Sunday, November 20, 2011

Istidraj ...Jagalah Diri Dari Mengenai Kita

Assalamualaikum,
saudara, tak lama lagi akan datang tahun H 1433. Demikianlah lamanya kita ditinggalkan Rasulallah (s.a.w). Dan, semakin jauh kita dari zaman Rasulallah (s.a.w) semakin nyenyak hidup kita dilenakan oleh keseronokan dunia. Dan, kerana itu juga semakin besar kemungkinan kita dikalahkan oleh syaitan. Dan, semakin jauh kita ditinggalkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka semakin tanduslah kemungkinan kita mendapat ilmu yg haq - ilmu al-Quran dan as-Sunnah  - kerana beberapa sebab; antaranya: pertama, ilmu mengenai agama - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - tidak lagi dinilai dan diberi keutamaan oleh  masyarakat Melayu; kedua, para ilmuwan dan ulama' yg mengajarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah tidak ramai dan semakin pupus, kerana generasi muda tidak lagi mahu belajar dari generasi tua yg berilmu. Semakin ramai orang-orang yg berilmu diwafatkan Allah (a.w), maka semakin hilanglah ilmu mengenai Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Ketiga, pada masa yg sama, semakin pupusnya orang yg berilmu kerana mereka meninggal dunia dan semakin tidak diminati oleh generasi muda belajar ilmu drp mereka dan semakin menonjol pula para ulama' atau ilmuwan yg separuh masak ilmunya, maka semakin jahillah hakikatnya umat Islam tentang agamanya. Keempat, semakin ramai pula orang yg akui dirinya berilmu mengarang kitab dan buku dan semakin ramai pula diantara mereka yg berani menyuarakan pendapat dan pandangan yg sama sekali batil kerana tiada sandaran al-Quran dan as-Sunnah, maka semakin teruklah ilmu yg boleh memandu kebenaran dalam Islam. Kelima, semakin ramailah pula orang yg akui dirinya berilmu dan alim hanya mengajarkan ilmu mereka secara galmour iaitu bercakap melalui media letronik spt TV dan seumpamanya, bercakap tanpa sandaran al-Quran dan as-Sunnah, lebih menggunakan tafsiran dan takrifan akan fikiran dan kebijaksanaan otaknya berfikir dan kepandaian lidahnya bercakap. Maka bertambah jauhlah nasihat mengenai yg haq dari kebenaran. Keenam, semakin pupuslah pula para ulama' yg sanggup mengajarkan ilmunya fi sabilillah tanpa secara sukarela tanpa mengharapkan bayaran, dan semakin ramailah orang yg mengadakan program agama di TV atau di dalam berbagai forum dgn mengenakan bayaran yg lumayan dan membebankan pula orang biasa mendapat akses kpd ilmu, semakin jahillah masyarakat Islam. Ketujuh, semakin ramai pula orang yg Islam yg diberi kuasa mentadbiruruskan jemaah umat Islam dalam kejahilan ilmu, mengadakan peraturan yg ketat atau yg tidak direstu oleh Islam untuk menghalang program penyebaran dan pengilmuan oleh orang yg berilmu dan sanggup menyampaikan ilmu secara percuama, maka, kerana kawalan serta batasan dikenakan kpd program dan proses pengilmuan, maka semakin sukarlah umat Islam mendapat akses kpd ilmu yg haq dan semakin ramailah orang yg menggunakan media batil untuk meraih keuntungan diri dan menyulitkan penyampaian lmu Islam kpd umat Islam. Maka semakin payahlah umat Islam mencari kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Tidak hairanlah Rasulallah (s.a.w) memberitahu apakala ilmu yg haq itu semakin tersimpang dan ditolak tepi oleh masyarakat Islam, maka semakin banyaklah fatwa yg batil dan orang yg memberi fatwa sesat, menyimpang dan menyeleweng. Dia sudahlah sesat, dia pula menyesatkan orang lain. Justeru itu, berpegang teguh kpd syariat agama Islam yg haq  berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah seumpama memegang bara api. Amat sulit.
saudara, mereka-mereka yg terlibat dalam dimensi-dimensi yg disebutkan di atas itu sebenarnya terlibat dalam sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza ra-aitallaha yakti; ‘abda minad-dunya ‘ala ma-asyihi ma yuhibbu fainnama huas-astadrajun thumma tala Rasulullahi (s.a.w):Falamma nasu ma zukkiru bihi fatahnan ‘alaihim abwaba kulla syai-in hatta iza farihu bima utu akhadnahum ba’tata faizahum mublisuna’ (Ayat 44, Surah al-An’am) ‘(Yg bermaksud: Jika kamu melihat Allah (a.w) memberikan seseorang hamba dari dunianya atas apa-apa perkara dunia yg disukainya, maka sesungguhnya apa-apa yg diberikan itu adalah ‘istidraj’, kemudian menyebutkan Rasulallah (s.a.w) ‘Falamma nasu ma zukkaru bihi fatahna ‘alaihim abwaba kulla syai-in hatta farihu bima utu akhaznahum ba’tatan faizahum mublisuna.’ [Yg bermaksud: Maka tatkala mereka melupakan peringatan yg telah diberikan kpd mereka, Kami (Allah) membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dgn apa-apa yg telah diberikan  kpd mereka, maka Kami (Allah) datangkan siksa secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam (ie. terpegun) diri berputus asa.’ (Ayat 44, Surah al-An’am)’. [Hadith Imam Ahmad dalam Musnad] 
[Nota: Peringatan kpd orang-orang lupakan Allah (a.w) kerana dihanyutkan oleh kesenangan dan keseronokan dunia, ditambah dan ditambah, sehingga terus lupa, sehinggalah sampai ajal baru disedarkan. Ketika itu sudah terlewat] 
Saudara, ramai orang lupakan peringatan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Orang yg diberi kuasa mentadbiruruskan jema'ah Islam, contohnya, ketetapikan perintah menyampaikan ilmu mengenai islam. Sebaliknya, mereka menyulitkan program pengilmuan. Kerana kononnya takutkan 'penyelewengan ilmu' atau 'mengatakan ilmu yg disampaikan itu menyimpang dari Islam yg haq' walhal mereka sendiri jahil ilmu. Orang mencari kesenangan dunia dgn memperdagangkan Islam dan ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Ramai mereka itu selesa hidup, tanpa menyedari betapa Allah (a.w) telah menjadikan mereka tergolong dalam golongan yg disebutkan dalam hadith tersebut. Begitu juga orang yg kaya raya dilupakan oleh kekayaan mereka... dan sebagainya. Enggan dia menginfaq fi sabilillah, kecuali kalau dihebah-hebohkan atau ada peluang meraih keuntung dari infaqnya ...
Mudah-mudahan kita terselamat dari 'istidraj' ini, insya Allah 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment