Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah teliti beberapa firman Allah (a.w) dalam Surah al-A'raf, khususnya menyentuh tajuk atau topik'Neraka: Siapa yg dapat ...'. Kali ini kita lihat pula counterfactualnya, iaitu: 'Syurga: Siapa yg dapat?' Saudara, pasti sdr masih ingat dalam post blog ini bahawa setelah kiamat dunia, hanya ada dua tempat bagi kita - yg Islam dan beriman - iaitu segolongan atau sekumpulan masuk syurga dan sekumpulan masuk neraka (Ayat 7, Surah as-Syura). Kita membuat pilihan untuk dapat yg mana satu ketika kita masih hidup. Setelah sampai ajal kita atau setelah mati kita kita hanya terima sahaja balasan, tidak dapat membuat pemilihan lagi. Dan, tidak ada jalan tengah atau tempat kedua di akhirat kelak.
Saudara, kelayakan atau syarat pertama untuk dapatkan syurga adalah kita Islam - Ayat 3, Surah al-Maidah dan Ayat 85, Surah ali-Imran (= Sesiapa yg anuti agama selain Islam tak diterima segala amalan dan ibadahnya dan di akhirat kelak mereka masuk neraka). Kerana Islam sahajalah agama yg Allah (a.w) beritahu manusia sebagai agama yg Dia (Allah) ridha. Dan, sesiapa yg pilih atau ikuti agama selain Islam, pasti masuk neraka. Syarat kedua adalah kita esakan Allah (a.w), yakni tidak sedikitpun ada unsur-unsur syirik dalam kalbu atau hati atau ingatan atau kepercayaan kita - Ayat 18, Surah al-Jin, Ayat 3 dan 65, Surah az-Zumar, Ayat 213, Surah as-Syu'ara, Ayat 72, Surah al-Maidah, dll (= jangan kamu sembah/meminta kpd selain Allah (a.w)). Termasuk unsur-unsur syirik adalah kepercayaan kpd kurafat dan tahyul dalam beribadah atau mengerjakan ibadah kpd Allah (a.w). Semua kepercayaan sedemikian adalah syirik 'kecil' atau samar, dan kalau kita terlibat dgn sedemikian, kita terkeluar Islam tanpa kita sedari. Para ulama' atau ustaz kata syirik kecil, tapi tetap syirik! Syarat ketiga, hendaklah kita mengabdikan diri atau beribadah semata-mata kpd dan kerana Allah (a.w) - Ayat 56, Surah al-Isra' (= kerana kita inginkan syurga Allah (a.w) dan selamat dari Neraka Allah (a.w), Ayat 11, Surah az-Zumar, dll). Untuk membuktikan ke-akuran kita kpd perintahNya bahawa kita diberi kesempatan hidup di dunia untuk menyembahNya - Ayat 56, Surah az-Zariat (= Kita dijadikan untuk menyembah hanya Allah (a.w)). Syarat keempat adalah setelah kita Islam, kita tidak syirik dan mempercayai sesuatu yg tahyul dan kurafat dalam keyakinan diri dan dalam menjalani kehidupan di dunia, kita wajib taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) - Ayat 13, Surah an-Nisa' (= apa yg disuruh kita buat sekuat mampu dan apa yg ditegah kita jauhi dan tinggalkan). Syarat kelima hendaklah kita berjema'ah dalam menganuti agama Islam. Maksudnya, Islam yg benar itu adalah Islam yg dijema'ahkan - Ayat 103, Surah ali-Imran ( = Peganglah Islam secara berjema'ah) . Syarat keenam hendaklah kita dalam Islam taatkan 'ulil amri' (yakni, orang-orang yg kita umat Islam angkat menjadi pemimpin jema'ah Islam) - Ayat 59, Surah an-Nisa. Kita taatkan 'ulil amri' selagi mereka tidak menyuruh kita melakukan maksiat (= sesuatu yg ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), spt mengamalkan 'bid'ah', kerana sesiapa yg amalkan bid'ah tak diterima taubatnya, terkeluar dari Islam tanpa disedari, malah dikira syirik (kerana, seolah-olah ada kuasa yg lebih berkuasa dari Allah (a.w) menyuruh amalkan walhal Allah (a.w) dan RasulNya tegah). Syarat ketujuh hendaklah kita mengerjakan amalan dan ibadah yg diwajibkan - Ayat 72, Surah az-Zuhruf (= Syurga itu hanya diwariskan atau diberikan kerana apa-apa yg dikerjakan, i.e. amalan dan ibadah dan amal makruf selainnya). Jelasnya hendaklah kerjakan solat, puasa, zakat, dan naik haji. Tak beramal, jangan harap dapat syurga! Dan, kesemua amalan dan ibadah hendaklah menepati bentuk-bentuk atau cara dan kaedah yg ditetapkan oleh as-Sunnah atau sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) - Ayat 21, Surah al-Ahzab (= Rasulallah (s.a.w) itu adalah 'uswatun hasanah' = contoh terbaik dijadikan model dalam mengerjakan amalan dan ibadah dan dalam mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w) bukan imam so and so). Kalau kita buat amalan dan kerjakan ibadah spt solat yg bentuknya dan cara dan kaedahnya berlainan drp as-Sunnah atau apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) kita gagal menepati syarat ini. Semua yg kita amalkan dan ibadahkan jadi batal dan batil, tidak diterima Allah (a.w). Amalan dan ibadah sunat adalah disuruh oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) kita kerjakan untuk menampal kekurangan atau kecacatan dalam amalan fardu kita - spt solat sunat dan puasa sunat - dan juga sebagi membuktikan bahawa kita bersyukur (= berterima kasih) kpd Allah (a.w) yg meminjamkan kpd kita nyawa untuk menikmati kehidupan di dunia untuk beberapa waktu - 60 atau 70 tahun. Syarat kedelapan adalah tak mungkin kita dapat syurga kalau kita tidak kerjakan amalan dan ibadah yg ditetapkan. Justeru itu, bagi orang Islam yg takpun bersolat, takpun berpuasa, takpun mengeluarkan zakat dan takpun menginfaqkan sebahagian harta kekakayaan miliknya pada fi sabilillah dan takpun naik haji, takkan dapat syurga. Itu pasti. Syarat kesembilan hendaklah kita Islam sepenuhnya, kita terima semua dan jangan ambil sebahagian dan tinggalkan atau abaikan sebahagian. Yakni, ambil semua yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah - Ayat 208, Surah al-Baqarah (= masuklah ke dalam agam,a Islam sepenunnya i.e. dgn sempurna).
Saudara, menyentuh tentang amalan dan ibadah yg formal - solat, puasa, zakat, haji (dan umrah) - kalau kita buat rukun qalbinya (niat/qasad hati ketika mengerjakannya), rukun qaulinya (uacapan atau bacaan) dan rukun fe'linya (perbuatan atau perlakuan) yg berlainan dr apa yg disebutkan dalam as-Sunnah (= yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)), maka amalan dan ibadah yg berkenaan tak diterima Allah (a.w).Majoriti umat Islam hari ini gagal dalam memahami perkara ini.
Sesiapa yg tidak menepati starat-syarat tersebut pastilah dia tak dapat syurga, walau banyak mana atau istiqamah dia beramal kerana kesilapan-kesilapan yg dia lakukan dalam Islam atau sebagai orang Islam. Jika tidak masakan terdapat sebanyak 73 golongan atau jenis atau brand Islam di akhir zaman? Hanya satu golongan atau satu ikutan atau satu brand saja yg benar iaitu 'ahlus sunnah wal-jama'ah' = Islam yg berpandukan as-Sunnah (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali - khalifah ar-rasyidin (= yg benar) al-mahdiyin (= Yg diberi Allah (a.w) hidayah) dan mereka berjema'ah. Islam zaman Rasulallah (s.a.w) dan Islam zaman khalifah yg empat itu adalah Islam yg benar yg sah - mereka berpegang kpd as-Sunnah dan mereka berjema'ah, dan umat Islam di pimpin oleh Rasulallah (s.a.w), kemudian Abu Bakar, kemudian Omar, dan seterusnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment