Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita lihat hadith Rasulallah (s.a.w) menyebut tentang 'istidraj'. Ramai orang Islam berbagai lapangan hidup yg mendapat 'istisraj' tanpa disedari oleh mereka. Pemimpin mendapatnya, ahli politik mengenainya, ilmuwan juga mengenai istidraj ini, orang yg menguruskan jabatan atau organisasi agama Islampun lebih-pebih lagi mengenainya, begitu jugalah orang yg dinobatkan sebagai pakar motivasi dan penulis buku-buku agama menjualkan idea mereka tentang Islam, walhal mereka sendiri belum boleh diakui benar-benar faham Islam.
Menyentuh tajuk di atas itu, ada suatu lagi dimensi yg amat bahaya kpd kita, terutama orang Islam yg memiliki kuasa mentadbir uruskan jema'ah atau umat Islam, kerana seringkali melakukan berbagai perkara yg sama sekali tidak dibenarkan atau bertentangan dgn ketetapan Islam.
Saudara, dalam beberapa post yg lalu, kita telah melihat firman Allah (a.w) mengenai orang-orang yg tidak mahu terima Islam dan ketetapan al-Quran. Segala amalan dan ibadah mereka yg baik-baik tidak diterima Allah (a.w) - Ayat 40, Surah al-A'raf - dan mereka takkan masuk syurga kecualilah boleh unta celus atau lulus melalui lubang jarum. Kemudian pada Ayat 41, Surah al-A'raf - disebutkan mereka itu akan masuk neraka - alas tidurnya (yakni, bertilamkan) api neraka dan berselimutkan api neraka. Kemudian, Ayat 42, Surah al-A'raf, menyebutkan pula orang-orang iman yg beramal soleh tidakpun diberatkan semasa hidupnya dulu mengerjakan ibadah sekadar sekuat mampunya beramal dan beribadah, mendapat syurga. Dan kerana kesyukuran mereka mereka berdoa dalam syurga dgn kalimah-kalimah doa yg sering dibacakan oleh penceramah/pendakwah - Ayat 43, Surah al-A'raf: 'Alhamdulillahil-lazi hadana lihaza, wa-ma kunna linahtadia laula an hadanallahu; laqad ja-at rusulu rabbina bilhaqqi; wa-nudu an tilkumul jannatu urithtumuha bima kuntum ta'maluna.' (Yg bermaksud: Segala puji pada Allah (a.w) zat yg telah memberi petunjuk (atau hidayah) kpd kami (penduduk syurga) dgn ini petunjuk; dan tidaklah ada kami mendapat petunjuk seandainya tidak bahawasanya memberi petunjuk Allah (a.w) kpd kami. Nescaya sungguh-sungguh telah datang beberapa rasul dari Tuhan kami dgn membawa kebenaran; dan mengajak (atau memanggil) mereka akan kami kpd syurga yg diwariskan oleh kami akan syurga dgn apa-apa yg ada kami kerjakan.'

Demikianlah sesama ahli syurga itu mereka menyatakan kesyukuran mereka kerana berjaya mendapat syurga, kerana mengikuti ajakan para rasul dan mentaati mereka terhadap syariat agama yg mereka bawakan. Mereka mendapat syurga kerana mereka mengamalkan apa-apa yg diperintah dan ditunjukkan oleh para rasul mereka.
'Wa-nada ashabul-jannati ashabun-nari an qad wajadna ma wa-'adana rabbuna haqqan fahal wajadtum ma wa-'ada rabbukum haqqa' qalu na'am; fa-azzana muazzinun bainahum an la'natallahi 'alaz-zolimina.' (Yg bermaksud: 'Dan memanggil penghuni syurga kpd penghuni neraka: 'Bahawa sungguh-sungguh telah menjumpai kami apa-apa yg dijanjikan oleh Tuhan kami yg benar. Maka apakah telah menjumpai kamu apa-apa yg menjanjikan Tuhan kamu dgn benar?' Berkata (ahli neraka): 'Ya, Benar'. Maka memberi pengumuman orang yg memberi pengumuman antara kedua golongan itu: 'Laknat Allah (a.w) atas orang yg menzalimi diri mereka (i.e. orang yg diberi petunjuk jalan ke syurga oleh para rasul mereka, menolaknya).') [Ayat 44, Surah al-A'raf]
Ayat di atas itu menceritakan bahawa penghuni syurga bertanya kpd penghuni neraka tentang janji Allah (a.w) kpd penghuni neraka, kerana mereka, penghuni syurga, benar-benar telah mendapati bahawa janji Allah (a.w) terhadap mereka itu benar belaka. Penghuni neraka, apabila ditanya mengakui bahawa janji Allah (a.w) itu, iaitu tolak rasul dan tak mau terima ajakan rasul pasti dapat neraka, memang benar. Kemudian para malaikat membuat pengumuman bahawa Allah (a.w) melaknat orang-orang yg berada di dalam neraka. Malaikat menyambung kata-katanya pada Ayat selanjutnya, memberitahu siapa dia ahli neraka itu.
'Al-lazina yasudduna 'an sabilillahi wa-yabghunaha 'iwajan; wa-hum bil-akhirati kafiruna.' (Yg bermaksud: (Malaikat menyambung ucapannya tentang orang yg dilaknat tersebut, iaitu) orang-orang yg mencegah (atau menghalang-menghalangi manusia) dari jalan Allah (a.w) dan mengingini mereka agar (jalan itu) menyimpang (dari kebenaran); dan mereka dgn akhiratnya kufur (yakni, tidak yakin dan tidak menerima) mereka.) [Ayat 45, Surah al-A'raf]
Kemudian, dalam ayat di atas pula, kita diberitahu siapakah ahli neraka tersebut? Mereka adalah tiga golongan dalam kes ini; iaitu: pertama, orang-orang yg kerjanya mencegah atau menghalang orang dari megikuti jalan Allah (a.w) yg lurus, iaitu mereka yg dihalangi dari berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan mengikuti syariat Islam yg benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dan berjema'ah dalam mengamalkan segala sesuatu ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya; kedua, orang-orang yg inginkan manusia menyeleweng atau menyimpang dari jalan lurus dalam agama, yakni supaya lari dari ketetapan syariat Islam yg haq berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dgn mengdakan pelbagai ajaran dan tokok tambah supaya syariat agama Islam yg diikuti itu berbeza atau berlainan atau terus menyimpang dari yg haq (benar); dan ketiga, orang yg kufur atau tidak mempercayai wujudnya kehidupan akhirat dan mereka beranggapan bahawa tiada hubungan dunia dgn akhirat.
[Nota: Kita perjelaskan dua golongan pertama. Hari ini begitu ramai orang yg mengadakan pelbagai peraturan yg menyekat orang-orang Islam yg ingin mengamalkan syariat Islam yg haq berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah melalui pelbagai karenah dan peraturan, spt diwajibkan mendapat tauliah untuk mengajarkan al-Quran dan as-Sunnah, atau bercakap fasal agama, mendapatkan surat kelulusan premis yg hendak digunakan untuk pengajian al-Quran dan as-Sunnah, orang yg ingin menyampaikan ilmu (bersyarah atau berceramah) diwajibkan memiliki kelulusan yg tertentu, dan isi kandungan yg hendak diajarkan atau diceramahkan hendaklah disemak dan diluluskan oleh pihak berkuasa, dll lagi sekatan dan halangan. Demikianlah peraturan yg bertentangan dgn perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) perintahkan seseorang yg ada ilmu itu wajib mereka sampaikan dan sesiapa yg berilmu itu, jika tidak mahu sampaikan, tidak akan mencium bau syurga. Malangnya, peraturan diadakan bertentangan dgn ketetapan syariat Islam, menghalang program dan proses pengilmuan dan program dakwah. Mereka itu adalah orang yg dirujuk dalam firman Allah (a.w) ini.]
'Wa-bainahuma hijjabun; wa-'ala a'rafi rijalun ya'rifuna kulla bi-simahum, wa-nadau ashabal jannati an salamun 'alaikum' lam yadkhuluha wa-hum yat ma'una.' (Yg bermaksud: Diantara mereka ada hijab (benteng/pagar pemisah); dan di atas a'raf (i.e. tempat yg tinggi) beberapa lelaki (dan perempuan) mengenali mereka dgn kesemuanya dgn tanda-tanda (di tubuh) mereka, dan memanggil kpd penghuni syurga: 'Bahawasanya selamat sejahtera atas kamu sekelian'. Belum masuk mereka (yg berada di atas benteng/pagar) itu pada syurga dan mengharapkan mereka (dimasukkan ke dalamnya).) [Ayat 46, Surah al-A'raf]
Dalam ayat di atas itu, kita diberitahu bahawa ashabul a'raf dapat melihat penghuni syurga (dan penghuni neraka) itu kerana mereka berada di atas benteng yg memisahkan syurga dgn neraka yg tinggi, sambil mengucapkan ucapan 'As-salamualaikum, Selamat sejahtera kamu.' kpd mereka. Ashabal a'raf mengharapkan agar Allah (a.w) akhirnya memasukkan mereka ke dalam syurga juga setelah selesai urusan mengenai mereka.
'Wa-iza surifat absaruhum tilqa-a ashaban-nari; qalu rabbana la taj'alna ma-'al qaumiz-zolimina.' (Yg bermaksud: Dan ketika dipalingkan mata mereka (penduduk di atas benetng = ashabul a'raf) ke arah penghuni neraka, berkata mereka: 'Wahai Tuhan kami janganlah menjadikan Engkau (Allah) kami dari kalangan kaum yg menzalimi diri mereka itu.) [Ayat 47, Surah al-A'raf]
Saudara, setelah penghuni al-A'raf itu melihat keadaan penghuni syurga dan berpaling pula melihat keadaan penghuni neraka, mereka berdoa meminta agar Allah (a.w) jauhkan mereka dari neraka.
[Nota: Siapa golongan 'ashabul a'raf'? Mereka adalah golongan orang iman yg sudahpun selesai proses hisaban berdasarkan apa-apa yg terdapat dalam Kitab Catatan Amalan mereka. Mereka sudah berjaya diselamatkan dari neraka kerana amalan dan ibadah mereka semasa di dunia. Yg belum selesai hanyalah dosa-dosa mereka sesama manusia yg perlu diselesaikan dgn manusia yg mereka berdosa. Maka dgn itulah yg berjaya mendapat syurga sudahpun masuk syurga dan yang gagalpun sudah masuk nereka. Mereka masih menuggu giliran sama ada akhirnya masuk syurga atau masuk neraka. Mereka tertahan di atas benteng yg terbina di antara syurga dan neraka. Namun, mereka dapat melihat keadaan di dalam syurga dan keadaan di dalam neraka. Dan, berdoa mereka agar akhirnya mereka berjaya mendapat syurga setelah selesai urusan dosa-dosa dgn manusia.]

'Wa-nada ashabul-'a'rafi rijalan ya'rifunahum bisimahum qalu ma aghna 'ankum jam'ukum wa-ma kuntum tastakbiruna.' (Yg bermaksud: Dan memanggil ashabul-a'raf (penduduk di benteng) beberapa lelaki mengenali mereka dgn tanda-tanda (di tubuh) mereka, berkata: 'Tidak boleh menolak dari kamu perkumpulan kamu (i.e. perkumpulan neraka) apa-apa yg ada kamu sombong kamu (ketika di dunia dahulu).) [Ayat 48, Surah al-A'raf]
Saudara, ayat di atas itu menyebutkan bahawa penduduk di atas benteng/ batas pemisah antara syurga dan neraka tadi - ashabul a'raf - memanggil penghuni neraka yg mereka kenali dari tanda-tanda di tubuh mereka, bahawa apa yg ditetapkan balasan terhadap mereka tidak akan tertolak atau terhapus kerana ketika di dunia dahulu mereka itu sombong - tidak mahu ikuti dan taati ketetapan Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) dan RasulNya (i.e. ketetapan as-Sunnah), mereka ikuti ketetapan pihak atau orang lain yg tiadapun sandaran al-Quran dan as-Sunnah, malah mereka menolaknya atau mengubahnya. Mereka menyombongkan diri terhadap Allah (a.w) dan RasulNya, tak mahu terima ketetapan atau ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian atau buat perubahan kpd sebahagian syariat agama Allah (a.w).
'Ahaula-il-lazina aqsamtum la yanaluhumullahi birahmatin; udkhulul jannata la khaufun 'alaikum wa-la antum tahzanuna.' (Yg bermaksud: (Allah berfirman) 'Apakah demikian mereka yg bersumpah tidak memberi mereka (ahli syurga) oleh Allah (a.w) dgn kerahmatan (yakni, kasih sayangNya): 'Masuklah kamu ke dalam syurga jangan khuatir atas kamu dan tidaklah kamu merasa susah kamu.' ) [Ayat 49, Surah al-A'raf]
saudara, ayat dia atas itu menyebutkan firman Allah (a.w) ini menyebutkan bahawa apa yg dijanjikan Allah (a.w) kpd ahli syurga akan ditunaikan. Justeru itu, sesiapa yg menepati ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) - berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah - pastilah janji Allah (a.w) diperolehi oleh mereka, yakni kesemuanya ditunaikan oleh Allah (a.w). Berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah dan beramal dgnnya, pasti dapat syurga (spt ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa').
Mudah-mudahan mereka yg tergolong dari kalangan orang yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) ini, iaitu orang yg menghalang program dan proses dakwah atau sengaja menyulitkan orang lain mengajarkan ilmu dan memberi kefahaman terhadap Islam dan syariatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah menyedari betapa buruknya kesudahan mereka di akhirat kelak. Dgn kesedaran tersebut mereka sempat bertaubat dan mengubah dasar,strategi dan peraturan yg berkaitan supaya mereka terlepas dari tergolong dari kalangan orang yg tidak akan mendapat syurga dan dicampakkan ke dalam neraka kelak, wal iya zubillah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment