Sunday, November 13, 2011

Syaitan: Angkara serta Ancaman dan Tipuhelahnya (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat sebelum ini, beberapa post tentang kedurhakaan syaitan kpd Allah (a.w) kerana tidak ikuti perintah Allah (a.w) supaya tunduk hormat kpd Adam (a.s), manusia pertama yg dicipta Allah (a.w) sendiri. Kemudian syaitan membanggakan asal usulnya dan meremehkan asal usul manusia (Adam). Kemudian apabila dicemoh dan dimurkai Allah (a.w) dia meminta supaya dihidupkan sampai kiamat dunia. Dan, dia berikrar di depan Allah (a.w) untuk merosakkan aqidah dan iman anak cucu turun Adam (a.s) dgn tipu dayanya dan kuncu-kuncunya dari semua arah dan sudut, melalui pelbagai cara dan kaedah serta strategi, supaya seramai mungkin manusia itu kafir dan kekal kafir dan syirik terhadap Allah (a.w). Kemudian Allah (a.w) jadikan syaitan itu sebagai pemimpin kpd orang-orang yg tidak beriman. Justeru itu, syaitan adalah ujian terbesar dan tersulit bagi orang iman yg membentengi mereka mendapatkan syurga!
Saudara, Allah (a.w) peringatkan kita dalam al-Quran supaya kita yg beriman hendaklah berwaspada dgn godaan dan tipu helah syaitan. Hendaklah kita sentiasa ingatkan Allah (a.w) dan berpandukan dgn ketetapan Allah (a.w) - al-Quran, dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) - as-Sunnah, kerana ketetapan selainnya akan menyesatkan kita dan menjadikan kita mudah terpengaruh dan dipergunakan oleh syaitan (vulnerable), kerana syaitan sentiasalah mencari peluang dan ruang untuk menyesatkan kita, supaya akhirnya kita terjerumus terkeluar dari ketaqwaan, keimanan dan Islam, masuk neraka bersama-samanya.
Firman Allah (a.w): 'Ya Bani Adama la yaftinannakumus-syaitanu kama akhraja abawaikum minal-jannati yanzi'u 'anhuma libasahuma li-yuriahuma sau-atihima; innahu yarakum hua wa-qabiluhu min haithu la taraunahum; inna ja'alnas-syayatina aulia-a lil-lazina la yukminuna.' (Yg bermaksud: Wahai anak turun Adam! Janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu (atau diperdayakan) oleh syaitan sebagaimana ia telah (memperdayakan nenek moyang kamu, Adam dan Hawa) mengeluarkan mereka dari syurga, menanggalkan ia pakaian kedua-duanya supaya memperlihatkan aurat (melauan) kedua-duanya. Sesungguhnya syaitan dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yg kamu tidak dapat melihat mereka.  Sesungguhnya telah Kami (Allah) jadikan syaitan itu pemimpin orang-orang yg tidak beriman (i.e. kafir).) [Ayat 27, Surah al-Araf]
Saudara, syaitan itu akan sentiasa berusaha menjadikan dirinya dan anak turunnya yg hidup tidak mati sehinggalah kiamat dunia itu sebagai musuh -yg terang dan ghaib - kpd orang yg beriman. Siapa dia orang yg beriman? Orang beriman itu adalah pertamanya beragama Islam. Kalau dia tak Islam sudah pastilah dia tidak akui Allah (a.w) itu tuhan mereka. Jika begitu, dia tak perlu dikacau atau digoda oleh syaitan, kerana mereka memang sudah pasti dalam agama. Keduanya, orang iman itu percaya dan yakinkan 6 elemen atau unsur Rukun Iman (akui wujudnya Allah (a.w), para rasul, para malaikat, kitab-kitab Allah (a.w) yg diturunkan kpd sesetengah Rasul, percayakan wujudnya akhirat, hari pembalasan, wujudnya qada' dan qadar). Ketiganya, orang iman itu laksanakan segala ketetapan Rukun Islamnya (yakin penuh dgn syahadahnya, dia bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan menginfaq, dan menunaikan haji dan umrah dgn penuh ikhlas kerana inginkan syurga Allah (a.w) dan terelamat dari nerakaNya). Keempatnya, orang iman itu yakin dgn akhiratnya, tentang wujudnya balasan akhirat, atas segala sesuatu yg dikerjakan di dunia yg menepati ketetapan Allah (a.w) sahaja yg sah dan diterima, dan faham dia bahawa dia diberi kesempatan hidup di dunia ini untuk mengabdikan (mengerjakan amalan dan ibadah) hanya kpd Allah (a.w) sahaja. Maka dgn itu dia wajib kerjakan segala yg diperintahkan oleh Allah (a.w) (dan RasulNya) sekuat mampunya dan meninggalkan yg ditegah/dilarang tanpa pengecualian. Kelimanya, orang iman itu penuh yakin dan akur dgn ketetapan Allah (a.w) bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah Utusan Allah (a.w) yg membawakan Islam agama Allah (a.w) sebagai wadah pengabdian manusia yg beriman. Dan, dia yakin dan akur bahawa suruhan Rasulallah (s.a.w) itu adalah suruhan yg mutlak yg wajib ditaati kerana itulah perintah Allah (a.w) (dalam al-Quran).  Rasulallah (s.a.w) tidak akan bercakap atau menyuruh sesuatu tanpa sandaran perintah Allah (a.w) melalui wahyu atau tanpa perintah yg disampaikan melalui malaikat Jibril (a.s). Jika begitu, orang iman itu wajib taatkan Rasulallah (s.a.w) dalam semua perkara terutama dalam penterjemahan hakikat 'pengabdian terhadap dan kepada Allah (a.w)' itu. Malah memangpun orang iman itu wajib taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah), kalau dia maukan syurga di akhirat kelak - Ayat 13, Surah an-Nisa'.
Saudara, dgn itulah sesiapa yg anggapkan dirinya Islam tetapi tak akur dgn ketetapan atau suruhan Rasulallah (s.a.w) bukanlah Islam. Orang Islam dan beriman itu adalah orang yg menepati Ayat 13, Surah an-Nisa' itu. Justeru itulah, mereka dapat syurga. Orang yg membelakangkan al-Quran - sengaja atau tanpa disengajai - adalah bukan Islam. Orang Islam yg membelakangkan, lebih-lebih lagi menolak-tepi, as-Sunnah - sengaja atau tak sengaja - juga bukan orang Islam atau jauh sekali orang iman! Syaitan berjaya memperdayakan orang Islam melalui pelbagai cara dan muslihat supaya orang yg akui dirinya Islam itu menyelisihi atau membuat sesuatu yg sedikit sebanyak bertentangan dgn al-Quran atau melakukan sesuatu atau meyakini sesuatu, walaupun sedikit, bertentangan dgn as-Sunnah, sudah berjaya dipesongkan oleh syaitan dari aqidah Islam yg haq itu. Maka dia tergolong di antara orang-orang yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa' - golongan yg pasti masuk neraka dan tak dapat syurga. Maka dgn itulah penting dan utamanya kita faham ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Kita yg inginkan kejayaan mengikut Ayat 13, Surah an-Nisa' itu, hendaklah belajar, faham dan tahu ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Tidak ada jalan pintas untuk faham al-Quran dan as-Sunnah kecuali belajar al-Quran dgn merujuk kpd al-Quran secara berguru dan belajar as-Sunnah dgn merujuk kpd kitab-kitab hadith secara berguru. Hanya itu saja jalan yg secara pasti boleh menyelamatkan diri kita dari tipuhelah dan godaan syaitan, dan kita selamat mendapat syurga. Tidak guna kita berbangga dgn keIslaman kita kalau sebagai ulama atau ilmuwan atau orang Islam yg beriman, kita disanjung manusia ketika hidup kerana pelbagai perkara, tapi kerana kita lupa berpandu dgn al-Quran dan as-Sunnah sebaliknya kita berpandu dalam agama kpd kitab-kitab atau cakap-cakap manusia, kita kecundang. 
Saudara, orang yg merasai dirinya berilmu ('alim) itu, contohnya, akan digoda dan diperdayakan oleh syaitan melalui sumber ilmunya dan siapa gurunya, supaya secara halus dia terpesong terkeluar dari ketetapan Islam yg haq. Malah orang itu pula memesongkan orang lain, supaya bertambah banyak dan berbagailah pula kiriman dosa dari mereka yg dipengaruhinya dan yg menjadi pengikutnya, wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment