Assalamualaikum,
Saudara, kita hidup bukanlah untuk berseronok seolah-olah, sebagaimana orang kafir bepandangan, bahawa tiada kehidupan akhirat. Kecualilah, manusia yg ada agama, maka mereka yakin dgn suatu bentuk kehidupan setelah kematian. Tapi, semuanya enak-enak belaka, malah lebih enak dari dunia yg dilaluinya! Ada yg berpandangan bahawa mereka akan dibangkitkan dalam bentuk baru - mungkin haiwan atau mungkin makhluk halus lainnya - untuk membantu manusai yg masih hidup.
Islam memberi kita tahu bahawa ada kehidupan yg lebih utama dan lebih lama - malah tidak ada sempadan waktupun - setelah kita mati, iaitu kehidupan akhirat yg jauh lebih baik atau jauh lebih buruk dari kehidupan dunia kita sekarang, terpulang kpd sejauh mana kita berjaya atau gagal untuk menyediakan diri untuk kehidupan tersebut.
Saudara, sehubungan itu, mari kita mulakan penelitian kita bagaimanakah kita boleh jamin kehidupan alam akhirat kita itu jauh lebih baik dari kehidupan di dunia ini. Atau, bagaimanakah kita boleh jauhi atau bentengi sekarang, ketika masih hidup, gejala yg memburukkan kehidupan akhirat kita, dan berusaha sebaik mungkin, supaya kehidupan akhirat kita baik untuk kita? Dalam Islam semuanya pasti: kalau kita usahakan dgn panduan al-Quran dan as-Sunnah, kita pasti tidak sesat, kata Rasulallah (s.a.w), dan kita juga pasti dapat syurga, kalau kita sebaliknya abaikan usaha untuk akhirat kita, pastilah kita dapat neraka. Dalam Islam semuanya pasti. Yg perlu kita buat pilihan yg bijak sekarang. Apakah kita inginkan kejayaan atau kegagalan. Dalam perkara dunia, semuanya tak pasti. Kitam mungkinusaha sekuat mampu, tapi belum tentu kita dapat kejayaan.
saudara, ada banyak perkara yg memburukkan akhirat kita. maksudnya: kalau kiua lakukan, maka pasti akhirat kita musnah. kalau kita waspada jaga diri kita, kita pasti berjaya di akhirat. Kita ambil 6 perkara yg paling utama dalam perkara menjaga diri kita supaya kita selamat di akhirat. Yg pertama, adalah panduan dalam firman Allah (a.w) dan hadith berikut:

Mengikuti Yg Haq (Benar) dan Beristiqamah Atasnya
(It-tiba’ul-haqqi wal-Istiqamatu ‘Alaihi)
Saudara, dalam firman berikut Allah (a.w) perjelaskan bahawa kejayaan akhirat itu didapati jika manusia itu ikuti jalan lurus yg ditetapkan oleh Allah (a.w) - Siratul mustaqim. Kalau ikuti jalan-jalan lain - jalan syaitan, jalan manusia selain jalan yg ditunjukkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, pasti kita tidak berada di ajalan tersebut.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-anna haza sirati mustaqiman fat-tabi’uhu wa-la tattabi’u subula fatafarraqa bikum ‘an sabilihi zalikum wos-sakum bihi la’allakum tattaquna.’ (Yg bermaksud: Dan sesungguhnya inilah jalanKu yg lurus, maka ikutilah dia (i.e. jalan itu) dan janganlah kamu sekelian ikuti beberapa jalan maka akan memecahbelahkan pada kamu sekelian dari jalanNya, demikianlah dinasihatkan kamu sekelian dgnnya (i.e. jalan lurus itu), agar (i.e. mudah-mudahan) kamu bertaqwa.) [Ayat 153, Surah al-An’am]

[Nota: Allah (a.w) memberitahu kita manusia bahawa jalan yg lurus ke syurga itu adalah dgn mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan tiada jalan lain. Kalau ikuti al-Quran dan as-Sunnah pasti berada di atas jalan Allah (a.w) yg lurus itu. Allah (a.w) larang kita berpecah belah dgn mengikuti jalan-jalan laibn – jalan-jalan yg ditetapkan atau dianjurkan atau diajak atau diajarkan oleh manusia. Di kalangan manusia, hanya Rasulallah (s.a.w) yg faham jalan lurus tersebut. Maka as-Sunnah adalah panduan dalam mencari serta menetapi jalan yg lurus tersebut, bkan cakap-cakap manusia atau pendapat manusia atau buku karangan manusia. Jika tak ikuti ketetapan Allah (a.w) (dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), pasti kita menyimpang dari jaklan yg lurus itu, dan pastilah umat Islam berpecah belah dan berada dalam berbagai-bagai kumpulan atau mazhab atau firqah.]
Saudara, dalam hadith berikut pula, Rasulallah (s.a.w) memberitahu satu prinsip yg padu dan padat pula. Kita telah jelaskan dalam nota berikutnya maksud panduan Rasulallah (s.a.w) itu.
Diriwayatkan hadith dari Sufuian b Abdillah as-Thaqafiyu berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Katajkanlah kpdku di dalam Islam dgn ucapan (i.e. sesuatu nasihat) yang tidak akan aku bertanya darinya (ie. nasihat sedemikian dari) seseorang sesudah engkau (i.e ketiadaan engkau).’ Dan di dalam hadith abi Usamah (menjelaskan kalimah ‘ghairuka’= selain engkau), berkata: Telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Qul, amantu billahi fastaqim’ (Yg bermaksud: Katakanlah! ‘Aku berimanlah kpd Allah (a.w)’, maka menetapilah (dgn keimanan sedemikian itu) dgn penuh istiqamah). [Hadith Muslim, Kitab Iman]
[Nota-1: Hadith ini menyebutkan bahawa orang Islam yg selamat itu adalah orang yg benar-benar beriman kpd Allah (a.w) – akur dan ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah – dan menetapinya secara istiqamah berpandukan dgnnya dan dalam mengerjakan segala ketetapannya menjalani kehidupan dunia dgn penuh istiqamah. Ramai orang islam akui beriman tetapi tidakpun bersolat secara istiqamah apatah lagi dalam mengerjakan malan dan ibadah-ibadah lain spt berpuasa, mengeluarkan zakat dan menginfaqkan harta fi sabilillah, dan dalam berpandukan panduan al-Quran dan as-Sunnah dalam menjalani kehidupan duniawi mereka, termasuklah dalam berbuat baik dan mentaati kedua ibu bapa, dalam mendidik anak menjadi ornag Islam yg baik dan sebagainya.]
[Nota-2: Di dalam al-Quran dan di dalam as-Sunnah diperincikan lagi apakan maksud kalimah atau konsep ‘beriman’ itu. Antaranya konsisten (= istiqamah) dalam mengerjakan solat, menjaga solat, tidak meremehkannya, betul rukun qalbinya, rukun qaulinya dn rukun fe’linya, menjaganya spt bersolat di awal waktunya, dan memenuhi lompang-lompang kekuarangan solat fardu dgn mengerjakan solat-solat sunat dan sebagainya.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment