Wednesday, October 5, 2011

Maklumat Umum - Fahaman Wahhabi?

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini apabila kita hadhir mana-mana Seminar atau Ceramah atau Forum atau Dialog atau Persidangan dan sebagainya, tentang ugama atau aqidah Islam, kita akan dapati dua kumpulan ilmuwan atau ulama' yg bercakap, berhujjah dan bertelagah;  iaitu: satu golongan para ulama' atau ilmuwan yg mengakui bahawa mereka adalah golongan 'Ahlus sunnah wal-Jama'ah', kerana mereka berpegang kpd ajaran mazhab yg empat - asy-Syafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi - katanya mazhab as-Sunnah wal-jema'ah. Di Malaysia orang Melayu diwajibkab hanya berpegang kpd fahaman Mazhab asy-Syafie sahaja. Satu golongan lagi tidak menyebut bahawa mereka adalah pengikut mana-mana mazhab, seringkali didukung oleh ulama atau ilmuwan muda yg berpendirian tidak berpegang kpd ajaran mana-mana mazhab atau fahaman atau aliran, tetapi menyebutkan bahawa mereka hanya berpegang kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. 
Kalau kita nak brandkan golongan ini, mungkin kita boleh golongkan atau labelkan bahawa mereka itu 'bermazhabkan as-Sunnah'. Pada golongan pertama, yg kebetulan adalah golongan majoriti di Malaysia, atau golongan Islam arus perdana, golongan kedua ini dibenci dan dicap sebagai ahli kumpulan Islam liberal atau Wahhabi. Terkadang mereka itu dikatakan golongan yg memecah belahkan umat Islam kerana mengajak dan mengajar kpd sesuatu fahaman yg jauh berbeza dari ajakan atau ajaran golongan arus perdana. Terkadang, mereka itu dihukum sebagai 'sesat' kerana mengajarkan aqidah atau peraturan atau kaedah kefahaman yg sama sekali berbeza dan berlainan dari ajaran fahaman mazhab arus perdana iaitu asy-Syafie. Malah amalan dan ibdah cara mereka berbeza dgn cara golongan pertama.
Saudara, dalam blog ini kita telah beritahu berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah siapakah golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu, iaitu golongan yg menganuti Islam berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pra-syarat atau pre-qualification pertama, dan kedua atau pra-syarat kedua atau pre-qualification kedua adalah mereka berjema'ah. Di Malaysia belum diketahui sama ada telah wujud atau tidak 'jema'ah' dalam konteks atau mengikut ciri-ciri atau ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (Ayat 103, Surah ali-Imran - kewajipan berjema'ah, Ayat 59, Surah an-Nisa' - kewajipan mentaati kepimpinan, beberapa ayat tentang kewujudan atau institusi kekhalifahan di bumi spt Ayat 14, Surah Yunus, Ayat 23, Surah Yunus - bai'at anggota jema'ah dgn kepimpinan jema'ah Islam, Ayat 71, Surah al-Isra' - berbaris di belakang imam di padang makhsyar kelak, sebagai contoh). 
Saudara, dalam blog ini juga kita telah teliti ketetapan Islam -al-Quran dan as-Sunnah - bahawa Islam yg diterima itu hanyalah jika sejajar dgn al-Quran dan as-Sunnah, yg selainnya batil. Kita juga telah tahu bahawa sebarang perubahan atau penyesuaian atau tokok tambah kpd syariat dan peraturan Islam dalam semua perkara - aqidah, amalan, ibadah dan muamalah sbgnya adalah termasuk dalam istilah 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau bid'ah, berdasarkan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Justeru itu, kalau kita nak buat pendirian atau hendak memihak kpd golongan yg mana patut kita beri kebenaran, maka kita wajib tahu pegangan atau aqidah, amalan, ibadah dan mualamah dll yg diamalkan oleh golongan-golongan tersebut. Tanpa, ilmu yg sempurna mengenai Islam - berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, kita tidak boleh membuat pertimbangan yg mana satu benar atau hampir kpd preskripsi as-Sunnah.
Saudara, kalau saudara nak tahu apakah sebenarnya yg diajarkan oleh mereka yg dikatakan Wahhabi itu, kita perlu kaji dan teliti apakah yg didakwahkan oleh 'pengasas' atau 'pelopor' fahaman Wahhabi itu, iaitu Imam Muhammad ibn Abdul-Wahhab. Kerana dialah yg dikatakan mengasaskan Fahaman Wahhabi itu. Di Malaysia, ramai orang bercakap tetang Fahaman Wahhabi - mencemuh, mencaci dan sebagainya, seolah-olah mereka itu bukan Islam, walhal mereka tak fahampun pendirian Wahhabi. 
Saudara, penulis menemui sebuah buku yg amat jelas menceritakan perjuangan atau dakwah Muhammad ibni Abdul Wahab ini iaitu: The Life, Teachings and Influence of Muhammad ibn Abdul-Wahhaab', oleh Jamal Al-Din M. Zarabozo, buku yg diterbitkan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Endowmen, Dakwah dan Panduan, Kerajaan Saudi Arabia, 1427H  (2003M) yg amat jelas memberikan penjelasan banyak perkara tentang ajaran Imam tersebut. Saudara boleh baca. Tulisan itu adalah satu lapuran atau expose perjuangan beliau sambil menjelaskan sinario masyarakat zaman tersebut dan amalan mereka sebagai orang Islam. Buku itu ditulis secara 'matter of facts' sahaja, tanpa tujuan apa-apa. 
Baik dibaca untuk menghapuskan syak wasangka apa-apa sambil membolehkan pembaca menyelam hakikat perubahan yg berlaku pada aqidah umat Islam semasa. Sinario umat Islam zaman tersebut tak banyak bezanya dgn sinario umat Islam zaman ini. Ramainya orang Islam yg jahil sehinggakan ada yg sanggup menolak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan menerima ketetapan manusia! Semakin meluas kejahilan dalam agama sehinggakan orang mengaku rasulpun diterima atau orang yg akui mendapat wahyu untuk menubuhkan Kerajaan Langit di bumipun diyakini!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment