Wednesday, November 16, 2011

al-Quran: Akibat Tidak Berpandukan al-Quran & as-Sunnah (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah tinjau tajuk ini dalam post sebelum ini. Dalam post itu disebutkan bahawa di ahirat kelak, al-Quran akan menjadi saksi dan menjadi pelapur kpd Allah (a.w) terhadap kita yg akui diri kita Islam dan beriman. Akan berlalu kelak sekian ramainya orang yg akui dirinya Islam tetapi tidak diakui oleh al-Quran, maka rugilah dia dan menyesallah dia kerana ketika di dunia dahulu dia mengabaikan al-Quran. Malah al-Quran disimpan di loteng rumahnya. Atau, al-Quran dijadikan hiasa semata-mata. Atau, al-Quran itu dibacanya sahaja. Atau, dihafalnya supaya menjadi seorang yg brgelar al-Hafiz. Atau, digunakan olehnya untuk menjadi juru=hakim pertandingan al-Quran dalam pertandingan musabaqah al-Quran. Atau, digunakannya untuk mengajarkan murid-muridnya dalam susana glamur kaca TV dan sebagainya. 
Dalam situasi-situasi sedemikian itu, orang yg terlibat tidak pula menggunakan al-Quran itu sebagai panduan hidupnya dan juga asas mempersiapkan dirinya untuk kehidupan akhiratnya. Jarang sekali.
Kalayu dia menmgutamakan al-Quran dalam hidupnya, pastilah perkara-perkara berikut berolaku: pertama, dia Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, itulah sumber ilmu dan panduan hidup orang iman, Kedua, kalau dia utamakan al-Quran, maka pastilah dia juga jadikan as-Sunnah sebagai sumber ilmunya tenang Islam dan panduan hidupnya berganding dgn al-Quran. Kerana, al-Quran perintahkan mansuai itu ikuti ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Tidak ada dalam al-Quran, suruhan supaya tinggalkan as-Sunnah atau abaikan as-Sunnah atau tolak tepi as-Sunnah.
Saudara, kita telah lihat dalam post sebelum ini bahawa al-Quran akan menjadi saksi dan juga pelapur seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman. Penyaksian al-Quran itu diterima Allah (a.w). Lapuran al-Quran itu dibenarkan oleh Allah (a.w). Maka, akan ramailah orang yg rugi dan teranianya kerana dianianya oleh diri mereka sendiri ketika berada di dunia dulu. Adalah pula yg bersukaria kerana al-Quran menyatakan bahawa dia benar-benar Islam dan mengamalkan Islam sejajar dgn apa yg terkandung dalam al-Quran. Dalam dua hadith berikut, berita yg sama diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu siapa yg berjaya di akhirat dan siapa yg gagal di akhirat. 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) (berkata): ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) berkhutbah kpd manusia ketika Haji Wada’ dgn bersabda: ‘Ya aiyuhannasu inni qad taraktu fikum ma in ‘itasomtum bihi falan tadillu abadan, kitabbalahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yg bermaksud: ‘Wahai manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh aku (Nabi) telah tinggalkan apa-apa (yg aku tinggalkan) sesungguhnya jika berpegang teguh kamu dgnnya (i.e. apa-apa yg aku tinggalkan), maka tidak akan sesat kamu sekelian selama-lamanya, (iaitu) Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah nabiNya.) [Hadith al-Baihaqi di dalam Sunan Kibri] 
Saudara, Rasulallah (s.a.w) tinggalkan atau wariskan kpd kita al-Quran dan as-Sunnah. Beliau berjanji bahawa jika kita pegang kedua-dua warisan ini - pegang dalam erti kata kita kaji, amalkan perintah dan suruhan, tinggalkan yg dilarang atau ditegah, jadikan ilmu untuk mengerjakan amalan dan ibadah dan untuk memandu hidup kita - maka kita orang Islam yg berjaya di akhirat. Jika tidak, atau jika kita sebaliknya, maka sengsara yg kita tanggung nanti di akhirat. Kerana al-Quran tak mahu akui kita Islam dan beriman! Kerana orang yg Islam dan beriman itu berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah ...
Oleh itu sebelum terlewat dan terlambat, eloklah kita kembali ke pangkal jalan, ketika kita masih sempat berbuat sedemikian. Sesungguhnya semua kita sedang menunggu hari kita dibebaskan dari dunia ini- tak kira umur kita berapa - tapi bila sampai masanya, kita akan ketahui kedudukan kita vis-a-vis al-Quran dan as-Sunnah. Apakah kita berjaya atau gagal ...
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) berkhutbah atas manusia di dalam haji wada’ dgn bersabda: ‘Innas-syaitana qad yaisa an(-ai) yu’bada bi-ardikum wa-lakin radhia an(-ai) yutiu’a fima siwa zalika mimma tuhaqiruna min ‘amalikum fahzaru inni qad taraktu fikum ma ini’tasamtum bihi falan tadillu Abadan kitabballahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya syaitan sungguh-sungguh putus asa (mengharapkan) bahawa kamu sekelian menyembahnya di dalam (kehidupan) dunia kamu, akan tetapi ridha dia apabila dikuti dia di dalam apa-apa demikian (yg disembah oleh kamu) selain dia) dari apa-apa (yg disembah) apa-apa yg meremehkan kamu dari ‘amalan-‘amalan kamu; maka berhati-hatilah; sesungguhnya aku sungguh-sungguh telah tinggalkan dikalangan kamu apa-apa (yang aku tinggalkan) jika berpegang teguh kamu dgn apa-apa (yg aku tinggalkan) maka tidak akan sesat kamu selama-lamanya, (iaitu yg aku tinggalkan) kitab Allah (a.w) dan sunnah nabiNya.) [Hadith al-Hakim] 
Nota: Hadith ini menyebutkan sesiapa yg mengikuti ajakan syaitan, pastilah dia kecundang dalam Islam, tak dapat syurga. Syaitan itu telah berikrar menentang Allah (a.w) sehabis-habisan dgn memesongkan orang iman dari secara murni dan ikhlas mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dia tahu bahawa tidak mungkin dia boleh pengaruhi orang iman supaya bertuhankan dia atau menjadikan dia tuhan, namun dia rida the next best thing iaitu orang iman sembah selainnya sebagai tuhan atau syirik terhadap Allah (a.w) – termasuklah syirik secara samar atau tersembunyi yg tak jelas – dgn keyakinan atau amalan atau kepercayaan yg kononnya ada sesuatu yg memiliki kuasa ketuhanan atau orang iman mengingkari sebahagian daripada ketetapan Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Mereka yg menidakkan atau meremehkan atau mempersoal ketetapan as-Sunnah sebenarnya telah termakan atau terikut ajakan atau pengaruh syaitan, maka rosaklah keimanan mereka dan gagallah mendapat syurga dan pastilah masuk neraka.] 
Begitu juga mesej yg sama dalam hadith di atas itu. Janganlah kita meneysal di akhirat. Sebenarnya semua manusia akan menyesal di ahirat. Yg kafir di dunia sekarang akan menyesal, kerana tak mau terima agama Allah (a.w), maka merana di neraka tanpa batasan waktu. Orang yg Islam juga menyesal berada di dalam neraka kerana akui Islam, tapi tak belajar tntutan islam, abaikan panduan Islam yg haq - al-Quran dan as-Sunnah - maka sia-sia segala amalan dan ibadah, tak diterima Allah (a.w), maka sengsara dalam neraka. Orang yg ikuti ketetapan Islam yg sejajar dgn al-Quran as-Sunnah, berjaya pula dapatkan syurga, tapi syurga # 99 atau # 100, manakala ada rakannya yg lain berada di syurga #1 bersama-sama dgn para rasul dan Nabi. Menyesal, kerana di dunia dulu tak berusaha semaksimum mungkin dapatkan pahala dan seminimum mungkin tercebur diri dalam dosa.


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment