Tuesday, November 22, 2011

Adab Makan & Minum dalam Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan semakan kita terhadap tajuk di atas itu. Kita lihat pula ketetapan as-Sunnah berikut pula, yg secara langsung melambangkan ukhuwah atau persaudaraan dalam Islam:
Diriwayatkan hadith dari 'Ato' b Saib hadith dari Saib hadith dari Said b Jubairin hadith dari ibnu Abbas bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: 'Al-barakatu tanzilu wa-sato to'ami fakulu min hafataihi wa-la takkulu min wa-satohi.' (Yg bermaksud: Adapun keberkatan (dalam makan itu) turun (yakni, bertempat) di tengah-tengah makanan (bekas yg digunakan untuk makanan/makan), maka makanlah (dgn memulakan) dari arah kiri dan kanan makanan (bekas makanan), dan janganlah makan (dgn memulakan) dari tengah makanan (bekas makanan).) [Hadith at-Termidzi, Kitab Makanan]
Hadith ini menyebutkan bahawa keberkatan dalam makanan itu berada di tengah-tengah makanan atau ditengah beks makanan itu dihidangkan. Maka disuruh kita ambi dari sekeliling kawasan tengah, bukan disuruh kita ambil yg tengah. Keberkatan itu melibatkan peradaban makan secara berjema'ah - beramai-ramai atau berkumulan - keberkatan berada dalam masyarakat Islam yg bersatu padu, saling bermesra antara satu sama lain, termasuklah dalam perkara makan. 
Saudara, bagi saudara yg sudah lama berada di dunia, mungkin sekali pernah melihat upacara atau majlis makan minum generasi lama dalam kenduri kendara dan seumpamany. Ketika itu makanan dihidangkan di dalam dulang (besi atau tembaga). Ditengah-tengah dulang itu diletakkan lauk pauk, manakala ditepi-tepi lauk pauk itu diletakkan sayur-saturan atau lain-lain juadah, di keliling lauk itu dibubuh nasi (atau di negara Arab, roti).Setiap dulang itu dikhususkan untuk seberapa ramai orang makan dgn menggnakan tangan. Ketika makan kesemua yg dikhususkan untuk dulang tersebut, katalah 4 atau 5 orang, mereka akan duduk mengelilingi dulang dan makan nasi di hadapan masing-masing dan mengambil sedikit demi sedikit lauk dan perncah lain yg letaknya ditengah dulang. Merekapun makanlah dgn berkongsi lauk pauk dan perencah lain sehinggalah habis nasi yg terhidang dimakan.
Sistem dan cara makan ini menggalakkan semangat kekitaan sesama umat Islam, kerana tidak dibezakan pangkat dan darjat dan dipastikan bahawa kesemua yg terhidang itu dihabiskan kerana kebrkatan itu adalah makanan yg dihabiskan. Mungkin dalam kumpulan 4 atau 5 orang itu tak sama  kadar kelaparan atau kemampuan makan, maka yg makan banyak boleh makan banyak kerana nasi yg trhidang itu dikongsi bersama dan lauk pauknya juga dikongsi bersama.
Saudara, sesiap yg biasa ke Saudi Arabia untuk umrah atau haji, seringkali singgah di pertengahan jalan dan dihidangkan makanan dalam bentuk 'jema'ah' sedemikian itu.
Diriwayatkan hadith dari Amru b Dinar, penyimpan harta sabilillah milik keluarga Zubir berkata:'Aku mendengar Salim b Abdillah b Omar berkata: 'Aku mendengar bapaku (yakni, Abdullah b Omar) berkata dia: 'Aku mendengar Omar b Khattab (r.a) berkata: 'Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Kulu jami'an wa-la tafarraqu fa-inna barakata ma'al jama'ata.' (Yg bermaksud: Makanlah dgn berjema'ah (ie. bersama-sama) dan jangalah (makan) berfirqah-firqah (yakni, berpisah-pisah atau brasingan), maka sesungguhnya keberkatan (ketika makan) itu (adlah makan) beserta jema'ah (yakni, bersama-sama).) [Hadith ibnu Majah, Kitab Makanan]
Saudara, hadith ini diriwayatkan oleh tiga gereasi orang iman yg kesemuanya alim, iaitu cucu Omar b Khattab, anak kpd anak Omar, Abdullah b Omar atau dikenal dalam as-Sunnah sebagai ibnu Omar, sahabat Rasulallah (s.a.w), dan Salim anaknya.
Kalau kita lihat kalimah dalam hadith itu disebutkan kalimah 'jami'an' (= secara berjema'ah) dan kalimah (wa-la tafarraqu' (= jangan berfirqah-firqah atau berpcah-pecah atau terasing). Dua jkalimah ini disebutkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya dalam al-Quran khususnya Ayat 103, Surah ali-Imran:' 'Waktasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu' (yg bermaksud: Dan peganglah tali Allah (a.w) (yakni, agama Islam) secara berjema'ah dan janganlah kamu berfirqah (= berpecah-pecah atau berkumpulan terasing atau berasingan)). Jelas Islam itu dalam semua perkara menggalakkan berjema'ah dan bermusyawarah dan jangan berpecahpecah atau mengadakan perkumpulan secara eksklusif atau terasing atau berasingan. Eemikianlah ukhuwah dan kesepaduan dalam Islam. Maka dgn itulah Islam utamakan hakikat berjema'ah dalam menganuti Islam sebagai agama. Bagi mereka yg belajar atau mengaji ilmu as-Sunnah secara sempurna dan terpimpin oleh guru yg faham tentang Islam dan syariatnya yg haq (terutama, as-Sunnah), mereka akan faham maksud Ayat 103, Surah ali-Imran Dan, bagaimana hakikat perintah induk Allah (a.w) diterjemahkan dalam realiti kehidupan, ukhuwah serta solidariti umat Islam dalam perkara yg sekecil-kecilnya, iaitu  perkara makan minum, satu aktiviti kecil manusia. Kita dalam Islam disuruh makan bersama. Maka dalam keluarga disuruh makan sekeluarga satu masa dan di satu tempat - ibu dan bapa makan bersama-sama anak-anaknya dan cucunya dan cicitnya. Melambangkan kesepakatan dalam keluarga dan kemesraan antara anggota atau ahli famili. Demikian jugalah dalam kesepakatan dan kemesraan sesama umat Islam dalam keluarga besar Islam di Malaysia mahupun di manamana sahaja. 
Malangnya hari ini umat Islam dalam keluarga sering terpisah. masyarakat Islam saling saling terpisah keran ada golongan yg lebih mulia dan ada pula yg dikira hina atau bertaraf rendah dalam masyarakat. Tak hairanlah hari ini dan seterusnya kelak percahan umat Islam akan lebih serius lagi, sehinggakan umat Islam diperlekahkan oleh orang yg tidak Islam ...
[Nota: Lebih malang lagi apakala para ulama' dan ilmuwan arus perdana Islam mentafsirkan kalimah 'jamian' dalam Ayat 103, Surah ali-Imran itu sebagai 'kesemuanya' dan bukan 'berjema'ah', walhal mereka yg faham ilmu as-Sunnah, akan maklum bahawa 'jami'an' adalah 'berjema'ah'. Kerana begitu banyak sabda Rasulallah (s.a.w) tentang prinsip atau hakikat atau ketetapan syariat Islam tentang kewajipan berjema'ah ini. Malah, hakikatnya Omar b Khattab (r.a) merumuskan segala sesuatu yg disebutkan oleh al-Quran dan Rasulallah (s.a.w) tentang hakikat atau kewajipan berjema'h itu spt berikut: 'La Islama illa bil-jama'ati ...' (Yg bermaksud: Tidak dikatakan Islam kecuali dgn berjema'ah ...) [Hadith Abu Daud]. Kita belum dikatakan berada dalam agama Islam yg haq atau benar sebagaimana dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan sebagaimana yg diperintahkan oleh Allah (a.w) kerana kita belumpun berjema'ah! Dgn itulah dalam post-post yg lalu kita sering dipringatkan bahawa golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu adalah umat Islam yg berpandukan as-Sunnah (NB: as-Sunnah merangkumi al-Quran), iaitu sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah yg empat, dan berjema'h! Golongan yg berpegang serta berpandukan as-Sunnah dan mereka juga berjema'ah telah menepati ketetapan Islam yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Mereka itulah menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa', iaitu pasti dapat syurga.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment