Wednesday, November 2, 2011

Ilmu: Akibat Kejahilan dalam Kehidupan

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita lihat sepotong hadith iaitu berikut, yg jelas memberitahu kpd kita bahawa seseorang yg benar islamnya dan yg benar-benar terpandu adalah orang yg menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidupnya. kalau seseorang itu hanya mengilmukan dirinya tentang al-Quran dan as-Sunnah, dijami oleh Rasulallah (s.a.w) tidak sekali-kali akan sesat mencari 'siratul mustaqim' = jalan lurus yg Allah (a.w) tunjukkan untuk berjaya mendapat syurga dan terselamat dari neraka di akhirat kelak. Janji Rasulallah (s.a.w), sebagaimana janji Allah (a.w) adalah benar. 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) berkhutbah atas manusia di dalam haji wada’ dgn bersabda: ‘Innas-syaitana qad yaisa an(-ai) yu’bada bi-ardikum wa-lakin radhia an(-ai) yutiu’a fima siwa zalika mimma tuhaqiruna min ‘amalikum fahzaru inni qad taraktu fikum ma ini’tasamtum bihi falan tadillu Abadan kitabballahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya syaitan sungguh-sungguh putus asa (mengharapkan) bahawa kamu sekelian menyembahnya di dalam (kehidupan) dunia kamu, akan tetapi ridha dia apabila diikuti dia di dalam apa-apa demikian (yg disembah oleh kamu) selain dia dari apa-apa (yg disembah) apa-apa yg meremehkan kamu dari ‘amalan-‘amalan kamu; maka berhati-hatilah; sesungguhnya aku sungguh-sungguh telah tinggalkan dikalangan kamu apa-apa (yang aku tinggalkan) jika berpegang teguh kamu dgn apa-apa (yg aku tinggalkan) maka tidak akan sesat kamu selama-lamanya, (iaitu yg aku tinggalkan) kitab Allah (a.w) dan sunnah NabiNya.) [Hadith al-Hakim] 
[Nota: Hadith ini menyebutkan sesiapa yg mengikuti ajakan syaitan, pastilah dia kecundang dalam Islam, tak dapat syurga. Syaitan itu telah berikrar menentang Allah (a.w) sehabis-habisan dgn memesongkan orang iman dari secara murni dan ikhlas mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dia tahu bahawa tidak mungkin dia boleh pengaruhi orang iman supaya bertuhankan dia atau menjadikan dia tuhan, namun dia rida the next best thing iaitu orang iman sembah selainnya sebagai tuhan atau syirik terhadap Allah (a.w) – termasuklah syirik secara samar atau tersembunyi yg tak jelas – dgn keyakinan atau amalan atau kepercayaan yg kononnya ada sesuatu yg memiliki kuasa ketuhanan atau orang iman mengingkari sebahagian daripada ketetapan Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Mereka yg menidakkan atau meremehkan atau mempersoal ketetapan as-Sunnah sebenarnya telah termakan atau terikut ajakan atau pengaruh syaitan, maka rosaklah keimanan mereka dan gagallah mendapat syurga dan pastilah masuk neraka.] 
Malangnya, hari ini begitu ramainya ilmuwan Melayu yg diajarkan oleh mahaguru mereka tentang Islam dan syariatnya berdasarkan kajian ilmiah atau tulisan atau pendapat orang-orang yg diiktiraf oleh pengikutnya sebagai orang yg bijak. Maka banyaklah golongan bijakpandai sedemikian berhujjah bahawa panduan umat Islam dalam agamanya itu bukanlah semata-mata al-Quran dan al-hadith tetapi juga segala sesuatu yg diakui banyak dan kelihatan cocok dgn Islam, walaupun tidak ada dalam al-Quran atau tidakpun dilakukan atau disebutkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka kerana itu wujudlah dan berleluasalah pelbagai kepercayaan dan keyakinan serta perlakuan dan amalan umat Islam. Sehinggakan hari ini wujudlah pelbagai perkumpulan atau ikutan atau fahaman atau aliran, selain fahaman kemazhaban yg 4, seperti fahaman Syi'ah, kumpulan-kumpulan yg menghabiskan masa mereka mentakrif 'sifat-sifat Allah (a.w)' dan mentfsirkan kalimah-kalimah 'mutasyabihat' dalam al-Quran. Ramailah ornag bercakap dan berdebat tentang 'jisism' spt bagaimankah rupa dan bentuknya 'arasy Allah', 'tangan Allah', mengapakan Allah (a.w) hanya ada tangan kanan sahaja dan Allah (a.w) itu mempunyai dua tangan kanan', 'Allah ada mata' - kerana kalimah-kalimah sedemikian disebutkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran. Timbullah pula kumpulan Tasawuf dan Tarikat  sehingga mengajarkan pengikut-pengikut mereka bahawa ciri-ciri dan sifat-sifat ketuhanan itu ada pada dan dalam diri mereka! Waliyazubillah. 
Dalam fahaman kemazhaban pula, pengikut setia fahaman mazhab mendewa-dewakan 'pengasas mazhabnya' sehinggakan sanggup menyatakan bahawa ajaran-ajaran 'pengasas mazhab' itu, walaupun berbeza dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, adalah benar dan boleh dikuti, malah seumpama wajib diamalkan oleh pengikut-pengikut mazhab tersebut.
Saudara, demikianlah kuatnya dan halus dan liciknya strategi syaitan terhadap manusia. Tujuannya, semata-mata menampakkan mulia lagi endah dan benar, sesuatu yg batal dan palsu. Supaya dgn itu walaupun syaitan tidak menjadi tuhan umat Islam, namun dia dapat dan berjaya dapatkan 'the next best thing', iaitu umat Islam terjerumus ke dalam neraka bersama-samanya kelak. Ramai ulama' dan ilmuwan yg kecundang dalam Islam kerana mengutamakan pendapat dan kebijaksanaan akal fikiran dalam beragama. 
Yg utama seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman itu hanyalah keyakinan mutlak bahawa dalam perkara Islam yg sempurna pengetahuannya dan yg benar 100% adalah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), kemudian apa-apa yg diamalkan atau apa-apa ketetapan dilaksanakan oleh khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin semata-mata. Manusia yg betul ilmunya tentang Islam dan yg sempurna kefahamannya tentang Islam hanyalah Rasulallah (s.a.w). Tokoh-tokoh ulama yg dulu, lebih-lebih lagi selepas kurus ketiga Islam dinobatkan sebagai agama manusia yg diterima Allah (a.w), pasti tidak sempurna, malah sekiranya bertentangan preskripsi mereka dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pasti salah dan batal, dan mengikutinya pasti masuk neraka! Justeru itu, segala ajaran dan ketetapan menyentuh Islam dan syariatnya, selagi tidak bercanggahan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah benar dan betul, jika berlainan dari ketetapan atau peraturan al-Quran dan as-Sunnah pasti salah dan batil serta batal. Tergolonglah kita yg mengamalkannya dalam 10 golongan yg terkeluar dari Islam atau murtad atau menjadi kafir secara sedar ataupun tak sedar dan rugilah tidak menjaga 6 perkara yg kita jelaskan dgn panjang lebar dalam post-post yg lalu. 
Saudara, kita selamat kalau kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kita berjaya mendapat syurga jika kita kerjakan amalan dan ibadah dan menjalani kehidupan berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah. Kita pasti mendapat syurga kalau kita mengerjakan amalan dan ibadah menepati tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. Inilah janji Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa': 'Barangsiapa taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) dimasukkan ke dalam syurga.
Oleh itu beringatlah. Tidak ada cara lain atau jalan pintas atau jalan moden untuk dapatkan syurga. 


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment