Assalamualaikum,
dilapurkan dalam akhbar the Sun (terbitan 16 November 2011) cerita dilema Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Shahrizat Abdul Jalil - tentang penglibatan beliau, suami dan keluarga beliau, dalam isu 'penyalahgunaan' peruntukan yg dikatakan untuk membangunkan National Feedlot Centre, yg dikendalikan/diterajui oleh Agroscience Sdn Bhd, milik Dr Mohammad Salleh Ismail, suami Shahrizat, satu drp 6 syarikat yg 'bertanding' untuk membangunkan Pusat Fidlot Nasional itu. Syarikat Dr Salleh adalah syarikat penaraju projek. Tujuan murni projek itu adalah untuk menjadikan Malaysia 38% 'self-sufficient' dalam pengeluaran daging lembu bagi memenuhi keperluan permintaan daging di Malaysia. PM pertahankan syarikat tersebut, yg diberi pinjaman mudah sejumlah RM 250.0 juta. Kata akhbar sejumlah RM 9.8 juta telah 'disalahgunakan' untuk membeli kondo mewah di Bangsar (?), wallahu 'alam. Penulis pernah suatu masa dibawa makan disebuah restoran (Meatwalks' (?) di sekitar Hartamas restoran yg katanya milik suami menteri itu yg mendapat bekalan daging dari ladang tajaan badan-bdan yg disebutkan itu.
Entahlah. Modus operandi sedemikian itu bukan baru. Zaman Mahathirpun banyak syarikat dapat bantuan pinjaman mudah kerajaan sedemikian. Contoh yg jelas adalah SP Setia yg membangunkan Putrajaya.
Kita tengoklah cerita selanjutnya yg akan dirungkaikan kelak ...
No comments:
Post a Comment