawa sekumpulan sahabat yg bermusafir bersama-sama dgn Rasulallah (s.a.w) kebetulan sampai ke destinasi mereka pada 10 Zulhijjah, hari Aidil Adha, yakni hari kurban. Maka para sahabat hendak mengerjakan kurban tersebut, berkongsi sesama mereka membeli haiwan untuk kurban, iaitu unta dan lembu/sapi. Diceritahan 10 sahabat berkongsi sumber dapat seekor unta, manakala 7 orang sahabat yg lain berkongsi sumber maka dapat seekor lembu/sapi. Itulah  yg disebutkan dalam hadith ini. Tidak ada perintah Rasulallah (s.a.w) bahawa hanya 10 orang dibolehkan berkongsi membeli seekor unta ataupun hanya 7 orang dibolehkan membeli lembu/sapi untuk kurban. Maka adalah tidak benar mengatakan bahawa jumlah orang yg boleh berkongsi itu dihadkan kpd bilangan tersebut.
Cuba kita rujuk hadith dalam post yg lalu bahawa Rasulallah (s.a.w) mencontohkan amalan kurban mengikut syariat Islam dgn menyembelih seekor kambing untuk atau bagi pihak umatnya dan seekor lagi dikurbankan untuk dirinya dan keluarganya. Rasulallah (s.a.w) memiliki keluarga ygbesar, iaitu 9 orang isteri ketika itu.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Adapun kami bersama-sama Rasulallah (s.a.w) di dalam suatu perjalanan (bermusafir) maka datang hari penyembelihan kurban (i.e. 10 Zulhijjah) maka berkongsi kami seekor unta dari 10 orang dan lembu dari 7 orang.’ [Hadith an-Nasa’i, Kitab Sembelihan Qurban] 
[Nota: Hadith menyebutkan bahawa tidak ada ketetapan as-Sunnah bahawa seekor unta itu hanya dikongsikan 10 orang; dan seekor lembu dikongskan 7 orang. Hadith menceritakan secara kebetulan harga seekor unta dan seekor lembu itu mencukupi dikongsi oleh 10 orang dan 7 orang para sahabat.] 
[Nota: Hadith ini bukanlah hadith yg menghukumi bahawa perkongsian untuk haiwan kurban itu mestilah 7 orang bagi seekor lembu dan 10 orang bagi seekor unta. Hadith ini menceritakan pada ketika itu, Rasulallah (s.a.w) dan sahabat membeli haiwan untuk dikurban,mereka memiliki sumber hanya boleh memdapatkan seekor lembu atas  perkongsian 7 sahabat dan seekor unta atas perkongsian 10 orang dengan para sahabat.] 
Jelaslah, pentafsiran yg silap menjadikan umat Islam susah. Dan, melepaskan peluang keemasan kpd umat Islam yg tidak mampu untuk sama-sama menyertai amalan kurban. Pada hal, kalaulah seekor ambing itu harganya RM 750.00/ekor, bukankah seorang boleh sumbang RM 75.00 supaya 10 orang dapat kurbankan seekor kambing. Atau, kalau lembu harganya RM 2,500.00, seorang boleh sumbang RM 25.00 supaya 100 orang yg dhaif ekonominya boleh bersama-sama mengamalkan kurban?

(b)    Bolehkah yg mengorban itu makan daging kurbannya? 

Saudara, hadith berikut pula memberitahu bahawa dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w) dibolehkan menyembelih kurban untuk dirinya, keluarganya dan memakan pula daging kambing tersebut. Kerana amalan sedemikian itu tidak ditegah oleh syariat Islam, maka umat Islam selepas mengetahui amalan sedemikian itu boleh berlumba-lumba menyembelih kambing untuk kurban. Kalaulah amalan sedemikian digalakkan oleh tokoh-tokoh ugama berdasarkan panduan syairat kurban yg benar ini, tidaklah betapa untungnya kita yg dhaif boleh meraih pahala yg besar dgn berkurban.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Imam at-Termidzi) Yahya b Musa menceritakan hadith kpdnya Dohak b Othman menceritakan hadith Umarah b Abdillah yg berkata: ‘Aku mendengar ‘Ato’ b Yassar berkata: ‘Aku bertanya Aba Ayub al-Ansori: ‘Bagaimana ada haiwan kurban dalam zaman Rasulallah (s.a.w)?’ Maka berkata (Aba Ayub): ‘Ada seorang lelaki menyembelih dengan seekor kambing darinya (i.e. untuknya) dan dari (i.e. untuk) ahli rumahnya (i.e. keluarganya), maka memakan dia (akan daging kurban kambing itu) dan memberi makan dia (orang lain), sehingga berlumba-lumba manusia sebagaimana melihat kamu (hari ini) (i.e. semakin banyak orang berkurban)). [Hadith at-Termidzi, Kitab Haiwan Kurban] 
[Nota: Cerita seorang tabi’in bertanyakan amalan kurban drp seorang sahabat Nabi (s.a.w)’ Hadith ini menyebutkan bahawa orang yg menyembelih kurban itu boleh makan daging kurbannya sendiri untuk dirinya dan keluarganya dan dimakan oleh orang lain.]
Saudara, jelaslah bahawa mengikut syariat Islam yg didasarkan kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak menyebutkan bahawa hanya 10 orang dibolehkan berkongsi menyebelih unta kurban atau 7 orang berkongsi menyembelih lembu/sapi kurban. Juga, Islam membenarkan orang yg menyembelih kurban tersebut juga makan daging unta atau lembu atau kambing yg disembelihnya untuk kurban. Malah dia boleh memberi makan kpd orang lain apakala sedah dimasaknya daging kurban yg diambilnya menjamu orang lain.
Saudara, dalam post yg lalu kita juga telah lihat perbuatan Rasulallah (s.a.w) menyebelih kurban dua ekor kibas - satu untuk atau bagi pihak umatnya zaman itu dan satu untuk dirinya dan keluarganya. Jelaslah, kita boleh kongsikan kurban seramai manapun supaya kita yg kurang mampu tetap mendapat manfaat dari iabdah kurban tersebut.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment