Saturday, October 22, 2011

Pencemaran Aqidah dalam Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, menyambung perbincangan kita mngenai tajuk/tpoik di atas itu, kita telah mulakan dgn menyebut 4 atau 5 perkara yg menjerumuskan umat Islam dalam perkara aqidah dan amalan, yg pasti menjerumuskan mereka ke dalam neraka; iaitu syirik, kurafat, tahyul dan bida'ah dan taklid kpd manusia atau kumpulan. Cuba kita lihat, sebagai memulakan perbincangan kita, kpd beberapa ayat dan hadith berikut:
Firman Allah (a.w): '...lain asyrakta layahbatanna 'amaluka wala takunana minal khasirina' (Yg bermaksud: 'Jika kamu syirik nescaya terbatallah amalan kamu dan nescaya adalah kamu dari kalangan orang-orang yg rugi (di akhirat kelak) (i.e. masuk neraka)) (Ayat 65, Surah az-Zumar). 
Jelaslah kerana atau menyakini atau mempercayai serta mengamalkan sesuatu yg syirik, terbatallah segala amalan (i.e. ganjaran pahala amalan seseorang itu). Maka, pastilah dia tergolong dari kalangan orang yg rugi! Orang yg rugi di akhirat adalah orang yg tidak mendapat syurga, sebaliknya dihumban oleh malaikat ke dalam neraka; dan
Firman Allah (a.w): ' ... innahu man yusrik billahi faqad harramallahu 'alaihil-jannata wa-makwahun-naru wa-ma lizzolimina min ansorin.' (Yg bermaksud: Sesungguhnya barangsapa yg syirik dgn Allah (a.w) maka sungguh-sungguh Allah (a.w) haramkan atas mereka syurga dan tempat duduknya (di akhirat) adalah di dalam neraka dan tidaklah ada penolong bagi orang-orang yg menolong (di akhirat kelak)) (Ayat 72, Surah al-Maidah).
Lebih serius lagi bahawa Allah (a.w) haramkan sama sekali balasan syurga kpd mereka yg syirik terhadap Allah (a.w). Dan, orang yg syirik itu wajib masuk neraka. 
Saudara, dalam perkara bid'ah pula, kita diberitahu tiada pengecualian dalam perkara bid'ah. Maka jika begitu sesiapa yg meyakini tentang wujudnya 'bid'ah hasanah' sebenarnya mempersoalkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini dan menolak ketetapan Allah (a.w) supaya patuhi ketetapan Rasulallah (s.a.w) (Ayat 7, Surah al-Haysr). Apakah ada manusia yg lebih faham Islam dan syariatnya dari Rasulallah (s.a.w)? Adakah manusia lain yg boleh menokok tambah atau mengubahsuai kpd syariat dan ketetapan agama Islam? Rasulallah (s.a.w) menerima wahyu. Dan, Allah (a.w) yg memandu beliau dalam menyampaikan syariat agama Allah (a.w), Islam. Kalau begitu manusia yg mengajarkan 'bid'ah hasanah' seolah-olah lebih bijak dan lebih benar dari Rasulallah (s.a.w) yg diangkat sebagai Rasul oleh Allah (a.w). Malah, mereka seolah-olah lebih tahu syariat atau tuntutan agama Islam berbanding dgn Allah (a.w)! Semoga Allah (a.w) tidaklah menjerumuskan kita sebagaimana mereka itu. Amin.
Dan, mengenai bid'ah, sebagai contoh, Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita pula:'... wa-kullu bid'atin dolalatun wa-kullu dolalatun fin-nar' (Yg bermaksud: Setiap bid'ah itu kesesatan, dan setiap kesesatan itu tempatnya adalah neraka.) [Hadith an-Nasa'i, Kitab Solat Idin] 
dan hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ''Aba Allahu an yaqbala 'amala sohibi bid'atin hatta yada'a bid'atahu ...' (Yg bermaksud: Enggan Allah (a.w) menerima amalan (dan ibadah) pengikut bid'ah sehinggalah dia meninggalkan bid'ahnya.' [Hadith ibnu Majah, dalam Kitab Mukaddimah] 
Dan, hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda:'Wa-iyakum wa-muhdathatuil umuri fain kulli bid'atin dolalatun ...' (Yg bemaksud: Takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara agama, maka sesungguhnya setiap (pembaharuan dalam perkara agama adalah bid'ah dan setiap) bid'ah adalah kesesatan ...) [Hadith Abu Daud dan at-Termidzi] 
Saudara, begitu jelas dan tidak sedikitpun kompleks sabda Rasulallah (s.a.w) itu. Namun, tidak diendahkan oleh majoriti umat Islam, terutama merka yg menyampaikan ilmu dan memandu masyarakat Islam. Hari ini kita akan dengar para penceramah memulakan ceramahnya dgn membaca hadith ini, tetapi tanpa disedari mereka, apa yg diceramahkan atau diajarkan begitu banyak yg menyimpang dari as-Sunnah!
Saudara, kita pastinya banyak dosa kerana perbuatan, perlakuan, kata-kata dan amalan sehari-harian kita. Malangnya, hari ini yg berilmupun tak ambil peduli dan yg jahil pula ikut membabi buta ajakan manusia lain, dan tak pula mahu semak ilmu mereka. Maka dgn itu berterusan kesesatan. Semakin ramailah orang yg berilmu dan yg jahil sesat. Dan, semakin suburlah kesesatan di kalangan umat Islam. Malah ramai pula yg sesat itu menghalang orang yg benar dalam menyampaikan ilmu. Dan, semakin berleluasalah program penyesatan yg disampaikan oleh orang yg sesat. Kesesatan hanya disedari dgn mengaji al-Quran dan as-Sunnah, terutama as-Sunnah. Kalau tidak utamakan pengajian as-Sunnah, pasti akan sesat, walaupun pada kaca mata umum seseorang itu kelihatan hebat orangnya dan ilmunya, popular sebagai pembentang kertas kerja di forum atau seminar antarabangsa, pakar motivasi yg hebat, pembicara yg hebat di TV, akhbar, di masjid-masjid atau seorang blogger yg popular pula dgn penampilan diri yg begitu dikagumi dgn serban dan jubah yg terheret pula...
Saudara, dalam blog ini kita sering peringatkan saudara bahawa seseorang itu tidak akan sesat mencari agama dan syariatnya yg haq dan tidak akan tersesat kalaulah dia mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan berpandukan ilmu al-Quran dan as-Sunnah dalah menjalani kehidupan sebagai seorang yg beriman dalam Islam. Berpandukan sumber selainnya, pasti sesat. Itu adalah janji Allah (a.w) dan janji Rasulallah (s.a.w). 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment