Monday, October 31, 2011

Ilmu: Akibat Mengabaikan Ilmu Yg Haq

Assalamualaikum, 
Saudara, dalam blog ini kita telahpun lihat ketetapan-ketetapan tama menyentuh perkara 'ilmu' dalam Islam. Yg utama kita fahami adalah sesuatu amalan dan ibadah dalam Islam itu hendaklah dikerjakan hanya dgn kepafahaman yg penuh mengenainya berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Amalan dan ibadah hanya sah kalau kita amalkan atau ibadahkan hangan panduan ilmu yg sempurna. Allah (a.w) peringatkan kita yg Islam - malah semua mansia - pada Ayat 36, Surah al-Israk kita diperingatkan oleh Allah (a.w)::
Firman Allah (a.w): ' Wa-la taqfu ma laisa laka bihi ilmun; innas-sam'a wal-basora wal-fuada kullu ulaika kana masula.' (Yg bermaksud: Dan , janganlah kamu kerjakan apa-apa (sesuatu amalan dan ibadah dan segala sesuatu menyentuh Islam dan syariatnya) yg tiada pada kamu ilmu mengenainya (i.e. apa-apa yg dikerjakan); sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu kesemuanya setiap satunya ada  darinya (i.e. yg diamal atau diibadahkan atau yg dikerjakan) akan ditanya.' Inilah kunci peringatan Allah (a.w) kpd manusia, terutama orang yg akui dirinya Islam dan beriman.
Dan, wajib kita ingat bahawa adalah wajib bagi manusia itu belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya, kerana tanpa ilmu dan tanpa panduan yg haq, yakni ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan UtusanNya, menetapkan bagimana manusia wajib mengabdikan diri. Allah (a.w) berfirman bahawa jin dan manusia itu dijadikan Allah (a.w) untuk mengabdikan diri (yakni, beramal dan beribadah di dunia). - Ayat 57, Surah az-Zariat. Kalau kita sebagai manusia tidak berilmu, maka bukan sahaja kita berdosa, tetapi kita tetap dianggap jahil dalam memahami perintah Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith dari Muhammad b Sirin hadith dari Anas ibni Malik berkata: 'Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Talabaul-ilmi faridatun 'ala kulli Muslim.' (Yg bermaksud: Mencari (yakni, mempelajari ilmu) itu wajib atas setiap orang Islam.' [Hadith ibnu Majah]
Jelasnya, sebagai seorang Islam kalau abaikan mengaji atau belajar ilmu mengenai Islam - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - maka kita berdosa. Tambahan pula, lebih penting, kita akan mengerjakan segala amalan dan ibadah dalam kejahilan. Justeru itu, pasti kita akan sesat. Kerana Rasulallah (s.a.w) bersabda dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith dari Abdil Rahman ibni Rafi’ at-Tanukhi hadith dari Abdullah b Amrin b al-‘Ass bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Al-ilmu thalathatun wa-ma zalika fahua fadlun ayatun muhkamatun au sunnatun qaimatun au faridatun adilatun.’ (Yg bermaksud: ‘Adapun ilmu itu ada tiga, dan apa-apa selain (yg) demikian itu adalah baik (untuk dunianya), (adapun yg wajib itu) ayat-ayat yg menghukum (yakni, al-Quran) dan sunnah yg tegak (yakni, al-Hadith atau as-Sunnah) dan hukum faraid yg adil.) [Hadith Abu Daud, Kitab Faraid]
[Nota: Ilmu yg wajib dalam Islam itu ada tiga. Selain yg tiga berguna atau bermanfaat untuk dunia. Yg wajib dipelajari/disampaikan adalah (a) al-Quran; (b) as-Sunnah; dan (c) hukum faraid. Sesiapa yg belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara otomatis tahu dan faham ilmu faraid Islam.]
Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita yg Islam bahawa kalau kita ingin kejayaan di akhirat hendaklah kita berilmu dan berpandukan ilmu al-Quran dan as-Sunnah: 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) (berkata): ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) berkhutbah kpd manusia ketika Haji Wada’ dgn bersabda: ‘Ya aiyuhannasu inni qad taraktu fikum ma in ‘itasomtum bihi falan tadillu Abadan, kitabbalahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yg bermaksud: ‘Wahai manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh aku telah tinggalkan apa-apa (yg aku tinggalkan), sesungguhnya jika berpegang teguh kamu dgnnya (i.e. apa-apa yg ditinggalkan), maka tidak akan sesat kamu sekelian selama-lamanya, (iaitu) Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya.) [Hadith al-Baihaqi di dalam Sunan Kibri].
Hadith yg serupa diriwayatkan juga oleh Imam al-Hakim dalam kitabnya, al-Mustadrak, iaitu hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) berkhutbah atas manusia di dalam haji wada’ dgn bersabda: ‘Innas-syaitana qad yaisa an(-ai) yu’bada bi-ardikum wa-lakin radhia an(-ai) yutiu’a fima siwa zalika mimma tuhaqiruna min ‘amalikum fahzaru inni qad taraktu fikum ma ini’tasamtum bihi falan tadillu Abadan kitabballahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya syaitan sungguh-sungguh putus asa (mengharapkan) bahawa kamu sekelian menyembahnya di dalam (kehidupan) dunia kamu, akan tetapi ridha dia apabila diikuti dia di dalam apa-apa demikian (yg disembah oleh kamu) selain dia dari apa-apa (yg disembah) apa-apa yg meremehkan kamu dari ‘amalan-‘amalan kamu; maka berhati-hatilah; sesungguhnya aku sungguh-sungguh telah tinggalkan dikalangan kamu apa-apa (yang aku tinggalkan) jika berpegang teguh kamu dgn apa-apa (yg aku tinggalkan) maka tidak akan sesat kamu selama-lamanya, (iaitu yg aku tinggalkan) kitab Allah (a.w) dan sunnah NabiNya.) [Hadith al-Hakim]
[Nota: Hadith ini menyebutkan sesiapa yg mengikuti ajakan syaitan, pastilah dia kecundang dalam Islam, tak dapat syurga. Syaitan itu telah berikrar menentang Allah (a.w) sehabis-habisan dgn memesongkan orang iman dari secara murni dan ikhlas mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dia tahu bahawa tidak mungkin dia boleh pengaruhi orang iman supaya bertuhankan dia atau menjadikan dia tuhan, namun dia rida the next best thing iaitu orang iman sembah selainnya sebagai tuhan atau syirik terhadap Allah (a.w) – termasuklah syirik secara samar atau tersembunyi yg tak jelas – dgn keyakinan atau amalan atau kepercayaan yg kononnya ada sesuatu yg memiliki kuasa ketuhanan atau orang iman mengingkari sebahagian daripada ketetapan Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Mereka yg menidakkan atau meremehkan atau mempersoal ketetapan as-Sunnah sebenarnya telah termakan atau terikut ajakan atau pengaruh syaitan, maka rosaklah keimanan mereka dan gagallah mendapat syurga dan pastilah masuk neraka.]
Saudara, kerana tidak mahu ilmukan diri, kemudian kita beramal dan mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah atas dasar ikut-ikutan (bertaklid) dan tidak menyemak amalan dan ibadah kita apakah sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) atau tidak, maka rugilah kita. Maka dgn itulah juga Rasulallah (s.a.w) memberitahu di akhir zaman kelak umat Islam akan berpecah-pecah dalam agama Islam sehinggakan akan wujud 73 'agama' atau variasi agama dalam Islam, tetapi pengikut 72 'agama' atau variasi agama itu tak berjaya mendapat syurga, sebaliknya masuk neraka walaupun beramal dan beribadah dgn tekun dan istikamah. Hanya satu bentuk agama sahaja yg berjaya mendapat syurga, iaitu mereka yg anuti Islam menepati dua syarat; iaitu: pertama, ikuti semata-mata sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunah khalifah yg empat selepas Rasulallah (s.a.w) dan kedua, anuti agama Islam secara berjema'ah. Mereka itulah sebenarnya yg dikategorikan golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment