Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah teliti kesilapan-kesilapan yg dilakukan olej Jema'ah Haji dalam perkara rukun qalbi, qauli dan fe'linya.
Kesilapan yg amat besar adalah jika dalam mengerjakan ibadah haji itu, kita tergolong dari kalangan orang-orang yg disebutkan dalam hadith berikut. Jika begitu, sudah pastilah kita tidak mendapat haji mabrur.
Semua kita yang Islam pernah diberitahu atau tahu bahawa segala amal dan ibadah yang kita lakukan dalam Islam bukanlah untuk menonjolkan diri atau untuk menampilkan kehebatan keIslaman atau keImanan kita kepada orang lain! Semuanya kita kerjakan kerana akur dan mentaati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya semata-mata - menepati ‘... wayarjuna rahmatahu, wa-yahafuna ‘azabahu ...’ [Ayat 57, Surah al-Isra’] – niat sebenar orang Islam mencari keridaaan Allah (a.w) supaya diselamatkan dari neraka Allah (a.w).
Hadith berikut memberi kita tahu bahawa akan tiba zamannya kelak bahawa apa yang disebutkan atau dibayangkan dalam hadith itu akan berlaku dan menjadi kelaziman orang Islam, iaitu menunaikan haji kerana selain menunaikan perintah Allah (a.w), spt menunjuk-nunjuk!
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘(Akan) Datang atas manusia suatu zaman orang mengerjakan haji dari kalangan orang yang lebih kaya dikalangan manusia, (dan mengerjakan haji dari kalangan) orang-orang yang disanjung (atau dihormati) oleh manusia (dan mengerjakan haji dari kalangan) orang-orang yang lebih-lebih membangga-banggakan diri mereka dan (mengerjakan haji dari kalangan) ahli perniagaan (i.e. sekarang, golongan korporat) dan (mengerjakan haji) orang-orang yang miskin (fuqara) dari kalangan manusia, untuk permasalahan mereka supaya disebut-sebut orang akan mereka dan untuk menunjuk-nunjuk akan kebanggaan diri mereka.’ [Hadith ad-Dalami dalam Kanzil Umal]
Hadith ini menyebutkan beberapa golongan manusia yang Islam – berupa cross-section lima golongan umat Islam dalam masyarakat kita – bahawa mereka menunaikan haji demi untuk menonjolkan diri atau bermegah-megah atau untuk menunjuk-nunjuk! Jika kita halusi dan renungkan sudahpun banyak berlaku di zaman ini. Contohnya: sesiapa yang suka dirinya dipanggil ‘Tuan Haji’ atau ‘Hajjah’ sebenarnya ada ciri-ciri menonjolkan diri. Sesiapa yg menceritakan bahawa dia telah mengerjakan haji beberapa kali, contoh yg lain, adalah serong niatnya. Begitu juga, apabila orang yang hafal al-Quran suka di belakang namanya di tulis dengan kalimah ‘al-Hafiz’ dan sebagainya, yakni menunjukkan dia orang yang hafal al-Quran. Termasuk juga yg merasa dirinya orang alim atau ilmuwan, kemudian memakai serban yg khas dan jubah yg mahal, malah banyak lapis dan labuh pula. Ada banyak contoh-contoh lain.
Saudara, mudah-mudahan tidaklah kita tergolong dari kalangan golongan-golongan ini, insya Allah. Bagi saudara yg akan mengerjakan haji di tahun-tahun hadapan waspadalah ...
Jazakallahu khairah
assalam...mudah-mudahan sifat riak dan bangga diri ,dibuang jauh-jauh.perbanyakkan mujahdah melawan hawa nafsu ....
ReplyDelete